BERITA+: Usaha kenang artis era gemilang filem Melayu SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Studio Jalan Ampas milik Shaw Brothers menyimpan banyak sejarah dunia perfileman Melayu yang wujud di Singapura pada zaman 1950-an dan 1960-an.
Dahulu, studio Jalan Ampas megah dengan beberapa studio tetapi kini hanya tinggal Studio No. 8 sahaja yang tinggal.
"Ia ditubuhkan oleh dua beradik Tan Sir Run Run Shaw dan juga Sir Runme Shaw dan masa itu pada 1937, mereka hanya pengedar filem hitam putih iaitu seperti filem 'Topeng Shaitan' dan juga 'Singapura di Waktu Malam'," kata aktivis filem klasik Melayu Singapura, Cik Aminah Ismail.
Studio Shaw Brothers ditutup pada 1967 selepas 19 tahun beroperasi.
Antara filem terbaik yang dihasilkan termasuk Tiga Abdul, Bujang Lapok dan Madu Tiga arahan Allahyarham P. Ramlee.
Cik Aminah Ismail, seorang aktivis filem klasik Melayu Singapura, berharap legasinya tidak luput.
"Filem-filem Melayu ini ialah ia adalah satu filem yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama filem-filem Hollywood. Pada masa itu juga pelakon-pelakon Hollywood juga pernah datang ke sini seperti Elizabeth Taylor," kongsi beliau.
Tambahnya, filem seniman agung Allahyarham P. Ramlee sarat dengan nilai dan kritikan sosial yang tidak ditelan zaman.
"Saya rasa filem Melayu ini harus kekal relevan, dilestarikan dan ia adalah sosio-budaya yang sangat kita harus contoh. Filem 'Ibu Mertuaku', cerita 'Seniman Bujang Lapok', di situ ada sindiran-sindiran yang harus kita pelajari untuk masyarakat kita dan anak-anak muda harus faham, P. Ramlee dia memandang 100 tahun akan datang, bagaimana masyarakat kita pada hari ini," kata Cik Aminah.
Di era kegemilangannya, terlahir ramai bintang seperti Zaiton Abdullah, K. Fatimah dan Rosnani Jamil yang menyinari layar perak.
Pada 2009, Cik Aminah menubuhkan syarikat Wadah Seni Entertainment untuk mengiktiraf sumbangan seniman dan seniwati veteran serta perkembangan mereka pada hari ini.
"Setakat ini, laman Wadah Seni itu sudah hampir 8,000 pengikut dan saya sajikan maklumat yang sangat 'rare'. Saya akan ketengahkan artis-artis yang sudah lama yang orang tidak tahu tentang cerita mereka. Ramai peminat-peminat filem masih meminati mereka," kata Cik Aminah.
ACARA 'SUKMA RINDU JALAN AMPAS'
Baru-baru ini, Wadah Seni Entertainment menganjurkan acara "Sukma Rindu Jalan Ampas" untuk memberi penghargaan kepada tujuh seniwati 1950-an dan 1960-an.
Mereka termasuk seniwati Zaiton, Rosnani, Dayang Sofia, Sri Rahayu, K. Fatimah, Habibah Haron dan Normah Zainal.
Seniwati Rosnani Jamil yang lebih mesra dipanggil 'Mak', sempat berkongsi kenangan manisnya sebagai seniwati di Jalan Ampas satu ketika dahulu.
"Paling tidak boleh lupakan Kampong Boon Teck Road, semua pelakon duduk di sana. Jalan Ampas itu adalah satu sekolah rendah bagi saya sebagai pelakon yang tidak tahu apa-apa pun, (huruf) A, B, C pun mak tidak tahu sebab mak asal dari Indonesia. Memang tidak tahu langsung soal filem. Sebab zaman dahulu pengarah semuanya orang India. Sampailah arwah Tan Sri P. Ramlee," kongsinya kepada BERITA Mediacorp.
Wajar kenangannya di Jalan Ampas itu membawa makna yang sangat mendalam baginya.
"Jadi dengan begitulah mak ada pelajaran jadi mengerti apa itu filem. Macam satu pelajaran buat mak daripada 'zero' sampai boleh jadi pengarah, sampai mak belajar pergi luar negara, London, untuk menambah ilmu dalam perfilema," kongsi beliau.
Meskipun tidak lagi terlibat dalam dunia perfileman, beliau kerap mendapat undangan untuk memberi ceramah untuk di universiti-universiti di Malaysia.
"Profesor-profesor itu menghargai pencapaian mak dengan memanggil mak untuk berbicara soal filem soal hati soal apa-apalah," kongsi Cik Rosnani.
Menurutnya lagi, tiada orang yang dapat menggantikan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Seniwati Zaiton Abdullah pernah membintangi 22 buah filem sepanjang kerjayanya selama 13 tahun dan terkenal memainkan watak ikonik Mahani dalam filem Anakku Sazali.
Sejak 1970-an Cik Zaiton mula bersara dari bidang lakonan dan hanya membuat kemunculan istimewa di majlis-majlis keramaian buat artis-artis veteran.
"Kenangan saya yang saya tidak boleh lupa, waktu saya dapat pilih pergi Amerika Syarikat, pergi San Francisco. Habis saya buat penggambaran, saya pulang ke rumah. Saya tidak campur-campur dengan orang semua tidak ada," kata Cik Zaiton.
Sepanjang dua jam, lebih 400 peminat filem klasik dihiburkan dengan dendangan lagu filem klasik oleh penyanyi Rudy Djoe, Sheera J, Rozita Rohaizad, P. Radhi dan Putri Emily Joehaidi.
Wadah Seni Entertainment merancang untuk menganjurkan acara serupa tahun hadapan.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.