Bilangan doktor bagi setiap 1,000 pesakit SG meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail seorang doktor. (Gambar: AFP/Joe Raedle)
SINGAPURA: Bilangan doktor bagi setiap 1,000 orang di Singapura meningkat dalam tempoh lima tahun yang lalu.
Namun begitu, sebuah panel terdiri daripada lapan Anggota Parlimen menggesa Kementerian Kesihatan (MOH) untuk terus meningkatkan jumlah doktor setempat.
Ini sedang Singapura diramalkan menjadi satu masyarakat 'berusia lanjut' dalam tempoh tiga tahun.
Menurut satu laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Anggaran, terdapat 2.8 doktor bagi setiap seribu penduduk tahun lalu, iaitu lebih tinggi berbanding 2.4 pada 2018.
Nisbah yang disaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula ialah seorang doktor bagi setiap seribu orang.
Jawatankuasa tersebut menyatakan, MOH perlu terus memikat lebih ramai lulusan perubatan luar negara yang merupakan rakyat Singapura atau penduduk tetap (PR) untuk kembali berkhidmat di sini.
Tambahnya, sekolah-sekolah perubatan Duke-NUS dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) boleh mengikut langkah Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk meningkatkan pengambilan pelajar bidang tersebut, tanpa menjejas mutu para lulusannya.
"Mungkin masih ada ruang bagi mereka untuk meningkatkan pengambilan doktor yang ada kaitan dengan institusi-institusi perubatan berbeza, berbanding NUS yang kait rapat dengan NUH,' kata Pengerusi Jawatankuasa Anggaran dan Anggota Parlimen (AP) GRC West Coast Ang Wei Neng, .
"Namun dua institusi lain berkait dengan SGH dan Tan Tock Seng, jadi mungkin masih ada ruang yang boleh ditingkatkan dua sekolah perubatan tersebut," tambahnya.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.