Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bila anda perlu menyerahkan kad pengenalan anda?

Mulai 1 September tahun depan, pertubuhan-pertubuhan di Singapura perlu menghentikan amalan mengumpul nombor NRIC seseorang seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) pada Jumaat (31 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Bila anda perlu menyerahkan kad pengenalan anda?

Contoh salinan NRIC. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 31 Aug 2018 11:50PM Dikemas Kini : 31 Aug 2018 11:57PM

SINGAPURA: Mulai 1 September tahun depan, pertubuhan-pertubuhan di Singapura perlu menghentikan amalan mengumpul nombor NRIC seseorang seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) pada Jumaat (31 Ogos).

Masih tidak pasti bila untuk menyerahkan NRIC anda? Berikut adalah beberapa garis panduan untuk melindungi diri anda:

1. Bilakah anda harus mendedahkan nombor NRIC anda?

Untuk menentukan masa untuk memberikan butiran NRIC anda, tanyakan kepada diri anda sekiranya nombor NRIC anda dikehendaki oleh undang-undang, atau jika perlu untuk membuktikan identiti anda.

2. Apa lagi yang boleh anda lakukan?

Sekiranya tidak diperlukan oleh undang-undang untuk menyerahkan Kad Pengenalan NRIC atau membuktikan identiti anda, periksa jika syarikat berkenaan menerima penggunaan data peribadi lain seperti sebahagian nombor NRIC (contohnya XXXXX567A).

3. Patutkah anda membenarkan sesebuah syarikat untuk pegang Kad Pengenalan NRIC anda?

Kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang, jangan biarkan syarikat pegang NRIC anda.

4. Bilakah ia perlu untuk menyerahkan kad pengenalan anda?

Sesetengah senario yang biasa termasuk: Menyertai sebuah pertubuhan sebagai pekerja baru, membuat tempahan di sebuah hotel, mencari rawatan di klinik perubatan, melanggan khidmat talian telefon bimbit dan mendaftar ke institut pendidikan swasta.

5. Bilakah keadaannya anda tidak perlu menyerahkan kad pengenalan anda?

Beberapa senario yang biasa termasuk: Menebus bayaran tempat letak kereta, mendaftar untuk menjadi anggota beli-belah, mengemukakan maklum balas atau mendaftarkan minat bagi sesuatu produk atau khidmat, membeli tiket wayang dalam talian dan mengambil bahagian dalam cabutan bertuah.

Maklumat di atas juga bagi Nombor Pengenalan Asing (FIN), nombor permit kerja dan nombor sijil kelahiran, serta dokumen pengenalan yang mengandungi nombor-nombor ini.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan