BERITA+: Usaha lestarikan seni Silat Pengantin, tarik generasi muda menerusi pertandingan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sejak di sekolah tadika lagi, minat Muhammad Khairi Khairuzamani terhadap seni silat mula berputik apabila melihat persembahan silat pengantin di majlis-majlis persandingan.
Ini yang mendorong ibunya, Cik Arlinda Abdullah untuk menghantar anaknya itu untuk belajar silat.
"Khairi, waktu dia kecil dahulu, apabila kami membawanya ke majlis-majlis keramaian, majlis perkahwinan, dia tertarik dan bertanya, “Boleh tak saya nak belajar silat pengantin? Dari situlah kami mendorongnya untuk belajar seni silat," kongsi Cik Arlinda kepada wartawan Roslinda Rahmat.
Kini sudah masuk tiga tahun Khairi menuntut ilmu dan kemahiran silat di Persatuan Seni Silat Setia Hati (ESHA).
"Silat mengajar saya untuk lebih fokus dan meningkatkan disiplin saya. Apabila saya belajar silat pengantin, saya dapat mempelajari banyak sungguh pergerakan baharu," kata Khairi yang kini berusia 9 tahun.

Selain kelincahannya dan kemahiran membuka langkah silat, Cik Arlinda melihat banyak perubahan positif dalam diri anaknya sejak mengikuti kelas silat.
“Dia semakin yakin. Setiap kali kami ke majlis, dia akan bertanya, ada silat pengantin tak? Boleh tak saya buat silat pengantin? Dia sangat gembira untuk menjadi salah seorang pesilat untuk raja sehari," kongsi Cik Arlinda.
Silat pengantin merupakan antara aspek budaya itu yang masih lagi mahu dipertahankan dan dilestarikan selain untuk mempertahankan diri dan buat pertandingan.
MAKSUD DI SEBALIK GERAK LANGKAH DALAM SILAT PENGANTIN
Usaha itu masih diteruskan Persatuan Seni Silat Setia Hati (ESHA) yang sudah melakukannya hampir 80 tahun.
Perguruan silat ESHA menyedari potensi silat pengantin untuk menarik minat golongan muda dan pentingnya melestarikan warisan budaya ini.

"Silat pengantin adalah suatu tradisi ataupun identiti masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat Nusantara secara amnya. Jadi ia adalah khazanah kita yang harus kita kekalkan. Ia adalah budaya dan tradisi turun-temurun sejak zaman dahulu kala. Sekiranya silat tidak ada penerus, ataupun tidak ada mereka yang ingin mewarisi budaya itu, pada saya, maka akan hilanglah identiti kita sebagai masyarakat Melayu di Nusantara ini," kata Guru Utama, Persatuan Seni Silat Setia Hati (ESHA), Muhammad Imran Matnawi.
Beliau juga menjelaskan lambang dan nilai di sebalik budaya warisan itu.
“Asal-muasalnya adalah sebagai satu persembahan bagi raja. Sekarang ini di Singapura kita ubahsuaikan. Silat ini dipersembahkan di hadapan pengantin kerana pengantin kita ibaratkan sebagai raja sehari. Pergerakan silat pengantin tersebut haruslah mematuhi etika dan adab seperti kita berdepan dengan seorang raja. Bermakna, lenggok pergerakan mereka tidak boleh mencela mahupun provokatif. Setiap pergerakan amat berseni. Ada yang memanggilnya 'tari silat', yang dipersembahkan mengikuti alunan bunyi-bunyian seperti gamelan ataupun kompang, yang akan memeriahkan lagi suasana persembahan tersebut," kata Encik Imran.
Gerak langkahnya juga melambangkan kesantunan orang Melayu.
"Dalam silat pengantin yang biasanya kita ajarkan supaya mempamerkan gerak tari, lenggok pergerakan ataupun pola langkah yang penuh rasa hormat dan juga pamerkan beberapa ciri seperti keselamatan, iaitu sebagai barisan pengiring pengantin itu, ia mempunyai hulubalang yang akan mempertahankan raja ataupun ketua mereka. Kedua, lenggok tari yang dipersembahkan merupakan pergerakan-pergerakan yang lembut dan tidak keras. Jadi biasanya dalam silat pengantin, pergerakan ataupun alunan yang mereka lakukan kebanyakannya bergerak lembut. Jangka waktunya tidak panjang. Biasanya dalam dua atau tiga minit untuk satu pergerakan silat pengantin," jelas Encik Imran.
ESHA ditubuhkan pada tahun 1945.
USAHA LESTARIKAN SILAT PENGANTIN
Selain diajar dalam latihan silat, pelbagai lagi usaha dilakukan untuk melestarikan seni tersebut.
Ini termasuk menganjurkan sebuah pertandingan sebagai platform untuk memperkenalkan seni ini kepada generasi baharu.

Pertandingan Tunas Harapan itu dianjurkan bersama oleh Persatuan Kemuning Singapura dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Marine Parade dan disokong oleh Jawatankuasa Pentadbir Kelab Masyarakat Joo Chiat (CCMC) dan Persekutuan Silat Singapura (SSF).
"Saya mengharapkan bahawa pertandingan itu dapat diteruskan pada setiap tahun supaya kita dapat mempromosikan kepada pesilat cilik dan remaja. Kemudian, mereka dapat mempersembahkan pula dalam majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis-majlis di kelab masyarakat untuk meraikan tetamu besar," Guru Utama daripada Perguruan Seligi Tunggal Kemuning, Muhsin Mansor yang bakal menjadi antara juri di pertandingan itu.
Lagi seorang juri, Guru Muda daripada Perguruan Sendeng Pukulan berkata, "Sebagai juri, saya beri tumpuan kepada tiga aspek iaitu penghayatan rasa, kemantapan dan keistimewaan para pesilat untuk mempamerkan gerak silat perguruan masing-masing. Mutu pertandingan itu bagi saya agak memuaskan. Dapat melihat kanak-kanak kecil buat silat pengantin dengan baik.”
Kejohanan Silat Kesenian Tunas Harapan 2024 akan berlangsung pada 8 Disember 2024 dan selain silat pengantin, beberapa lagi kategori turut dipertandingkan bagi peserta remaja dan bawah 12 tahun.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.