Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bersedia hadapi cabaran ekonomi di tengah-tengah ketidaktentuan global: Chan Chun Sing

Singapura mesti bersiap sedia mengharungi cabaran-cabaran ekonomi pada tahun mendatang, kerana ketidaktentuan global dijangka berterusan memandangkan konflik antara Amerika Syarikat dengan China akan mengambil masa yang lama untuk dihuraikan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jun 2019 03:03PM Dikemas Kini : 26 Jun 2019 11:43PM

SINGAPURA: Singapura mesti bersiap sedia mengharungi cabaran-cabaran ekonomi pada tahun mendatang, kerana ketidaktentuan global dijangka berterusan memandangkan konflik antara Amerika Syarikat dengan China akan mengambil masa yang lama untuk dihuraikan, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Rabu (26 Jun).

Berucap di Pusat Nasional bagi Forum Eksekutif APEC, Encik Chan berkata beliau memahami kebimbangan di kalangan para pekerja dan perniagaan tentang ekonomi, tetapi berkata bahawa asas yang kukuh dan strategi ekonomi Singapura akan membolehkannya menangani cabaran-cabaran akan datang.

Cabaran-cabaran ini termasuk kemungkinan pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih lemah selaras penurunan ramalan pertumbuhan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) 2019 yang sekarang ini adalah 3.3 peratus - serta kelembapan perdagangan global tahun ini.

Terdapat juga beberapa ketidaktentuan dan risiko. Konflik dagangan AS-China mungkin menyebabkan konflik itu semakin tegang, setelah Amerika Syarikat mengancam untuk mengenakan tarif terhadap baki import dari China dan sedang China mengambil pendirian lebih tegas.

"Sekiranya ini berlaku, lebih banyak gangguan akan berlaku... dan rangkaian bekalan akan diatur semula," kata Encik Chan.

Pertumbuhan ekononomi China juga mungkin merosot lebih mendadak daripada jangkaan dan ini kemudian boleh mencetuskan lebih banyak tarif oleh Amerika Syarikat.

Risiko-risiko lain termasuk ketidaktentuan berkaitan Brexit di United Kingdom dan Kesatuan Eropah, serta sistem Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang "di bawah tekanan", kata menteri itu.

Encik Chan berkata beliau memahami ada "kebimbangan meluas" mengenai keadaan ekonomi tempatan.

Namun meskipun rakyat Singapura patut kekal waspada, mereka tidak sepatutnya berasa bimbang kerana negara itu boleh memanfaatkan "asas kukuh dan strategi ekonominya" yang membezakannya selain meraih peluang-peluang baru.

PERNIAGAAN PERLU MAINKAN PERANAN

Perniagaan juga mempunyai peranan, kata Encik Chan kepada para peserta di forum yang turut disertai para pemimpin perniagaan, penggubal dasar dan ahli akademik merentas Asia Pasifik.

Selain berlabur dalam latihan bagi para pekerja, syarikat-syarikat mesti meneroka pasaran-pasaran baru.

Para pemimpin perniagaan juga memainkan peranan utama dalam membentuk pendirian pemerintah masing-masing terhadap penyepaduan digital dan menegakkan sistem dagangan berdasarkan peraturan global, kata Encik Chan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan