Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Biawak benggala 1.5 meter dilihat berkeliaran di luar flat HDB Bedok North

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sesetengah penduduk blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Bedok North Road terkejut melihat seekor Beberapa penduduk blok Lembaga Perumahan di Bedok North Road terkejut melihat seekor biawak benggala berkeliaran di sekitar kawasan kejiranan mereka pada Rabu (24 Mei).

Gambar-gambar menunjukkan reptilia itu di depan pintu sebuah flat. Ia juga dilihat di ruang tangga.

"Ia agak menggerunkan," kata seorang penduduk, Jiten Khemlani, kepada Mediacorp, sambil menambah bahawa jirannya menjerit apabila ternampak reptilia itu di luar flat tingkat duanya.

Encik Jiten menganggarkan reptilia itu sepanjang 1.5 meter, sambil menggambarkannya sebagai "gabungan antara biawak dan buaya".

"Ibu saya berasa ghairah melihat biawak itu," tambahnya.

Lelaki berusia 34 tahun itu berkata, beliau menghubungi Lembaga Taman Negara (NParks) sekitar pukul 12.00 tengah hari kerana prihatin biawak itu mungkin berbahaya.

Tambah Encik Jiten, biawak itu bergerak dengan "agak pantas" semasa memanjat tangga ke tingkat tiga di mana terletak flatnya.

Seorang lagi penduduk, Encik Haikel Firdaus, merakam video biawak itu ketika ia berada di ruang tangga.

"Saya terkejut apabila ternampak biawak itu di depan pintu saya. Pertama kali ternampak haiwan seperti itu berkeliaran di kawasan kejiranan ini," ujarnya.

Encik Jiten berkata, beliau pernah melihat biawak benggala di sekitar Bedok Reservoir yang tidak jauh dari rumahnya di Blok 428. Namun, ini merupakan kali pertama beliau melihat reptilia itu di bloknya.

Orang ramai yang terjumpa biawak benggala itu dinasihatkan supaya tidak menyentuh, mengejar atau cuba mengepungnya kerana ia mungkin menyerang sebagai tindak balas, kata NParks.

"Anda dinasihatkan agar membiarkannya begitu saja. Adalah lebih baik untuk memerhatikannya dari jauh" tambah NParks.

"Dapatkan bantuan perubatan dengan segera sekiranya anda digigit, tetapi ini jarang berlaku. Walaupun biawak benggala mengeluarkan bisa, ia tidak membawa maut kepada manusia. Punca utama yang memprihatinkan adalah jangkitan kuman akibat gigitannya."

Mediacorp sudahpun menghubungi NParks untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan