Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bilangan kes batuk kokol naik 5 kali ganda di SG pada Dis

Anggaran Waktu Membaca:
Bilangan kes batuk kokol naik 5 kali ganda di SG pada Dis

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 17 Dec 2024 07:49PM Dikemas Kini : 17 Dec 2024 10:42PM
SINGAPURA: Bilangan kes batuk kokol atau pertusis meningkat kepada 108 kes pada Disember.

Ini lima kali lebih banyak berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut para doktor, kes batuk kokol melonjak ekoran perjalanan percutian semasa musim cuti akhir tahun ini.

Batuk kokol atau pertusis ialah batuk yang berlarutan dan menyakitkan, yang tidak hilang walaupun selepas beberapa minggu.

Ini berbeza dengan batuk daripada selesema biasa.

Antara gejala-gejala lain batuk kokol termasuklah bunyi bernada tinggi semasa bernafas dan kejadian muntah-muntah selepas batuk.

Menurut buletin mingguan penyakit berjangkit Kementerian Kesihatan (MOH), batuk kokol adalah antara beberapa penyakit yang semakin meningkat berbanding tahun lalu.

Bagaimanapun para doktor mengatakan batuk kokol boleh dicegah.

Dr Zhangi Qi daripada Kingsway Medical Clinic berkata: "Saya juga melihat segolongan besar lelaki pertengahan umur yang mengalami gejala-gejala sedemikian.

"Telahan saya ialah kerana mereka hanya mendapatkan vaksin semasa mereka muda, tidak seperti wanita semasa mereka hamil. Jadi mereka mungkin sudah kehilangan imuniti mereka (daripada penyakit itu)."

Vaksinasi batuk kokol adalah sebahagian daripada langkah imunisasi kanak-kanak kebangsaan.

Kanak-kanak mendapat suntikan pertama mereka dari usia dua hingga 18 bulan.

Kemudian suntikan tambahan atau 'booster' diberikan pada usia sekitar 10 hingga 11 tahun.

Kaum hawa juga disyor mendapatkan vaksin selepas kira-kira bulan kelima kehamilan untuk melindungi bayi mereka dengan lebih baik lagi.

Jangkitan batuk kokol paling teruk menjejas kanak-kanak semasa mereka umur bawah satu tahun.

Subsidi kebangsaan disediakan untuk vaksin batuk kokol dan para doktor menggalakkan orang dewasa supaya mendapatkan suntikan terkini.

Vaksinasi terhadap penyakit yang sangat berjangkit itu juga boleh membantu melindungi orang lain seperti kanak-kanak kecil dan warga emas yang rentan.
Sumber : CNA/QA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan