BERITA+: Taman Warisan Melayu anjur acara 'di luar kotak' ketika dinaik taraf
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sempena pelancaran Bulan Bahasa, Berita+ malam ini membawa anda meninjau kegiatan-kegiatan yang dianjurkan Taman Warisan Melayu sementara bangunannya di Kampong Gelam dinaik taraf.
Apakah pendekatan di luar kotak yang diambil untuk terus memartabatkan bahasa, budaya dan warisan Melayu?
Pengurus Besar Taman Warisan Melayu, Asmah Alias berkongsi bagaimana ia melakarkan strategi "di luar kotak" untuk memartabatkan bahasa, budaya dan warisan Melayu di negara ini.

PENDEKATAN DI LUAR KOTAK
Bangunannya ditutup sejak tahun lalu, namun usaha Taman Warisan Melayu untuk melestarikan dan memartabatkan warisan serta bahasa Melayu diteruskan.
Kegiatan demi kegiatan di dalam dan luar negara diusahakan Taman Warisan Melayu (MHC) untuk memenuhi matlamat itu
Pada Mei lalu, Taman Warisan Melayu telah dijemput untuk mengadakan pameran di Muzium Negeri Pulau Pinang sempena dengan Hari Muzium Antarabangsa 2024.
"Ramai yang tidak tahu sebenarnya yang buku-buku dan majalah-majalah Jawi seperti Kalam, Fesyen, Mastika sebenarnya diterbitkan di Kampong Gelam. Jadi bila kami bawa pameran itu ke Pulau Pinang, ramai yang agak terperanjat. Jadi dalam masa yang sama, kami dapat mengetengahkan kerja-kerja kami ke masyarakat bukan dari Singapura," kata Pengurus Besar, Taman Warisan Melayu, Cik Asmah Alias.

Sebelum itu, Hari Raya disambut melalui edisi khas Rumah Terbuka, Pesta Raya AidilFEASTri 2024 di Pusat Warisan India.
Acara inovatif silang budaya yang berlangsung pada penghujung April 2024 itu dianjurkan buat pertama kalinya dan turut memaparkan tradisi masakan serta warisan budaya tidak ketara Hari Raya.
Usaha terbaharunya diadakan bersempena dengan Bulan Bahasa.
"Antara aktiviti yang kami anjurkan termasuk pameran di Wisma Geylang Serai. Pameran bergerak berjudul ‘Pulau Kecil, Banyak Kisah’ ini meneroka kisah-kisah rakyat, bukan sahaja di Singapura tetapi juga di rantau ini. Dan melalui kisah-kisah ini, kami berharap golongan muda akan dapat mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan warisan Singapura dan meneladani nilai-nilai yang cuba disampaikan melalui kisah-kisah ini," kata Pengurus Besar, Taman Warisan Melayu, Cik Asmah Alias.

Selain nilai-nilai yang dimaksudkan seperti merendah diri dan taat setia, pameran itu juga mewujudkan peluang perbincangan bagi ibu bapa dan anak mempelajari bahasa Melayu.
Untuk menarik minat kepada penguasaan bahasa, teksnya disediakan dalam dwi-bahasa.
Beberapa pengunjung ke pameran bergerak itu berkongsi maklum-balas:
"Bagi saya, pameran itu membuka mata, lebih-lebih lagi pada anak-anak muda kerana memberi ruang untuk mereka melihat cerita-cerita rakyat yang rupanya dari sini datangnya nama-nama seperti Bukit Merah, Radin Mas dan sebagainya. Itu satu. Keduanya, ia memupuk bahasa-bahasa yang dapat difahami oleh anak-anak muda kita selain dapat memupuk jati diri," ujar Encik Mohd Farid Batim.
