BERITA+ Trend beri hadiah emas sebagai pengganti duit Raya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Trend menghadiahkan emas sebagai pengganti duit Raya semakin menjadi pilihan dalam kalangan ramai di Singapura.
Malah, beberapa koleksi emas sempena Hari Raya di beberapa kedai emas yang ditinjau habis terjual hanya dalam beberapa hari selepas dilancarkan.
Inovasi beberapa penjual menjadikannya lebih mudah untuk dipakai ke mana-mana sebagai hiasan di beg atau kunci menjadikannya lebih praktikal untuk dibeli.

Inilah yang membuat Cik Hairani Osman, 56 tahun, tertarik untuk membeli set 'keychain' emas 999 sempena Hari Raya yang ditawarkan khas oleh SK Jewellery tahun ini.
Ia akan dihadiahkan kepada ibu dan adik ipar tersayang.
“Produk ini sesuatu yang unik, dengan bentuk ketupat yang sangat unik. Kalau anda memberikan duit raya itu, mereka akan menggunakannya tetapi selepas itu, mereka tidak dapat melihat barang yang dibeli. Kalau anda beri barangan seperti produk ‘keychain’ ini, mereka boleh simpan dan gantung pada beg,” kongsi Cik Hairani kepada wartawan Nazirah Jamzuri.
Baginya, emas bukan sekadar hiasan tapi juga pelaburan.
“Ia sebagai tanda mata kerana ia berguna untuk mereka, di mana mereka boleh menyimpannya dan membawa kenangan. Ia juga sebagai satu pelaburan kerana ia satu produk yang boleh disimpan. Jika mereka memerlukannya, mereka boleh menggunakannya,” ujar Cik Hairani.

SK JEWELLERY LANCAR 'KEYCHAIN' EMAS 999 UNTUK HARI RAYA
Trend ini dilihat semakin berkembang dan menurut dua syarikat yang ditinjau, permintaannya juga meningkat saban tahun.
“Tahun ini sempena Hari Raya, SK Jewellery melancarkan dua koleksi emas baharu. Ini dikeluarkan dalam bentuk ‘keychain’ emas tulen 999. Jadi kami mempunyai dua rekaan, yang pertama bermotifkan ketupat, dan yang kedua bermotifkan masjid,” kongsi Ketua Bahagian E-Dagang SK Jewellery, David Lau kepada wartawan Nazirah Jamzuri.
“Keychain adalah sesuatu yang anda boleh bawa bersama anda. Ia sesuatu yang boleh anda gantung pada beg, dompet dan juga di telefon bimbit. Jadi kami mahu menghasilkan sesuatu yang unik, sesuatu yang berbeza sedikit daripada duit Raya tradisional yang pelanggan kami daripada masyarakat Islam sudah terbiasa memberikan dan pada masa sama, memasukkan sentuhan emas,” tambahnya.
Malah, terdapat juga ciri-ciri keselamatan pada rekaannya supaya mudah dan selamat untuk dibawa ke mana-mana.
“Bagi kedua-dua 'keychain' ini, anda boleh lihat bahawa jongkong emas tersebut diletakkan di dalamnya. Jadi bagi rekaan masjid, emas itu ditempatkan dalam akrilik ini. Akrilik ini sangat selamat dan tidak mudah untuk dikeluarkan. Bagi rekaan ketupat pula, ciri emas itu juga ditempatkan dalam pelindung seperti ini yang tidak boleh ditanggalkan dengan mudah,” ujar Encik David.
“Secara asasnya, ini adalah rantai kunci yang boleh dipasang pada beg, telefon bimbit dan sebagainya. Jadi ia pada dasarnya selamat seperti mana-mana barangan koleksi lain yang dibeli di pasaran,” tambahnya.

KEYCHAIN EMAS HARI RAYA HABIS TERJUAL DALAM BEBERAPA HARI DILANCARKAN
Bagi promosi musim perayaan, produk emas itu dijual pada harga S$49 setiap satu dan telah mendapat sambutan hangat.
“Kami melancarkan rekaan rantai kunci emas Hari Raya 2026 ini pada penghujung Februari, dan dalam tempoh beberapa hari sahaja, ia habis terjual. Sejak itu, kami telah membuka tempahan awal dan sehingga kini kami masih menerima tempahan. Tempahan ini dijangka dipenuhi pada awal April. Dalam beberapa hari pertama pelancaran, kami juga menyaksikan kira-kira 1,000 unit terjual setiap hari,” menurut Encik David.
MONEYMAX TAWAR SAMPUL RAYA BERISI SYILING EMAS 999 HARI RAYA; JUALAN NAIK 50%
Turut menyaksikan peningkatan dalam permintaan ialah MoneyMax.
Buat tahun kedua berturut-turut, mereka menawarkan sampul Raya berisi syiling emas 999 sempena Hari Raya, sebagai alternatif kepada duit Raya tradisional.
“Sambutan tahun ini amat menggalakkan. Malah, dalam tempoh seminggu lalu, kami menjual sekitar 400 hingga 500 keping setiap hari. Ini merupakan tahun kedua kami memperkenalkan syiling emas 999 sempena Hari Raya ke pasaran. Jika dibandingkan dengan tahun lalu, kami melihat jumlah jualan meningkat sekitar 50 peratus,” kongsi Ketua Operasi Runcit, MoneyMax, Elim Lau kepada wartawan Nazirah Jamzuri.
Syiling emas itu dijual pada harga S$69 sekeping.

PERMINTAAN TINGGI DARI KELUARGA MUDA, PEKERJA
Tahun ini, MoneyMax menyaksikan permintaan yang tinggi daripada keluarga muda dan pekerja muda.
“Apa yang unik tentang syiling emas Raya kami ialah ia merupakan satu alternatif yang sangat baik kepada sampul hijau tradisional. Jadi, daripada memberi wang tunai, anda kini juga boleh memberikan insan tersayang sekeping syiling emas yang mempunyai nilai yang jauh lebih berkekalan. Dengan peningkatan harga emas yang ketara sepanjang tahun lalu, saya rasa pelanggan kini lebih tertarik untuk menerima hadiah dalam bentuk emas,” ujar Cik Lau.

ADAKAH KOLEKSI EMAS RAYA SATU PELABURAN BAIK?
Jadi adakah koleksi Raya ini satu pelaburan yang baik?
“Bagi pelanggan yang baharu berjinak-jinak dengan emas, saya rasa membeli syiling emas merupakan satu permulaan yang sangat baik untuk memiliki emas.
“Namun, dari sudut pelaburan, kami biasanya akan menggalakkan pelanggan untuk melihat kepada jongkong emas atau barang kemas emas yang lebih besar, yang menawarkan nilai gram yang lebih tinggi untuk kos bagi setiap gram,” ujar Cik Lau.
Ini juga disebabkan emas 999 ialah simbol ketulenan tertinggi.
Lantas, bagi kedua-dua syarikat itu, ia melambangkan berkat dan kemakmuran yang tertinggi buat para pelanggannya seiring dengan kemeriahan musim perayaan ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.