BERITA+: Tarian Jalanan dan SUPER24 uji kemampuan, bina keyakinan diri golongan belia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pertandingan tari jalanan Super24 yang dilancarkan pada tahun 2012, telah ditonton oleh lebih 37,000 orang setakat ini,
Super24 dimulakan oleh O School dan merupakan hasil ciptaan Kenny Low, anak jati Singapura.
Edisi sulungnya berlangsung di ITE College West.
Ia merupakan pertandingan pertama seumpamanya di dunia dan menarik penyertaan purata 1,000 belia setiap tahun.
Sejak itu, Super24 menjadi acara utama dalam bidang tari jalanan, yang semakin diminati golongan muda di Singapura.
Namun, apakah yang mendorong minat mendalam terhadap cabang seni kreatif itu?

MERANGSANG KREATIVITI, MENGGARAP TENAGA POSITIF WARGA MUDA
Sayiddah Nabilah Mohd Parid mula menari pada usia 17.
Tetapi hasrat dan semangat Barista sambilan itu untuk menari sudah ada sejak kecil.
"Semasa membesar, saya selalu menonton filem seperti Step Up, Honey dan masa dahulu selalu ada video-video tarian jalanan yang 'trending' dalam YouTube. Ia lebih kepada alurnya, cara mereka bergerak. Mereka ada gaya tersendiri. Jadi saya rasa saya pun nak macam ada gaya tersendiri juga bila saya menari. Oleh kerana semangat yang mereka tunjukkan, saya rasa macam saya ,pun nak lakukan perkara yang sama," kongsi Sayiddah kepada wartawan Roslinda Rahmat.
Sayyidah bukan sahaja mengagumi tarian hip hop, tetapi juga mahu mencipta gaya yang mencerminkan dirinya.
Ini membawanya ke Yakin, kumpulan yang menggabungkan 'hip hop' dengan budaya Melayu, di mana beliau mendapat bimbingan daripada pereka tari Adli Adam.
"Pada saya, tarian jalanan bukan sahaja untuk hiburan atau mengikut trend. Ia juga bagaimana kita bertemu orang lain dari semua lapisan masyarakat. Jadi, ia mengajar kita untuk bertemu, berbual," kata beliau.
Namun, apa sebenarnya tarian jalanan dan apa yang mendorong minat golongan muda terhadapnya?

"'Street dance' adalah adalah sebahagian daripada budaya hip-hop yang berasal dari awal 1970-an di Bronx, New York, Amerika. Terdapat pelbagai genre seperti 'breaking' atau 'breakdancing', 'popping' dan 'locking'. Manakala di Singapura, tarian jalanan dikenali pada tahun 1990-an di kalangan belia. Singapura juga mempunyai banyak platform seperti pertandingan, kelas-kelas dan kursus untuk penari-penari di Singapura menambah minat dan bakat mereka," ujar Mohammad Alif Rais, penari handalan dan guru tari jalanan.
GABUNGAN SENI TARI KONTEMPORARI DAN TRADISIONAL MELAYU
Gerakan tarian tradisional yang anggun selalunya tidak digandingkan dengan tarian jalanan.
Namun, kumpulan Yakin berjaya menggabungkan kedua-duanya untuk mempromosikan budaya Melayu.
Ini juga menunjukkan bahawa tarian adalah wadah yang menyatukan dan merayakan keseimbangan unsur seni kontemporari dan tradisional.
"Macam tarian Melayu, memang nilai seninya itu gemalai. Untuk 'street dance', memang lain. Itulah kekuatan Yakin, untuk menyatukan semua genre dan menyatukan menjadi satu genre untuk Yakin sahaja," luah ketua Yakin, Adli, yang mula menari tarian jalanan sejak 2016.

SUPER24: SATU-SATUNYA SEPERTINYA DI DUNIA, TARIK MINAT PENARI JALANAN ASIA PASIFIK
Edisi ke-11 Super24 tahun ini memperkukuh statusnya sebagai pertandingan utama tari jalanan di Singapura.
Acara itu menampilkan pasukan tari terbaik dari Singapura dan rantau Asia Pasifik, termasuk Vietnam, Australia, dan Indonesia.
Keunikan format Super24 terletak pada persembahannya: 24 penari beraksi serentak sebagai satu kumpulan selama 90 saat di pentas berukuran 8x8 meter, dengan juri menilai dari keempat-empat sisi.
“Pertandingan ini unik kerana pentasnya tidak hanya menghadap ke satu arah. Super24 di Singapura memberi peluang kepada komuniti penari untuk mengasah bakat, meningkatkan keyakinan diri, dan memajukan lanskap tarian di negara ini,” kata Alif.
Tahun ini, Peringkat Akhir Super24 di Stadium Tertutup menyaksikan penyertaan lebih 70 pasukan, termasuk kumpulan Yakin, dengan 31 pasukan sekolah menengah dan 40 pasukan dalam kategori Terbuka dan pos-menengah.
"Potensinya amat hebat. Setiap tahun, ia akan menarik minat dalam 2,000 peserta. Ia menjadi kegiatan positif bagi mereka. Saya sebenarnya telah melihat ramai belia yang menceburi tarian jalanan untuk meluahkan perasaan mereka ataupun meluahkan sebarang kesusahan di dalam kehidupan mereka, melalui street dance," tambah Alif.
Cabaran demi cabaran baharu yang dihadapi dek penceburan di dalam tari jalanan pula meninggalkan kesan positif dalam diri penari muda, Sayiddah.
"Apabila kita ada pertandingan, kadang-kala pereka tari kami nak buat gerakan yang abstrak. Jadi kita akan belajar untuk buat pergerakan berguling ke hadapan atau 'front-roll' atau malah buat 'stunts' atau aksi lasak. Jadi saya rasa macam mencuba perkara-perkara baharu adalah sesuatu yang membuat saya rasa lebih konfiden untuk belajar kemahiran-kemahiran baharu."
"Nilai murni yang saya hendak semua penari untuk membawa pulang adalah kesabaran. Kalau tempo di dunia pantas, kita mesti ada kesabaran untuk ikut tempo itu. Dan nilai murni yang satu lagi adalah kekuatan dalam kawalan. Untuk mengawal emosi kita, walaupun kita sedih atau marah, kalau kita ada kekuatan, semua masalah boleh ditukar untuk jadi peluang," tegas pemimpin Yakin, Adli.
Walaupun kumpulan Yakin tidak menang, pengalaman di Super24 pasti telah mencapai banyak matlamat dan membawa manfaat besar kepada para penari tarian jalanan mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.