Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA+: Wajar atau tidak biarkan anak kecil buang air kecil di depan umum?

Tular di media sosial sekeping gambar yang mencetuskan perbincangan hangat - wajar atau tidak biarkan anak kecil buang air kecil di depan umum?

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tular di media sosial sekeping gambar yang mencetuskan perbincangan hangat - wajar atau tidak biarkan anak kecil buang air kecil di depan umum?

Gambar itu dipetik di sebuah pusat penjaja di Tiong Bahru.

“Kenapalah buat begini? Tandas di luar jauhnya seminit saja,” kongsi seorang netizen di kumpulan Facebook 'Complaint Singapore'.

Gambar yang dimuat naik pengguna Facebook Liz Lun itu menunjukkan seorang budak lelaki yang bukan sahaja dibiarkan buang air kecil di depan umum, kurang manis lagi ia berlaku di meja makan dengan terdapat makanan dekat dengannya.

“Biadap betul! Ini tentang adab semasa di khalayak ramai. Orang dewasa bersamanya itu sudah merosakkan fikiran kanak-kanak dengan nilai yang buruk. Perlukah kita letak poster ‘Dilarang kencing’ di sini?”, tanya seorang warga siber.

Ramai warga net juga bersetuju tentang perlunya panduan untuk mendidik anak. Bak pepatah 'Guru kencing berdiri, murid kencing berlari'.

“Kita mesti ajar anak adab dan tingkah laku yang betul dari kecil lagi,”tulis seorang netizen.

Namun, ada juga netizen yang tidak mahu bersangka buruk sebaliknya bersimpati dengan wanita tersebut kerana mungkin terpaksa berbuat demikian.

“Jangan kecam nenek ini," menurut satu catatan. "Mungkin ada sebab-sebab yang kita sebagai orang luar tidak faham.”

“Kita harus menjadi masyarakat yang lebih memaafkan. Masyarakat kita perlu lebih menunjukkan empati,” kata pengguna Facebook Sabai Sabai.

Di tengah-tengah perdebatan itu, timbul juga soalan - bagaimana pula dengan orang yang merakam gambar itu, adakah perbuatannya itu wajar?

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan