Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bila, di mana wajib pakai pelitup di tempat tertutup?

Pelitup tidak lagi diwajibkan di tempat tertutup di Singapura bermula 29 Ogos, namun dengan beberapa pengecualian, khususnya dalam persekitaran jagaan kesihatan dan pengangkutan awam.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelitup tidak lagi diwajibkan di tempat tertutup di Singapura bermula 29 Ogos, namun dengan beberapa pengecualian, khususnya dalam persekitaran jagaan kesihatan dan pengangkutan awam.

Jika garis panduan meluas itu mengelirukan anda, ikut sahaja nasihat Kementerian Kesihatan MOH ini: "Orang ramai digalakkan supaya terus mengamalkan tanggungjawab dan bersikap berhati-hati seperti memakai pelitup apabila berada di tempat yang sesak atau ketika menziarahi mahupun berinteraksi dengan individu mudah terdedah."

Berikut kami ringkaskan senarai panduan tentang bila dan di mana pelitup masih wajib dipakai sewaktu berada di tempat tertutup.

Persekitaran tertutup yang masih mewajibkan anda memakai pelitup walaupun selepas 29 Ogos?

Bas awam, MRT, LRT

Dalam bas awam, MRT/LRT: Ya

Kawasan menunggu tertutup di pusat pertukaran bas dan platform MRT bawah tanah: Ya

Pusat pertukaran bas dengan pengaliran udara semula jadi: Tidak

Kawasan runcit di pusat pertukaran bas atau yang terletak di stesen MRT/LRT: Tidak

Teksi, kenderaan sewa privet

Teksi dan kenderaan sewa persendirian (seperti Grab, Gojek): Tidak.

Bagaimanapun, penumpang masih digalakkan memakai pelitup sepanjang berada di dalam kenderaan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Bas sekolah, khidmat bas privet: Tidak, walaupun ini juga bergantung kepada budi bicara pengendali khidmat

Kapal pesiaran

Feri dan kapal pesiaran: Tidak. Tetamu Royal Carribbean, Resorts World Cruises dan Celebrity Cruises tidak lagi diwajibkan memakai pelitup ketika berada di tempat tertutup mulai 29 Ogos.

Perjalanan udara

Di Lapangan Terbang Changi: Tidak

Dalam pesawat: Bergantung kepada dasar syarikat penerbangan masing-masing

Singapore Airlines dan Scoot: Tidak, melainkan penumpang membuat perjalanan dari atau ke destinasi yang mensyaratkan pelitup. Ini termasuk Korea Selatan, Hong Kong, Sepanyol, Jerman dan kebanyakan destinasi Asia Tenggara (kecuali Thailand).Senarai penuh di sini.

Jetstar: Dasar pelitupnya sejajar dengan destinasi negara yang dituju.

Cathay Pacific: Ya

Persekitaran jagaan kesihatan

Hospital, pusat kepakaran nasional, poliklinik, klinik umum (GP) dan klinik pergigian: Ya

Cawangan runcit, F&B dan kemudahan lain yang terletak dalam premis tertera di atas: Ya

TCM, klinik pakar, GP dan klinik pergigian: Ya

Klinik fisioterapi dan klinik kesihatan bersekutu lain yang terletak di luar hospital: Tidak

Pusat dialisis buah pinggang, makmal klinikal dan makmal radiologi: Ya

Hospis harian, rumah jagaan penghuni, rumah kebajikan dan rumah perlindungan untuk warga emas, rumah dewasa kurang upaya: Ya

Kemudahan jagaan COVID-19, pusat ujian dan pusat vaksinasi: Ya

Ambulan dan kenderaan pengangkutan perubatan: Ya

Khidmat masyarakat bukan penghuni (seperti khidmat berasaskan pusat, khidmat jagaan harian, khidmat jagaan rumah, khidmat jagaan mental masyarakat): Tidak

Lain-lain:

Persembahan secara langsung: Tidak, melainkan persembahan itu diadakan di persekitaran jagaan kesihatan serta pengangkutan awam, menurut nasihat Majlis Seni Kebangsaan (NAC).
Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan