BG Tan Chee Wee dilantik sebagai Ketua Inspektor pertama SAF
Brigadier Jeneral (BG) Tan Chee Wee diilantik sebagai Ketua Inspektor pertama bagi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
SINGAPURA: Brigadier Jeneral (BG) Tan Chee Wee diilantik sebagai Ketua Inspektor pertama bagi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Demikian diumumkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Jumaat (22 Feb).
BG Tan, yang buat masa ini menyandang jawatan sebagai Pengarah Operasi Bersama, akan memulakan tugas tersebut pada 27 Feb. Beliau juga menyandang jawatan sebagai Ketua Turus Bersama secara serentak.
Bulan lalu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan bahawa Pejabat Ketua Inspektor akan ditubuhkan untuk memastikan agar "arahan yang tertumpu kepada keselamatan" akan dilaksanakan dan dikuatkuasakan di kesemua unit.
Pada Selasa, BG Tan mengiringi Ketua Turus Tentera Darat, Panglima Tentera Leftenan Jeneral Melvyn Ong untuk melakukan lawatan ke Batalion ke-295, Artileri Singapura (295 SA), di mana mereka diberi taklimat mengenai latihan keselamatan bagi para askar kerahan yang menjalani atihan dalam kem.
Semasa lawatan tersebut, BG Tan berkata fokus utama beliau sebagai Ketua Inspektor adalah untuk memperkenalkan langkah-langkah kukuh bagi menggalak membuat laporan secara telus, di samping mempertingkatkan mutu pemeriksaan keselamatan dan mengukuhkan budaya keselamatan dalam SAF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.