Isteri beliau, Cik Rosliah Ruslan pula berkata: "Pameran itu mengingatkan kita tentang pentingnya mengenali jati diri Melayu kita. Mungkin daripada pameran ini, kita dapat berkongsi cerita-cerita rakyat yang dipamerkan untuk anak-anak kita yang sekarang cuma mendapat sumber daripada YouTube. Jadi sekarang kita ada pameran ini, dari itu secara tidak langsung, ibu bapa juga dapat menyegarkan ingatan kepada cerita-cerita rakyat yang kita dengar sewaktu membesar dahulu."
"Bahasa Melayu yang di mana identiti kita banyak terletak pada nilai-nilainya, adat dan juga tradisi. Jadi, pada saya pentingnya Bulan Bahasa kerana ia dapat menolong masyarakat belajar tentang sejarah, tradisi dan juga warisan," ujar seorang lagi pengunjung pameran, Muhammad Hisham Nasir.
Seorang lagi yang sempat singgah di pameran itu, Encik Mazlan Abdul Majid pula mengimbas, "Antara aktiviti Bulan Bahasa yang sempat saya saksikan di Wisma Geylang Serai ini ada satu perarakan kompang, ada tarian dan upacara pembukaan Pesta Buku Melayu. Saya bawa anak-anak saya untuk saksikan. Anak-anak pun suka dan daripada situ mereka dapat memahami bahasa Melayu dengan lebih mendalam."
Pameran bergerak ‘Pulau Kecil, Banyak Kisah’ dianjurkan dengan kerjasama badan-badan lain yang saling memanfaatkan.
"Kami harus lebih inovatif dan lebih kreatif, dan di antaranya adalah melalui kerjasama dengan agensi-agensi seperti Lembaga Taman Negara (NParks) dan Kebun Bunga Singapura. Kami membawa pameran bergerak serta sesi bercerita ke Bukit Larangan. Kami pastikan cerita yang kami bawa ke sana turut mengandungi unsur-unsur alam semula jadi, supaya ia berkaitan. Selesai sahaja, Kebun Bunga pula membawa peserta yang sama ke sesi jejak alam semulajadi berpandu ke Taman Rempah-Ratus Fort Canning," ulas Cik Asmah.
Kolaborasi lain melibatkan kawasan Baghdad Street, apabila ia ditutup dari Jumaat hingga Ahad.
Usaha ini dijangka menarik kumpulan sasaran Bulan Bahasa tahun ini, yakni golongan muda berusia 17 hingga 35 tahun.
"Melalui Beats On Baghdad Street, kami bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan tarian, teater dan sebagainya untuk membawa persembahan-persembahan itu untuk tontonan ramai. September ini, juga sempena Bulan Bahasa, kami akan mengadakan satu lagi acara Beats On Baghdad Street, kali ini mengetengahkan wayang kulit bersama kumpulan Sri Setia Pulau Singa."
MENDEKATI MASYARAKAT DI ALAM MAYA
Di alam maya, usaha MHC di bawah pimpinan Cik Asmah juga tiada putusnya.
Tahun lalu MHC melancarkan siri video yang merakamkan sumbangan tokoh seni kepada warisan budaya seni persembahan Melayu tempatan.
Usaha itu diteruskan tahun ini.
"Kami akan melancarkan beberapa video sempena Bulan Bahasa mengenai tradisi lisan. Kami telah menemuramah dan merakam beberapa tokoh dan pengamal tradisi lisan seperti Pak Hamed Ismail, Encik Afi Hanafi, Encik Djohan Abdul Rahman dan Puan Maria Mahat yang akan mengetengahkan tentang penceritaan," kongsi Cik Asmah.
YANG DIMULAKAN SEWAKTU COVID-19 MELANDA TERUS POPULAR HINGGA KE HARI INI
Sementara itu, hasil usaha sewaktu tempoh COVID-19 melanda turut diteruskan MHC.
"Selera Warisan. Pada waktu itu kami meminta beberapa personaliti untuk merakam diri mereka di rumah. Seperti Encik Amrin Amin yang memasak dan membuat kuih bersama ibunya di rumah. Beliau hantarkan video dan kami muat-naikkan ke media sosial Facebook dan Instagram. Selepas COVID berlalu, kami bawa acara memasak itu ke ruang fizikal Taman Warisan pula.
