Bil elektrik lebih murah dari April hingga Jun, tarif turun 5.4%
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tarif elektrik dikurangkan secara purata sebanyak 5.4 peratus pada suku kedua tahun ini, menurut SP Group pada Jumaat (31 Mac).
Ini bermakna penurunan kira-kira 1.51 sen setiap kilowatt sejam (kWh) sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata pembekal utiliti itu.
Menurut SP Group penurunan tarif itu disebabkan kos tenaga yang lebih rendah berbanding suku sebelumnya.
Ini juga adalah penurunan suku ketiga berturut-turut, selepas mencatat keniakan enam suku berturut-turut dari April 2021 hingga September 2022.
Bagi isi rumah, tarif elektrik sebelum GST pada suku kedua tahun ini akan turun kepada 27.43 sen setiap kWh daripada 28.95 sen setiap kWh pada suku sebelumnya.
Purata bil elektrik bulanan untuk keluarga yang tinggal di flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan berkurangan sebanyak S$4.69 sebelum GST, kata SP Group.
SP Group memiliki dan mengendalikan rangkaian elektrik Singapura, dan mempunyai kira-kira 1.6 juta pelanggan industri, komersil dan kediaman.
Ia menyemak tarif elektrik setiap tiga bulan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).
Tarif elektrik terdiri daripada empat komponen — kos tenaga yang dibayar kepada syarikat penjana, kos rangkaian dan yuran perkhidmatan sokongan pasaran yang dibayar kepada SP Group, serta kos pentadbiran pasaran dan yuran operasi sistem kuasa yang dibayar kepada syarikat pasaran tenaga dan pengendali sistem kuasa.
Komponen kos tenaga disesuaikan setiap suku tahun untuk mencerminkan perubahan dalam kos bahan api dan penjanaan kuasa. Kos bahan api ialah kos gas asli yang diimport, dan terikat dengan harga minyak melalui kontrak komersil.
Kos penjanaan kuasa meliputi kos pengendalian stesen janakuasa, seperti kos tenaga kerja dan penyenggaraan, serta kos modal stesen.

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.