Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITAmediacorp berwajah baru dengan pelbagai ciri mesra pembaca

Portal dan aplikasi BERITAmediacorp yang dilengkapi dengan ciri-ciri baru itu turut menandakan satu perubahan besar-besaran pada wadah berita dan ehwal semasa ini sejak ia pertama kali dilancarkan pada 2014.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp berwajah baru dengan pelbagai ciri mesra pembaca

Portal dan aplikasi BERITA kini berwajah baru. (Gambar: BERITAmediacorp)

BERITAmediacorp: Portal dan aplikasi BERITAmediacorp kini berwajah baru - dengan pelbagai ciri lebih mesra pengguna.

Portal dan aplikasi BERITAmediacorp yang dilengkapi dengan ciri-ciri baru itu turut menandakan satu perubahan besar-besaran pada wadah berita dan ehwal semasa ini sejak ia pertama kali dilancarkan pada 2014.
 

Laporan-laporan Terkini dalam satu halaman.

PERUBAHAN BESAR-BESARAN SEJAK PORTAL, APP BERITA DILANCAR

Dengan suntikan nafas baru itu, portal dan aplikasi BERITAmediacorp kini adalah satu wadah sehenti yang serba lengkap.

Ini baik liputan berita dan ehwal semasa tempatan, serantau dan antarabangsa melalui rangkaian media seperti televisyen dan radio mahupun liputan digital menerusi wadah-wadah media sosial.

Dengar stesen radio Warna atau Ria sambil anda membaca laporan-laporan berita.

Dengan ini, ia memudahkan lagi pembaca untuk berkongsi laporan berita terkini melalui wadah sembang seperti WhatsApp dan Telegram dengan anggota keluarga dan rakan-rakan mereka.

Ini akan memperluaskan jaringan BERITAmediacorp untuk mendampingi lebih ramai pembaca dari pelbagai latar belakang.

Ikuti BERITA di Telegram hanya dengan satu klik sahaja.

Dari laporan-laporan terkini, baik tempatan mahupun antarabangsa, video-video liputan berita, stesen radio Ria dan Warna, podcast, klip-klip video ehwal semasa hinggalah ke sukan, hiburan dan gaya hidup, semuanya di hujung jari anda dalam satu wadah sahaja.
 

NADI KAMPUS DAMPINGI PELAJAR IHL; JELAJAH PAPAR CITA RASA MASYARAKAT

BERITAmediacorp juga kini menawarkan satu ruangan baru untuk menggalak para penuntut Institut Pengajian Tinggi (IHL) dan belia saling berkongsi karya dan sentuhan kreatif mereka.

PELAJAR, BELIA DIPELAWA SUMBANG KARYA

Kami juga ingin mempelawa golongan pembaca remaja dan belia untuk menyumbang cetusan idea dan karya mereka seperti cerpen, sajak, puisi, pantun dan syair, projek sekolah dan kandungan video terbitan mereka kepada pihak kami melalui satu ruangan baru yang diberi nama Nadi Kampus.
 

Melalui sumbangan mereka itu, kami berharap karya-karya anak muda kita akan dapat merangsang rakan-rakan sebaya dan membakar semangat untuk terus mempertingkatkan diri dan menyumbang kepada kemaslahatan masyarakat.

Para pelajar dan belia boleh mengirimkan karya dan sumbangan mereka kepada kami melalui emel beritamediacorp [at] mediacorp.com.sg.

Sepanjang beberapa minggu akan datang, kami akan terus mengemas kini dan mempertingkatkan versi terbaru BERITAmediacorp untuk memudahkan para pelajar dan belia kita menyumbang kepada ruangan Nadi Kampus.

KENALI LEBIH DEKAT WARTAWAN, PENERBIT BERITA

Para pembaca juga berpeluang menyorot temu bual wartawan kami bersama dengan para personaliti tempatan dan luar negara, liputan hobi masa lapang dan juga kegiatan-kegiatan menarik yang bermakna lagi bermanfaat untuk seisi keluarga melalui satu lagi ruangan baru yang diberi nama Jelajah.
 

Jika lazimnya anda hanya membaca laporan-laporan eksklusif para wartawan kami, sekarang anda juga boleh mengenali para wartawan, penerbit dan editor kami dengan lebih dekat lagi menerusi Dari Wartawan BERITAmediacorp.

Wajah terbaru BERITAmediacorp bukan saja lebih kemas, ia juga lebih dinamik untuk memenuhi cita rasa pembaca dan pengguna masa kini.

Keupayaan untuk memilih saiz huruf - besar, kecil atau sederhana - turut disediakan demi keselesaan anda.

KINI LEBIH MUDAH UNTUK PEMBACA KONGSI MAKLUMAT

Sekiranya para pembaca mempunyai maklumat yang ingin dikongsi demi kebaikan dan kepentingan bersama, ia kini lebih mudah untuk mengongsikannya dengan BERITAmediacorp.

Ia juga sebagai ruang untuk menyuarakan maklum balas atau mengetengahkan isu-isu yang memprihatinkan masyarakat dan penduduk.
 

TELEGRAM, BULETIN BERITA PAPAR PERKEMBANGAN TERKINI

Untuk terus mengikuti perkembangan semasa di dalam dan juga luar negeri serta liputan-liputan eksklusif BERITA, kami mempelawa para pembaca untuk melanggani secara percuma wadah Telegram serta Buletin BERITAmediacorp yang akan dikirimkan menerusi emel.

Pastikan anda sekeluarga turut menjadi pengikut akaun Facebook dan Instagram BERITAmediacorp.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan