BERITA+ Taman Warisan Melayu iktiraf sumbangan ikon-ikon wanita dalam pelbagai bidang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Galeri yang diperbaharui, karya seni yang ditempah khas serta Festival Pembukaan Semula selama sembilan hari, berteraskan naratif baharu, Dari Rantau Ke Rumah, meraikan pembukaan-semula Taman Warisan Melayu (TWM) yang dinaik-taraf sejak tahun 2022.
Sempena perayaan besar itu, Berita+ membawa anda mengintai antara tarikan dan penampilan baharu di muziumnya yang menjalani penyegaran dari segi naratif, artifak, pameran dan pendekatan.
Perluasan peranan dan keupayaan Taman Warisan sebagai tunjang budaya dalam Kampong Gelam turut melibatkan paparan ikon-ikon wanita dan sumbangan mereka kepada bidang seni dan sastera di Singapura, selain menampilkan karya lima seniman pelbagai disiplin.
TWM PAPAR IKON-IKON WANITA DEMI IKTIRAF SUMBANGAN MEREKA YANG TERLEPAS PANDANG
Bermula 25 April, masyarakat tempatan diajak sama-sama meneroka evolusi identiti Melayu di Singapura, serta bagaimana hubungan komuniti Melayu tempatan dengan masyarakat berbilang budaya dan dunia Melayu yang lebih luas, telah membentuk identitinya.
Caranya adalah melalui enam galeri tetap muzium TWM, yang menampilkan 279 artifak - suku daripadanya dipinjam daripada masyarakat Melayu sendiri.
Melalui perjalanan merentasi masa dari Singapura abad ke-19 hingga membayangkan kemungkinan masa depan, pengunjung digalakkan untuk merenung makna menjadi Melayu di Singapura dan bagaimana identiti ini terus berkembang dari semasa ke semasa.

IKON WANITA SENI & SASTERA DIKETENGAH, CABARAN & KEJAYAAN DIIKTIRAF
Penerima anugerah tertinggi, Pingat Budaya 2021, Rahimah Rahim antara wanita yang diberi ruang dalam muzium Taman Warisan Melayu yang berwajah baharu.
"Saya terharu sebenarnya, sebab sudah dekat enam dekad kan, sebagai anak seni? Mulanya di filem, selepas itu di televisyen serta filem. Berlakon memerlukan jiwa yang kuat tau? Terutama bila memegang watak-watak tertentu. Tetapi menyanyi, lebih realiti. Mungkin sumbangan saya yang tekun menjalani bidang ini, menjadi satu sumbangan besar lah, dan juga pengorbanan yang amat kuat," luah Cik Rahimah yang mesra dipanggil 'Kak Girl'.

Bersebelahan ruang pamerannya adalah seorang lagi legenda yang meraih status penghibur antarabangsa, Anita Sarawak.
"Anita Sarawak - beliau seorang penghibur yang sangat saya kagumi di Singapura. Sebab kami mula bekerja di atas satu pentas - kami berkongsi pentas yang sama di Neptune Theatre pada 1 Mei 1974. Pada masa tu, saya berusia 18 tahun. Baru pulang dari Jepun setelah menang pertandingan Kimi Koso Star dan itu pertama kali saya dapat menyanyi sendiri. Tidak bersama dengan ayah saya. Saya menyanyi dengan Anita Sarawak, yang lebih berpengalaman berbanding saya. Jadi saya rasa takut juga lah pada masa itu. Segan!" kongsi Cik Rahimah.
Ruang pameran yang memuatkan piring hitam atau album vinyl Rahimah Rahim dan Anita Sarawak itu terletak di luar Galeri 4 di tingkat dua muziumnya, berjudul Kota Impian.

Kota Impian meneroka perubahan dan peranan wanita Melayu dari tahun 1950-an hingga 1960-an, mengiktiraf sumbangan mereka dalam pendidikan, sastera dan seni, serta cabaran yang mereka hadapi dalam membina laluan sendiri.
Di antara paparan adalah ibu kepada Cik Rahimah, yakni seniwati Mariam Baharom.
"Saya amat berterima kasih di atas pengiktirafan yang diberi buat kami berdua. Ibu saya sebagai pelakon di layar perak, dihargai. Saya turut berbangga dengan kerjayanya sebab banyak pengorbanannya. Beliau meninggalkan kerjayanya sebagai pelakon dalam zaman kemuncaknya, dan menumpukan sepenuh masa menjaga anak-anak Pak Rahim (yakni Rahimah Rahim sendiri dan adik-adiknya Rahman dan Rozie), hingga ke akhir hayatnya. Itu sumbangan terbesarnya bagi saya. Terima kasih mak!

"Dia tak pandai menulis dan membaca. Tetapi rajin mencari jalan untuk membaca. Saya pun hairan macam mana mereka baca skrip? Macam mana mereka dapat menjiwai watak, menghafal dialog, semua?" luahnya.
Cik Rahimah mendedahkan bagaimana arwah ibunya tidak menggalakkannya berkecimpung dalam dunia seni. "Bapa yang mendorong saya, yang beri saya nasihat, yang beri saya perangsang untuk teruskan kerjaya sebagai anak seni. Tapi ibu tidak menggalakkan. Dia kalau boleh nak saya kerja lain. Pasal kita pergi sekolah kan? Jadi dia nak kita bekerja di pejabat ke, macam gitu. Sebab mungkin dia tahu, untuk jadi anak seni itu, bukan senang."
Bagaimanapun, tegahan ibunya itu juga yang menjadi pembakar semangatnya untuk menjadi artis, "Saya akan selalu kenang kata-kata ibu saya, 'Nak jadi penyanyi kan? Kamu pegang itu bara sampai jadi abu!' Itu yang saya pegang dan orang pertama yang saya nak tunjukkan yang saya boleh jadi artis pada masa itu, adalah ibu saya," tegas Cik Rahimah dengan air mata bergenangan.
Satu lagi pasangan ibu dan anak yang turut dipaparkan di muzium TWM adalah Anita Sarawak dan ibunya, primadona layar perak Siput Sarawak, yang terkenal melakonkan watak-watak antagonis lagi jahat. Bagaimanapun, kenangan Rahimah Rahim terhadap beliau adalah jauh berbeza.
"Seniwati Siput Sarawak itu primadona yang paling saya minati dan saya hormati. Seorang wanita yang lembut bila berbicara. Apabila datang ke rumah, kalau bercakap dengan ibu saya, seniwati Saadiah, 'Yah, kau baik?' Orangnya lemah-lembut. Tapi apabila berlakon, anda boleh saksikan betapa fokusnya dan komitmennya! Jiwa dalam membawa watak itu yang paling perlu dalam lakonan. Dan saya tak mampu nak menjiwai watak sebegitu. Betul! Sebab lakonan ini, ia kena secara automatik merubah personaliti kita, watak kita. Tapi kita tak boleh terbawa-bawa. Kena orang yang tak kuat, dia boleh terbawa-bawa. Sampai di luar pun dia terbawa-bawa. Itu yang menakutkan. Jadi Siput Sarawak amat kuat dari segi mentalnya. Untuk berlakon, kita harus ada mental yang kuat. Tapi saya tak mampu, lah. Pasal itu saya suka berlakon cerita yang santai. Watak yang tidak berat. Jadi saya pilih menyanyi, sebab bagi saya, menyanyi itu lebih realiti, lebih 'real'," ujar Cik Rahimah.

Tema kebangkitan wanita Melayu moden dalam bidang seni dan persuratan yang dipamerkan di Taman Warisan Melayu memberi inspirasi tentang ketekunan, daya tahan, kreativiti dan kepimpinan; khususnya dalam industri hiburan.
5 KARYA TEMPAHAN INTERAKTIF GALAK GENERASI FIKIR WARISAN
Sealiran dengan ini, buat pertama kalinya, TWM menyertakan karya seni oleh lima orang seniman berbilang disiplin. Karya mereka dipamerkan dalam ruang-ruang khusus, bersebelahan artifak-artifak di muzium.
"Dalam galeri kita kali ini, kita ada lima buah karya yang kami tempah. Setiap karya berdasarkan konsep yang masing-masing seniman usulkan. Sebab, warisan akan sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman, mengikut perkembangan masyarakat. Pihak muzium boleh mengetengahkan kisah-kisah berteraskan objek-objek bersejarah. Tapi bagaimana kita nak mencungkil suara-suara dan cerita-cerita serta perspektif daripada masa kini?
"Di situ kami lihat kelebihan seni. Sebab para seniman memberikan pandangan atau perspektif yang bukan sahaja kekinian, tetapi juga yang bersifat peribadi. Jadi bila pengunjung datang, mereka bukan sahaja dapat belajar tentang sejarah ataupun apakah yang kami warisi, mereka juga akan terpanggil untuk berimaginasi, untuk berfikir bagaimanakah warisan mereka di masa hadapan?" ujar Penolong Kurator, TWM, Syafiqah Jaaffar.
Ibu saudara Cik Rahimah - Satya Baharom atau seniwati Saadiah turut mendapat sorotan.
Kenangan Cik Rahimah terhadap ikon filem yang keluarganya panggil 'Kak Yah' itu sarat dengan kasih-sayang dan rasa kagum, "Saya minat lakonan makcik saya - Saadiah Baharom - seorang pelakon layar perak yang tersohor. Dia memang dikenali ramai dan lebih-lebih lagi bila dia berlakon dengan Tan Sri P. Ramlee, dengan watak-watak romantis, dengan bahasa-bahasa sopan santunnya - dia di luar pun begitu. Orangnya lemah-lembut kalau berbicara," singkap Cik Rahimah kepada wartawan Roslinda Rahmat.

KARYA SENI TEMPAHAN HIDUPKAN NARATIF & IMAGINASI WARISAN
Seni pemasangan berjudul Bintang Layar, Bintang Cipta yang ditempatkan di anjung TWM oleh Mysara Aljaru ini mengambil bentuk sebuah filem dan pemasangan interaktif yang merenung zaman kegemilangan sinema Melayu. Ia menonjolkan serta menghargai sumbangan wanita yang sering terlepas pandang - bukan sekadar sebagai bintang, tetapi juga sebagai penerbit, pengarah dan penulis - sambil mengajak penonton membayangkan sebuah dunia wayang gambar, di mana wanita mempunyai ruang kreatif yang setara dengan lelaki.
"Apabila saya buat kajian untuk karya ini, apa yang saya sedari adalah primadona atau seniwati layar perak telah banyak menyumbang kepada industri filem. Contohnya Saadiah - ramai yang mungkin tidak tahu, beliau adalah pengarah Melayu perempuan yang pertama. Jadi lewat itu, dia memberi laluan untuk generasi yang selepasnya, untuk menjadi pengarah filem.