Alhamdulillah, kebanyakan penyokong kami sering bertanya siapa personaliti seterusnya yang kami akan paparkan. Kami telah mengundang ramai, seperti Marina Yusoff dan anaknya, Encik Sujimy yang juga bersama anaknya. Ada juga nenek mengajar cucu. Saya sendiri membuat kuih dengan anak saya dalam salah satu episod. Jadi ia juga merupakan satu cara untuk melestarikan kisah-kisah dan juga resipi-resipi turun-temurun kepada generasi yang akan datang. Sehingga kini, kami masih teruskan program Selera Warisan di studio memasak yang kami sewa di luar, tatkala MHC tutup," kata Cik Asmah.
NARATIF DAN PAMERAN BAHARU YANG LEBIH SEGAR
Di balik tabir, usaha giat dijalankan untuk menawarkan bahan-bahan pameran dengan naratif baharu yang segar lagi menarik.
"Kami melakarkan naratif baharu yang lebih segar, yang boleh pengunjung nikmati apabila kami buka semula nanti. Kurator-kurator kami berserta saya juga telah mengadakan lawatan ke muzium-muzium di rantau ini, sama ada untuk membawa masuk objek-objek baharu untuk dipamerkan di galeri kami melalui pinjaman ataupun dengan pemerolehan. Kami juga akan menerapkan beberapa stesen interaktif nanti apabila kami dibuka demi menarik kesemua lapisan masyarakat," dedah Cik Asmah kepada wartawan Roslinda Rahmat.

Apabila ditanya tentang tahap kerja naik-taraf bangunan Taman Warisan, Cik Asmah mendedahkan ia sudah 50 peratus siap.
"Kedua-dua tingkat galeri itu memang semuanya sudah kosong. Kesemua barang-barang dan objek-objeknya telah dipulangkan atau dihantar balik ke pusat pemuliharaan kami."
PENGURUS BESAR WANITA PERTAMA DAN PALING LAMA BERKHIDMAT DI MHC
Ini merupakan tahun kelima Cik Asmah memimpin pasukan Taman Warisan Melayu.
Beliau juga Pengurus Besar wanita yang pertama dan yang paling lama berkhidmat, sepanjang lima setengah tahun.
"Saya mula mengambil alih kepimpinan daripada 2019. Sejurus selepas itu, pandemik melanda satu dunia. Suatu waktu yang sangat mencabar buat pasukan kami. Tetapi ianya juga boleh kami banggakan. Walaupun pada waktu itu kami bekerja dari rumah, kami terus jalankan aktiviti-aktiviti dalam talian kerana kami ingin pastikan yang walaupun muzium ditutup, masyarakat Singapura dapat terus pelajari dan nikmati budaya serta warisan.
Apabila ditanya tentang pencapaian, Cik Asmah mendedahkan:
"Saya telah mengukuhkan jalinan di antara Taman Warisan dengan muzium-muzium di rantau ini, terutamanya di Malaysia. Tahun ini, buat julung-julung kalinya, MHC dijemput untuk membuat pameran di Muzium Negeri Pulau Pinang sempena Hari Muzium Antarabangsa. Inisiatif Jabatan Muzium Malaysia itu membuat kami terharu. Kami membawa contoh kecil pameran kami yang lalu mengenai dunia pencetakan dan kesusasteraan di Kampong Gelam, pameran yang dinamakan 'Dichetak Oleh'. Ramai yang sebenarnya tidak tahu yang buku-buku dan majalah-majalah Jawi seperti Kalam, Fesyen dan Mastika sebenarnya diterbitkan di Kampong Gelam."
Cik Asmah akan memastikan semua kerja peralihan terutama bahan pameran berjalan lancar sehingga November; sambil memulakan tugas baharu di Muzium Kanak-Kanak mulai September ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.