BERITA+: Tinggalkan dunia korporat selepas diserang angin ahmar; kini jurulatih senaman, sebar mesej penuaan aktif
Anggaran Waktu Membaca:

Encik Affendy Suboh memutuskan untuk bersara pada usia 50 tahun.(Gambar: Rosli A Razak)
SINGAPURA: Sewaktu mudanya, Encik Affendy Suboh, 54 tahun, aktif bersukan.
Beliau bermain bola sepak, malah pernah mewakili negara dalam pertandingan ragbi di luar negara.
Namun, kesibukan kerjaya dalam bidang penjualan dan pemasaran serantau dengan sebuah syarikat Jepun serta membesarkan tiga orang anak mengubah gaya hidup yang dahulunya sihat.
"Saya bertanggungjawab atas tiga belas negara untuk memastikan aktiviti penjualan dan pemasaran mencapai sasaran syarikat. Tiap-tiap tahun, tekanan semakin meningkat. Saya harus ke luar negeri, tiga atau empat kali sebulan. Tekanannya tinggi dan kurang masa rehat," kata Encik Effendy kepada wartawan Rosli A Razak.
Pada usia 48 tahun, beliau dikejutkan pula dengan masalah kesihatan yang tidak diduga.
Beliau diserang penyakit angin ahmar ringan sewaktu dalam penerbangan pulang dari Myanmar.

"Saya rasa gelisah dan sebal pada tangan serta kaki. Raut muka saya jatuh. Waktu remaja, saya begitu aktif bermain bola sepak, ragbi mewakili negara. Kenapa jadi begini? Satu realiti yang tidak boleh saya terima," kongsi beliau.
Setelah pulih, beliau bertekad untuk mengubah gaya hidup.
Beliau memutuskan untuk bersara pada usia 50 tahun dengan meninggalkan kerjaya dalam bidang penjualan dan pemasaran serantau yang beliau ceburi selama 26 tahun.
"Sewaktu saya diserang angin ahmar ringan, saya ambil kelas dengan jurulatih peribadi. Jadi saya pun bertanya tentang kerjaya sebagai jurulatih peribadi. Beliau galakkan. Namun, beliau menasihati saya supaya jangan bersara sepenuhnya. Anda perlu rancang sesuatu. Kalau anda mahu buat sesuatu, lakukan sesuatu yang kamu suka," imbas beliau.
Atas dorongan isteri, Encik Affendy mengambil kursus Jurulatih Peribadi Bertauliah secara online yang ditawarkan SkillsFuture.
"Secara jujur saya melihat bahagian membuat kek. Isteri saya bertanya. Kenapa saya mahu belajar buat kek? Saya tidak pernah buat kek di rumah. Tidak sama sekali. Beliau kata saya seorang yang sangat aktif dan sarankan agar saya ambil bahagian bersenam atau jurulatih senaman peribadi. Jadi ia membuat saya teringat semula minat saya," kongsi beliau.
Sijil yang diraih itu membuka banyak peluang baharu dalam bidang yang sangat dekat di hatinya.

"Kawan-kawan jurulatih senaman peribadi memperkenalkan saya (kepada klien) dan juga peluang untuk kendalikan kelas sambilan. Daripada situ, ia berkembang dan pada waktu itu COVID, banyak aktiviti di luar tidak boleh diteruskan. Mereka melihat Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) membuat program untuk senaman secara maya. Jadi daripada situ saya memohon untuk melakukannya," kata beliau.
Kini beliau mengendalikan lebih 10 sesi senaman secara fizikal mahupun zoom dalam seminggu.
Ini selain menjalankan dua latihan peribadi pada setiap hari.

"Bersama HPB, saya boleh kendalikan kelas secara maya untuk kaum ibu yang di rumah, saya buat aktiviti di luar untuk penduduk di estet kejiranan dan juga warga emas. Jadi saya sengaja kembangkan (khidmat) supaya saya dapat menyebarkan informasi tentang gaya hidup sihat kepada semua lapisan masyarakat," jelas Encik Affendy.
Beliau percaya aktiviti senaman membantu membina dan mengekalkan otot dan tulang yang kuat apabila usia semakin lanjut.
"Ada yang bimbang dan memberitahu saya, saya mungkin boleh menjadi sakit. Dulu saya pun berfikiran begitu. Namun, apabila umur meningkat, sepatutnya itulah waktu yang kita mesti lagi aktif. Jadi, banyak orang yang tidak tahu bahawa aktif ini sebenarnya untuk seumur hidup kita. Ia adalah satu gaya hidup," ujar beliau.
Dan lebih penting lagi, kata beliau, mengamalkan gaya hidup sihat boleh membantu mengatasi masalah kesihatan kronik, mengawal fungsi badan agar kekal di tahap yang baik agar dapat berdikari apabila usia semakin meningkat.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.