Skip to main content

Singapura

BERITA+: Warga emas aktif bermain 'woodball' demi kesihatan; ingin tarik lebih ramai pemain muda

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Encik Mohd Tahar Mahwan, 63 tahun mengunjungi Taman Pasir Ris pada hampir setiap hujung minggu untuk bermain 'woodball' bersama teman-temannya.

'Woodball' atau bola kayu adalah sejenis permainan yang dicipta pada 1990 oleh seorang individu dari Taiwan, Ming-Hui Weng.

Ia adalah gabungan antara permainan golf dan kroket dan boleh dimainkan di mana-mana kawasan lapang.

Itulah yang membuat Encik Tahar tertarik untuk mencubanya kira-kira 23 tahun yang lalu.

"Saya sedang menaiki basikal terus ternampak seorang warga emas sedang bermain. Jadi rasa hati minat. Beliau ajak saya mencubanya. Bagus juga. Jadi saya pun cubalah. Pada masa itu saya bekerja dengan sebuah syarikat golf, jadi saya tahu bagaimana untuk menghayun (kayu pemukul)," kata beliau kepada wartawan Rosli A Razak.

(Gambar: Rosli A Razak)

Minatnya itu terpaut sehingga ke hari ini.


"Pada usia 39 (tahun), saya mula bermain woodball. Terus saya berhenti daripada bermain bola sepak. Masa itu, saya balik kerja dalam pukul 4.30 petang. Tiap-tiap petang kirakan, sampai kawan ajak main bola sepak, saya tidak mahu. Saya mahu main woodball sahaja," seloroh datuk kepada empat orang cucu itu.

Oleh kerana sukan itu tidak lasak, beliau memperkenalkan sukan ini kepada temannya, Encik Mohd Yusof Abdul Rahman, 63 tahun, yang sedang pulih daripada kecederaan.

"Kawan saya Encik Tahar jumpa saya. Duduk rumah buat apa? Makin sakit. Mari pergi ke padang. Padang apa? Padang 'woodball'. Saya tengok susah juga permainan ini kerana saya tidak tahu corak dan peraturan permainan.


Asalnya saya tidak tahu cara mengira (markah). Saya bermain dengan bagus tetapi kenapa markat saya tinggi? Daripada situ saya belajar mengira," kongsi beliau.

(Gambar: Rosli A Razak)
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita