Bersabar, jangan terburu-buru balas catatan media sosial yang boleh cetus perbalahan: Dr Maliki
Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman berkata orang ramai perlu sabar apabila berdepan catatan dan komen di media sosial yang boleh mencetus perbalahan.
SINGAPURA: Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman berkata orang ramai perlu sabar apabila berdepan catatan dan komen di media sosial yang boleh mencetus perbalahan.
Menurutnya, orang ramai tidak patut terburu-buru untuk membalas komen itu ataupun memulaukan atau "cancel" penulisnya.
Menurut beliau, tindakan seumpama itu boleh membawa kesan yang tidak diduga.
Beliau menukil contoh di mana orang yang tidak bersalah menjadi mangsa akibat salah orang yang dikenal pasti.
Maka itu, Dr Maliki menekankan peri penting membantu penulis catatan atau komen terbabit merenung kembali perbuatannya dan belajar daripada kesilapan.
Dr Maliki berkata demikian dalam siri dialog maya siang tadi bertemakan "Cancelling Cancel Culture?".
Dialog itu adalah satu inisiatif kumpulan silang agama, Roses of Peace yang diterajui golongan belia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.