"Siput Sarawak pula sebenarnya wanita Melayu pertama yang dipelawa oleh industri perfileman untuk menjadi pengarah. Dia sebenarnya buta huruf. Jadi dia menggajikan seseorang untuk membantunya menulis idea atau ceritanya sendiri. Dan cerita itu sebenarnya diambil pakai oleh sebuah syarikat perfileman dan sepatutnya Siput Sarawak menjadi pengarah Melayu perempuan yang pertama. Tetapi malangnya, peluang itu diberikan kepada seorang lelaki, Hussein Haniff. Nama Siput Sarawak hanya dicatat sebagai penulis skrip. Tetapi sebenarnya impian Siput Sarawak untuk menjadi seorang pengarah. Dan setahu saya juga, jalan ceritanya diubah-suai (ikut) kehendak mereka. Jadi, walaupun diberikan kredit, itu sebenarnya bukan cerita asal yang ingin beliau pamerkan.
"Maria Menado pula adalah wanita Melayu pertama yang menjayakan syarikat penerbitannya sendiri. (Penerbitannya termasuk filem Bunga Tanjong dan Raja Bersiong.) Jadi, saya ingin masyarakat Melayu kita melihat primadona-primadona layar perak ini dengan lensa yang baharu," ujar Mysara Aljaru, seniman pemasangan 'Bintang Layar Bintang Cipta'.
Malah, Rahimah Rahim sendiri kurang sedar bahawa ibu saudaranya, seniwati Saadiah juga merupakan seorang pengarah di dalam dunia perfileman dahulu. "Saya tak tahu dia itu pengarah filem wanita yang terawal, sebab saya pun tengah sibuk menyanyi pada masa itu. Cuma saya tahu makcik saya ini juga seorang pereka tari - Saadiah-Ahmad Daud Dancers dahulu, kan? Dan yang saya tahu, makcik saya ini seorang yang kreatif dalam seni. Dia suka mencipta sesuatu yang berbeza. Ada sahaja idea-idea baharu dalam karya seninya," ujar Cik Rahimah.
"Bagi karya Mysara ini, sebenarnya kami tertarik disebabkan beberapa faktor. Inilah yang pertama yang bersifat interaktif sebab kebetulan bagi galeri kita pada kali ini, kami ingin menekankan elemen interaktif dan lebih inklusif, lebih terlibat bagi para pengunjung. Kedua, karya Mysara memberikan respons langsung kepada galeri kami yang berjudul Kota Impian, di mana kami mengetengahkan kisah-kisah tentang para seniwati dan juga anak-anak seni lain di Singapura, khususnya pada tahun 50-an," ujar Cik Syafiqah sewaktu ditemui wartawan di TWM.
Mysara Aljaru mereka seni pemasangannya sebagai bilik persalinan seorang primadona. Ulasnya, "Bilik persalinan pada saya adalah ruang yang agak intim. Ia ruang di mana seorang pelakon itu - kalau di teater, berada di situ sebelum dia naik ke atas pentas. Atau, untuk drama atau filem, sebelum dia ke hadapan kamera. Kita tak tahu apa di dalam fikiran, minda seseorang seniwati itu sebelum dia keluar dari bilik persalinan. Maka, saya menggunakan bilik persalinan sebagai alat untuk kita mengeksplorasi. Apakah yang mungkin seseorang pelakon itu fikirkan sebelum mereka memainkan sesuatu watak?"
Pengunjung juga digalakkan berinteraksi dengan elemen-elemen yang mendedahkan kisah dan impian yang tidak pernah diceritakan, termasuk petikan skrip yang membayangkan karya yang mungkin dihasilkan oleh wanita-wanita ini.
"Saya mengundang beberapa wanita dalam industri seni dan filem untuk menulis surat kepada industri itu sendiri. Saya tidak hanya melihat seniwati-seniwati pada era kegemilangan filem Melayu, saya juga mahu mendengar dari wanita-wanita Melayu kita yang ada dalam industri ini pada masa kini. Mungkin kita rasa waktu sekarang lebih mudah untuk mendapat peluang, berbanding sewaktu zaman para primadona?" luah Cik Mysara.
"Kebetulan karya Mysara bersifat interaktif, jadi ia lebih selari dengan konsep kita di galeri terakhir yang kita gelarkan Kita+Warisan, di mana ia merupakan sebuah ruang kolaboratif di antara Taman Warisan dan para pengunjung. Tentang karya Cik Mysara, sebenarnya untuk melengkapkan pengalaman tersebut, ia memerlukan penyertaan pengunjung. Bukan sahaja untuk menonton filem yang beliau hasilkan, tapi juga menerusi interaksi dengan karya pemasangan beliau itu sendiri," jelas Cik Syafiqah.
Selain dunia layar perak, pengunjung muzium TWM juga boleh menggali informasi tentang tokoh wanita seperti broker haji wanita pertama, deejay radio wanita Melayu pertama, inovator budaya dan banyak lagi. Masuk adalah percuma.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.