BERITAmediacorp, MENDAKI SENSE anjur Pesta Kerjaya & Kemahiran
Di tengah-tengah cabaran ekonomi hari ini, satu acara yang menawarkan peluang pekerjaan, panduan kerjaya serta kursus-kursus relevan bakal dianjurkan Sabtu depan (27 Jul).

Para pekerja di Raffles Place. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
BERITAmediacorp: Pertumbuhan ekonomi yang perlahan secara semulajadinya mencetuskan kebimbangan ramai. Digandingkan dengan gangguan yang dihadapi pelbagai industri sejagat, sebilangan karyawan mungkin turut risau kerana kerja yang dalam genggaman hari ini belum tentu terjamin tanpa kemahiran baru yang bersesuaian dengan keperluan masa depan.
Di tengah-tengah cabaran ini satu acara yang menawarkan peluang pekerjaan, panduan kerjaya serta kursus-kursus relevan bakal dianjurkan Sabtu depan (27 Jul).
Pesta Kerjaya & Kemahiran, Skills for Future Jobs, dianjurkan bersama BERITAmediacorp dan MENDAKI SENSE di Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands.
Acara sehari itu menawarkan sekitar 750 peluang pekerjaan, selain kursus-kursus yang boleh memperkasa individu dengan kemahiran relevan sesuai bagi industri-industri yang sedang berkembang.
Ia juga menghimpunkan para majikan, pembimbing kerjaya (career guides) dan penyedia latihan untuk memenuhi keperluan segenap golongan pekerja - yang ingin mencari kerja, ingin beralih dari kerja sedia ada mahupun yang baru ingin melangkah ke alam pekerjaan.
MASALAH TEMUDUGA, RESUME? ADA BANTUANNYA
Selain pesta kerjaya dan kemahiran yang menawarkan peluang pekerjaan dan kursus, Skills for Future Jobs juga ingin membekalkan pengunjung dengan panduan dan nasihat agar mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang-peluang yang ditemui.

Antara lain, acara percuma yang diadakan di Marina Bay Sands itu bakal memaparkan:
- Doctor CV
- Curriculum Vitae (CV) yang dilampirkan dengan permohonan kerja adalah jambatan pertama antara pemohon dengan bakal majikan. Doctor CV boleh bantu anda mengoptimumkan penulisan CV atau resume agar lebih mudah memikat majikan.
- Curriculum Vitae (CV) yang dilampirkan dengan permohonan kerja adalah jambatan pertama antara pemohon dengan bakal majikan. Doctor CV boleh bantu anda mengoptimumkan penulisan CV atau resume agar lebih mudah memikat majikan.
- Bengkel karya
- Ekonomi gig - bukan satu fasa, sebaliknya ciri penting iktisad masa depan. Isu ini dan pelbagai topik relevan bakal dirungkai oleh pakar pengurusan kerjaya dan karyawan terpilih.
- 'Speed Date'
- Hakikat dunia kerjaya adalah, dengan bertambahnya kenalan profesional, bertambah juga peluang kerjaya. Ini lebih-lebih lagi bermanfaat bagi golongan pekerja yang ingin 'melompat' ke industri baru namun kurang berpengalaman.
- Hakikat dunia kerjaya adalah, dengan bertambahnya kenalan profesional, bertambah juga peluang kerjaya. Ini lebih-lebih lagi bermanfaat bagi golongan pekerja yang ingin 'melompat' ke industri baru namun kurang berpengalaman.
MANFAATKAN INDUSTRI BERPOTENSI TUMBUH
Adakah pekerjaan ini punyai masa depan cerah? Dengan begitu banyak kursus di luar sana, apakah industri yang patut jadi tumpuan?
Mungkin ini antara pertimbangan yang bermain di fikiran seseorang pekerja dalam ekonomi serba dinamik hari ini. Menurut para penganjur, sebahagian besar pekerjaan serta kursus yang akan dipamerkan Sabtu depan tertumpu kepada sektor pertumbuhan (Growth Sectors), seperti:
- khidmat kewangan
- perkhidmatan profesional
- jagaan kesihatan
- infokom dan media
Bermula 10.30 pagi hingga 5.00 petang, acara di MBS itu dibuka kepada orang ramai secara percuma.
Untuk maklumat lanjut serta pendaftaran bagi segmen khas seperti acara 'networking' dan bengkel-bengkel, lungsuri: https://msense.sg/events-detail/sffj-270719/
Anda juga boleh melungsuri FB& IG BERITAmediacorp.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.