Biar sukar bersuara, Alyana lantang menerusi seni; karyanya bantu kutip dana
Anggaran Waktu Membaca:
Although she finds it hard to speak, Alyana speaks boldly through art; her works help raise funds
- Alyana, a teenager with selective mutism, uses art as a way to communicate and contributed works to a charity exhibition organised by Artgrain at Dempsey Hill, together with Maryam and with more than 30 per cent of the participants being children and youths.
- Proceeds from the sale of the artworks, totalling S$22,700, were donated in full to the Children's Cancer Foundation and the Singapore Cancer Society.
- Alyana, remaja yang mengalami selective mutism, menggunakan seni sebagai cara berkomunikasi dan menyumbang karya dalam pameran amal anjuran Artgrain di Dempsey Hill, bersama Maryam dan lebih 30 peratus peserta kanak-kanak serta belia.
- Hasil jualan karya seni berjumlah S$22,700 didermakan sepenuhnya kepada Yayasan Barah Kanak-Kanak dan Persatuan Barah Singapura.
SINGAPURA: Sekali pandang, Nuquratulaina Alyana Puteri Abdullah kelihatan seperti remaja biasa yang pendiam. Dia jarang bersuara, terutama sekali apabila berada di tempat awam.
Namun di sebalik sifat pendiam itu, Alyana, 16 tahun, sebenarnya mengalami selective mutism.
Ia sejenis gangguan keresahan (anxiety disorder) yang menyebabkan kanak-kanak atau remaja takut dan tidak mampu bercakap dalam situasi sosial tertentu.
Ini termasuk di sekolah atau tempat awam, meskipun mereka boleh bertutur seperti biasa dalam suasana yang lebih selesa, seperti di rumah.
Biarpun sukar meluahkan perasaan dengan kata-kata, Alyana menemukan cara lain untuk bersuara, iaitu menerusi seni.
"Seni merupakan (sesuatu) yang sangat penting dalam hidup saya. Ia menolong saya untuk berkomunikasi dengan sesetengah orang yang saya tidak boleh berbual dengan," luah Alyana yang berkongsi dirinya disyaki mengalami gangguan itu ketika berusia 2 tahun lagi.
Ibu Alyana memberitahu BERITA Mediacorp bahawa ahli terapi anaknya menggalakkan Alyana melukis sebagai cara untuk menyampaikan perasaan dan keperluannya, termasuk ketika berasa marah atau kecewa.
KARYA ALYANA BANTU KUMPUL DANA UNTUK PESAKIT BARAH
Walaupun Alyana mula mampu bertutur ketika di sekolah rendah, rasa cintanya terhadap seni terus mekar.
Lukisan kekal menjadi ruang baginya untuk menzahirkan perasaan, pengalaman dan perkara yang adakalanya sukar diluahkan dengan kata-kata.
Pada tahun lalu pula, rezeki datang mengetuk pintu apabila Alyana ditawarkan untuk mengikuti kelas kendalian sekolah seni Artgrain.
Biaya untuk belajar berkarya di sekolah tersebut ditaja sepenuhnya oleh Yellow Ribbon Cares, menerusi program yang memberi sokongan kepada bekas pesalah dan keluarga mereka.
Peluang itu membolehkan Alyana terus mengasah bakatnya, dengan salah satu hasil karyanya turut dipamerkan dan ditawarkan untuk dijual dalam satu pameran anjuran Artgrain.
Karya berjudul 'Building Blocks' itu mempunyai makna tersendiri buat Alyana.
"Saya melukis sejambak bunga Lego. Ia merupakan masa saya dapat meluangkan masa bersama keluarga yang mengeratkan hubungan kami sebagai keluarga," kongsi Alyana.

Lukisan berkenaan dipamerkan dalam HOME, sebuah pameran anjuran Artgrain yang berlangsung selama tiga hari di Dempsey Hill dari 4 hingga 6 September lalu.
Pameran tersebut menghimpunkan sekitar 450 artis, daripada kanak-kanak hingga dewasa, dengan kira-kira 450 karya seni dipamerkan.
Sebahagian daripada karya itu ditawarkan untuk dijual, dengan hasil jualan berjumlah S$22,700 didermakan sepenuhnya kepada Yayasan Barah Kanak-Kanak dan Persatuan Barah Singapura.
Menurut pendidik di Artgrain, Mohammad Iqbal Roslan, inisiatif itu merupakan salah satu cara para artis menyumbang kembali kepada masyarakat menerusi hasil karya mereka.

"Penyakit barah merupakan salah satu penyebab utama kematian di Singapura dan sebagai artis, kita ingin menyumbang kembali kepada masyarakat melalui penjualan lukisan-lukisan kami," jelas Encik Iqbal, yang juga merupakan pendidik Alyana.
PELAJAR MADRASAH INI TURUT SUMBANG KARYA
Selain Alyana, seorang lagi anak didik Encik Iqbal yang menyumbang karya kepada pameran amal tersebut ialah Maryam Nur Kayissa.
"Saya berasa bersyukur dan terharu kerana dapat membuatkan kanak-kanak pesakit barah gembira. Saya berharap mereka terus mempunyai harapan," kata Maryam.
Pelajar berusia 10 tahun dari Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah itu menyumbang karya berjudul My Sanctuary, yang mempunyai cerita lucu di sebaliknya.

"Pada tahun lalu, semasa saya darjah tiga, saya memiliki tiga ekor ikan bernama Upin, Ipin dan Susanti. Akan tetapi, mereka mati apabila saya pergi ke luar negara. Untuk mengenangkan Upin, Ipin dan Susanti, saya melukiskan mereka dalam lukisan saya," kongsinya.
Apa pun, seni telah menjadi ruang untuk mereka membina keyakinan, menemukan suara dan menjalin hubungan bermakna.
Lebih 30 peratus daripada peserta pameran terdiri daripada kanak-kanak dan golongan belia.

Sumber : BERITA Mediacorp/ak
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.