Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Beyond Bicentennial: Perpectives on Malays' serlahkan nilai murni orang Melayu; bahan rujukan untuk generasi seterusnya

'Beyond Bicentennial: Perspectives on Malays' bukan sekadar penerbitan satu lagi buku bagi memperingati sejarah dwiabad Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: 'Beyond Bicentennial: Perspectives on Malays' bukan sekadar penerbitan satu lagi buku bagi memperingati sejarah dwiabad Singapura.

Sebaliknya buku dalam Bahasa Inggeris ini bermatlamat untuk mendokumenkan pelbagai pandangan orang Melayu, di samping menggalak para pembaca supaya merenungkan dan menghargai sumbangan besar orang Melayu dalam memperkayakan sejarah Singapura dan terhadap pembangunan negara ini.

Buku yang mengandungi 45 esei daripada tokoh-tokoh terkenal dan para ahli akademik itu disunting oleh mantan Menteri Negara Kanan Ehwal Luar Zainul Abidin Rasheed, mantan Anggota Parlimen Wan Hussin Zoohri dan Dr Norshahril Saat, zamil kanan ISEAS-Yusof Ishak Institute.

'Beyond Bicentennial: Perspectives on Malays' juga diharap akan dapat meningkatkan kesedaran para pembaca terhadap sejarah Singapura dan juga peranan masyarakat Melayu/Islam di negara ini.

Selain menyingkap sejarah 200 tahun Singapura, 'Beyond Bicentennial: Perspectives on Malays' turut menyusur sejarah Singapura sebelum ketibaan Stamford Raffles pada 1819 sehinggalah ke tahun 1299 semasa Sang Nila Utama pertama kali menjejakkan kaki di pulau ini.

Buku ini juga bukan setakat untuk para pembaca Melayu/Islam saja. Ini kerana buku tersebut juga mengimbas bagaimana sejarah sesebuah masyarakat turut membentuk dan mempengaruhi kita dan bagaimana setiap orang dan setiap masyarakat saling terkait antara satu sama lain.

Dengan itu, 'Beyond Bicentennial: Perspectives on Malays' boleh dijadikan santapan untuk semua rakyat Singapura dan bukan setakat untuk masyarakat Melayu/Islam sahaja.

Dalam pada itu, buku tersebut turut menyerlahkan nilai-nilai murni yang dipegang teguh dan disanjungi oleh datuk moyang kita, termasuk nilai-nilai yang akan terus dianggap penting untuk generasi seterusnya.

Nilai-nilai itu menjadi lebih relevan sedang Singapura berusaha sedaya upaya untuk mengatasi pandemik COVID-19.

Pandemik global itu bukan saja menguji daya tahan generasi hari ini tetapi sama seperti generasi-generasi sebelumnya, rakyat Singapura akan bangkit bahu-membahu untuk mengharungi dan mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi.

'Beyond Bicentennial: Perspectives on Malays' kini boleh ditempah secara online. Untuk membuat tempahan atau bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku ini, sila lungsuri https://worldscientific.com/worldscibooks/10.1142/11613.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan