Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bermain judi secara sosial bersama keluarga, rakan di rumah dibenar mulai 1 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bermain judi secara sosial bersama anggota keluarga dan rakan-rakan di rumah dibenarkan di bawah undang-undang baru yang berkuat kuasa pada Isnin (1 Ogos).

Walaupun ia tidak melanggar undang-undang, bermain judi secara sosial tidak ditakrifkan dengan jelas di bawah undang-undang lalu.

Di bawah Akta Kawalan Perjudian yang baru, takrif perjudian sosial sudah ditetapkan. Antaranya, aktiviti itu haruslah diadakan di rumah seseorang individu dan tidak boleh dilakukan atas alasan perniagaan atau demi keuntungan peribadi mana-mana pihak yang tidak terlibat dalam perjudian tersebut.

"Kebenaran bagi bermain judi secara sosial di rumah tidak akan diperluaskan ke plaform online setelah mengambil kira kesulitan untuk menentukan hubungan individu dalam konteks online, sama ada aktiviti perjudian online itu benar-benar perjudian sosial antara keluarga dan rakan," menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataan medianya pada Ahad (31 Jul).

Pihak polis akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sesiapa saja yang menyalahgunakan kebenaran ini untuk mengadakan aktiviti perjudian haram, tambah MHA.

Akta Kawalan Perjudian turut memperuntukkan hukuman lebih berat bagi perjudian haram, khususnya untuk mencegah sindiket-sindiket jenayah, menurut MHA.

Usia minimum yang dibenarkan untuk bermain judi dikekalkan pada umur 21 tahun, kecuali perjudian di cawangan fizikal Singapore Pools di mana usia minimumnya adalah 18 tahun.

"Ia adalah satu kesalahan jenayah di bawah Akta Kawalan Perjudian bagi individu-individu bawah umur untuk berjudi, tidak kira sama ada dengan pengendali berlesen atau sebaliknya dan untuk individu-individu bawah umur memasuki kawasan perjudian, kecuali di mana pemeriksaan masuk tidak diwajibkan seperti cawangan fizikal Singapore Pools," menurut MHA.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan