BERITA+: Usaha pelihara warisan dan sediakan pilihan lebih sihat untuk Tahun Baharu Cina
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Digulung dan ditarik sehingga menjadi ribuan benang nipis.
Begitulah proses unik menghasilkan gula-gula tradisional yang dikenali sebagai 'janggut naga' atau 'dragon’s beard candy'.
Manisan itu, menurut legenda, dahulunya dihidangkan kepada maharaja di istana semasa Dinasti Qing.
Kini, seni pembuatan gula-gula itu diteruskan oleh Encik Roger Poon dan adiknya, Elaine, yang telah memulakan perniagaan berasaskan warisan tersebut sekitar 15 tahun lalu.

Resipi turun-temurun itu mereka pelajari daripada makcik mereka, Cik Lili Ho, yang terkenal pada tahun 1980-an kerana memperkenalkan manisan 'janggut naga' kepada masyarakat tempatan.
Walaupun kelihatan mudah, pembuatan gula-gula itu sebenarnya memerlukan teknik yang teliti, terutama dalam melembutkan dan menarik gula maltosa dengan tangan hingga membentuk helaian-helaian halus.

Menariknya, gula-gula tradisional itu diperbuat daripada bahan semula jadi seperti malt dan tepung beras.
Dengan hanya 19 peratus kandungan gula dan 2 peratus lemak tepu, ia menjadi pilihan yang lebih sihat berbanding manisan moden.

"Anda boleh lihat bahawa 100 gram gula mengandungi lebih banyak butiran gula putih. Tetapi bagi seketul malt itu, anda tahu, ia hanya sebesar itu. Jadi apa sahaja yang anda makan dari 100 gram malt itu adalah manisan semulajadi. Itu bermakna ia tidak mengandungi lebih banyak kalori berbanding 100 gram gula," kata Encik Roger kepada wartawan Nur Arina Ahmad Anis.
Proses membalut gula-gula naga memerlukan ketelitian dan kelajuan, kerana jika tidak dilakukan dengan segera, helaian-helaian gula halus itu akan menjadi keras dan melekat.
Seni pembuatan tradisional itu, yang diwarisi turun-temurun, kini diteruskan oleh Encik Roger Poon dan keluarganya.
Menurut Encik Roger, mereka tetap berpegang teguh pada kaedah tradisional dalam pembuatan manisan ini.
“Kami akan ikuti cara tradisional untuk membuatnya. Hanya malt tulen dan kacang tanah. Kacang tanah tersebut, kami perlu menghancurkannya. Jadi, tiada gula ditambah dalam kacang tanah tersebut. Hanya bahan semulajadi untuk mengeluarkan rasa kacang tanah yang asli,” jelasnya.

n itu, beliau turut menekankan penggunaan bahan bermutu untuk mengekalkan keaslian rasa gula-gula tersebut.
“Untuk kelapa pula, kami tidak mahu menggunakan terlalu banyak, hanya gula halus atau bahan kimia atau perkara seperti itu. Kami sebenarnya menggunakan gula melaka tulen,” tambah Encik Poon..
Sedar akan kepentingan memelihara warisan budaya ini, beliau turut menganjurkan bengkel pembuatan gula-gula naga untuk orang ramai.
Bengkel itu memperkenalkan seni tradisional pembuatan 'dragon’s beard candy' kepada generasi muda, sambil memastikan manisan tradisional Cina ini tidak luput ditelan zaman.
DELCIE'S DESSERTS AND CAKES TAWAR BISKUT 'MESRA-KETO'
Delcie's Desserts and Cakes pula memperkenalkan pilihan biskut sihat untuk sambutan Tahun Baharu Cina, termasuk biskut 'mesra keto' dan bebas kolesterol, yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan pemakanan moden.

Menurut pengasasnya, Cik Delcie Lam, biskut-biskut itu bukan sahaja sihat, malah sesuai untuk penghidap penyakit kencing manis dan kanak-kanak dengan alahan makanan.
"Untuk biskut kami, kami juga menawarkan pelbagai pilihan biskut vegan dengan kandungan gula yang lebih rendah," kata Cik Delcie.
Beliau turut menjelaskan pendekatan inovatif dalam resipi biskut mereka.
"Kami juga mempunyai biskut 'mesra keto' yang rendah karbohidrat. Kami tidak menggunakan tepung gandum biasa atau tepung yang mengandungi kanji atau karbohidrat," tambahnya.
Sebaliknya, Delcie's Desserts and Cakes menggunakan bahan alternatif seperti tepung badam dan tepung kelapa untuk menggantikan karbohidrat dalam pembuatan biskut mereka.

"Kami juga menggunakan pemanis seperti stevia untuk menggantikan gula tebu," jelas Cik Delcie, menekankan komitmen beliau terhadap kesihatan pelanggan.
BISKUT LEBIH SIHAT DENGAN NILAI PEMAKANAN TERPELIHARA
Dalam usaha memastikan nilai pemakanan biskut kekal terjaga, Delcie's Desserts and Cakes menggunakan suhu ketuhar yang lebih rendah berbanding kaedah biasa.

Langkah ini diambil bagi memastikan biskut yang dihasilkan bukan sahaja sihat tetapi juga mengekalkan kualiti bahan-bahan semula jadi yang digunakan.
Lebih menarik, setiap biskut yang dihasilkan dihantar ke makmal untuk diuji.
Ini bagi memastikan ia selamat untuk dimakan, khususnya oleh pesakit kencing manis.
"Contohnya, tart nanas kami disahkan mempunyai Indeks Glisemik (GI) rendah," kata pengasasnya, Cik Delcie Lam
Menurut beliau, jem nanas yang digunakan dalam tart tersebut dihasilkan tanpa gula tebu.

"Kami tidak menggunakan gula tebu dalam pembuatan jem. Sebaliknya, kami menggunakan keseluruhan nanas bersama jusnya dan menggunakan kaedah memasak perlahan untuk memekatkan rasa manis semulajadi daripada jus nanas," jelasnya.
Cik Delcie menggunakan hanya bahan mentah premium untuk memastikan kualiti terbaik.
Selaras dengan mutu dan pilihan yang lebih sihat, setiap botol biskut dijual pada harga sekitar S$40.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.