Berkerusi roda, pesakit buah pinggang Encik Kamsani cekalkan diri berbakti kepada masyarakat
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAMediacorp: Sentiasa berfikiran positif dan bertekad untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.
Itulah pegangan Encik Kamsani Abdul Hamid dalam mengharungi cabaran hidupnya.
Encik Kamsani, 46 tahun, disahkan menghidap penyakit buah pinggang lapan tahun lalu.
Kaki kirinya juga terpaksa dipotong pada 2021 akibat komplikasi penyakit kencing manis yang dihidapinya.
Kini beliau perlu menggunakan Alat Bantuan Mobiliti Peribadi (PMD) untuk bergerak.
Namun, semua itu tidak menjadi penghalang buat Encik Kamsani untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan membantu jiran-jirannya di Pasir Ris Drive 6.

Ini merupakan tahun ketiga Encik Kamsani diamanahkan untuk menyelaraskan usaha pengagihan bubur daripada Masjid Al-Taqua bagi penduduk di kawasan itu sepanjang bulan Ramadan.
Sebanyak 100 hingga 200 bungkus bubur disediakan setiap hari di bawah kolong blok 476A Pasir Ris untuk diagihkan sehingga 16 April ini.
Mereka yang datang mengambil bubur kebanyakannya adalah penduduk yang kurang bernasib baik.
Meski berdepan dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan dan penyakit yang dihidapinya, Encik Kamsani tidak berputus asa dan mahu terus berbakti kepada masyarakat.
Bukan itu sahaja, Encik Kamsani juga terlibat dalam pelbagai acara kemasyarakatan dan usaha pendampingan masyarakat
Antaranya adalah pengagihan makanan di bawah kolong blok setiap Isnin, Rabu dan Jumaat sepanjang tahun. Hampir 30 bungkus makanan disediakan untuk diagihkan kepada penduduk berpendapatan rendah.

"Harapan saya adalah untuk menyumbang kepada masyarakat sehingga saya masih boleh berdiri dan kuatkan semangat saya untuk membantu, saya akan teruskan," kata sukarelawan, Kamsani Abdul Hamid.
PENYAKIT SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT
Bagi Encik Kamsani, penyakit yang dihidapinya itu bukanlah titik akhir dalam kehidupannya.
Sebaliknya dijadikan sebagai dorong untuknya berbakti kepada masyarakat dengan kudrat yang ada.
"Bagi saya pembakar semangat saya kepada mereka yang di luar sana yang ada sakit macam saya, siapa siapa pun yang sakit mesti berfikiran positif dalam diri dan jangan fikir jika anda sakit, anda akan sentiasa sakit," tambah beliau.
Encik Kamsani berkongsi dengan BERITAmediacorp doktor memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya ada tiga bulan untuk hidup.

Ini membuatkannya lebih mensyukuri nikmat yang ada dan mahu terus menyumbang kembali kepada masyarakat.
Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi dan berharap boleh menggunakan kaki palsu supaya dapat bekerja sebagai pemandu kereta sewa privet tahun depan bagi menampung perbelanjaan isteri dan dua anak lelakinya yang masih di bangku sekolah lagi.
Buat masa ini, Encik Kamsani mendapat bantuan dari pertubuhan Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC), Pejabat Khidmat Sosial (SSO) dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF).
"Tujuan kami di MKAC adalah untuk menghulurkan bantuan kepada kesemua pesakit buah pinggang kami dalam segi kewangan, emosi dan juga rohani," kata Pengurus Eksekutif MKAC, Firdaus Mohammad Abdullah.
Semangat tabah dan sifat murni Encik Kamsani turut disanjungi MKAC.

"Kami sangat bangga terhadap Encik Kamsani Abdul Hamid kerana beliau menunjukkan ketabahan emosinya untuk menghulur bantuan kepada orang lain di kalangan masyarakatnya. Saya rasa semua penduduk di kawasannya kenal dengannya. Walaupun beliau ada masalah kesihatan dan isu-isu yang kita tidak tahu tetapi wajahnya sentiasa ceria," kata Encik Firdaus.
"Harapan kami di MKAC adalah untuk mereka yang mendapatkan bantuan dari kami, dapat menjalani kehidupan mereka dengan sempurna dan ada sikap yang positif terhadap diri mereka sendiri dan juga orang-orang lain," tambah beliau.
MKAC akan terus menyokong golongan seperti Encik Kamsani dan keluarganya sebaik mampu badan itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.