BERITA+: Suri rumah ini hasilkan selimut, anak patung daripada baju bayi terpakai sebagai kenangan
Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nur'ain Awari menghasilkan selimut atau anak patung untuk disimpan sebagai kenangan. (Gambar: Afiqah Hussain/BERITA Mediacorp)
BERITA+: This homemaker makes quilts and dolls from used baby clothes as keepsakes
- Siti Nur'ain Awari, 36, transforms baby clothes and clothing belonging to loved ones in Singapore into memory quilts or dolls through Patchwork Handmade Keepsakes.
- Her interest in sewing began in her family and was honed through YouTube, before requests came in after relatives and her social media followers saw her first creations.
- Customers keep clothes with sentimental value, including baby clothes up to 35 years old or clothing belonging to the deceased, because they want to preserve physical memories.
- Her products start at S$95 for a mini quilt and S$125 for a doll, while orders are capped at about 20 a month because she manages everything on her own.
- Siti Nur'ain Awari, 36 tahun, mengubah pakaian bayi dan pakaian insan tersayang di Singapura menjadi selimut atau anak patung kenangan melalui Patchwork Handmade Keepsakes.
- Minat menjahitnya bermula dalam keluarga dan diasah melalui YouTube, sebelum permintaan muncul selepas saudara serta pengikut media sosial melihat hasil pertamanya.
- Pelanggan menyimpan pakaian bernilai sentimental, termasuk baju bayi lama hingga 35 tahun atau pakaian arwah, kerana mahu mengekalkan kenangan fizikal.
- Produk bermula S$95 bagi selimut mini dan S$125 bagi anak patung, sementara tempahan dihadkan sekitar 20 sebulan kerana beliau mengurus semuanya sendiri.
SINGAPURA: Ramai ibu tentu rasa sayang hendak membuang baju bayi anak mereka meskipun si kecil sudah lama tidak muat memakainya.
Apatah lagi jika pakaian itu mengingatkan mereka kepada detik istimewa, seperti ketika anak mereka mula berjalan atau menyambut hari lahir.
Akhirnya, baju-baju itu terus tersimpan di dalam almari.
Namun di tangan Siti Nur'ain Awari, 36 tahun, pakaian sebegitu dapat menjadi sesuatu yang lebih bermakna.
Beliau memotong, menyusun dan menjahitnya semula menjadi selimut atau anak patung untuk disimpan sebagai kenangan.

"Pada pendapat saya sekarang, baju-baju itu bukan sekadar baju yang dipakai. Tapi kadang-kala ia datang dengan memori," kongsi ibu empat anak itu kepada BERITA Mediacorp.
ASAH KEMAHIRAN MENJAHIT MENERUSI YOUTUBE
Minat Cik Nur'ain terhadap jahitan berputik sejak kecil. Beliau kemudian mengasah sendiri kemahirannya dengan menonton video jahitan di YouTube.
"Saya sebenarnya datang dari keluarga yang suka menjahit. Ibu dan makcik-makcik saya semua buat baju kurung Hari Raya mereka sendiri dan ada yang buat langsir. Jadi sedikit demi sedikit saya belajar daripada ibu saya," kongsinya.
Pun begitu, Cik Nur'ain awalnya tidak pernah merancang untuk menjadikan kemahiran itu sebagai satu perniagaan.
Semuanya bermula apabila saudaranya terlihat di Instagram selimut daripada pakaian bayi dan meminta Cik Nur'ain menghasilkan sesuatu yang serupa.
"Pada satu hari saya lihat di Instagram ada orang buat selimut. Kemudian saya hantar video dan petikan gambar kepada Ain dan saya tanya, 'Bolehkah anda membuat ini?'" kongsi saudaranya.

Cik Nurul Ameelia Ismail menyimpan baju-baju itu kerana setiap helai mengingatkannya kepada detik ketika anaknya masih kecil.
"Anak-anak memang membesar dengan cepat. Jadi menyimpan sesuatu yang ada nilai sentimental... kita boleh ingat balik, 'Oh, masa dia bayi, dia pakai baju ini.'" ujarnya.
Cik Nur'ain mengambil masa sekitar enam bulan untuk membuat kajian sebelum menghasilkan selimut pertamanya.
Selepas berkongsi hasil itu di media sosial pula, beliau mula menerima pertanyaan daripada rakan-rakan dan pengikutnya.

"Dari situ saya dapati macam banyak permintaan. Jadi saya fikir mungkin ini boleh jadi satu perniagaan," cerita Cik Nur'ain.
Beliau kemudian 'membuka' Patchwork Handmade Keepsakes untuk menerima tempahan dan kini sudah mengusahakannya selama lebih dua tahun.
ADA PELANGGAN SIMPAN BAJU ANAK HINGGA 35 TAHUN
Setiap pakaian yang diterima Cik Nur'ain membawa kisah dan kenangan tersendiri.
Ada pelanggan yang menyimpan baju anak mereka selama puluhan tahun. Cik Nur'ain misalnya pernah menerima pakaian yang sudah disimpan selama 35 tahun.
Pelanggan beliau menyimpan pakaian itu sehingga anak-anaknya sudah dewasa sebelum mendapat idea untuk menjadikannya selimut.

Ada juga yang menyerahkan pakaian milik insan tersayang yang sudah meninggal dunia.
"Pernah ada yang mesej saya... dan katakan ini baju daripada arwah ayahnya. Dia ingin membuat anak patung daripada baju tersebut," cerita Cik Nur'ain.
Maka tidak hairanlah, sekalipun sudah lebih dua tahun melakukan kerja ini, Cik Nur'ain masih gementar setiap kali menggunting pakaian yang dihantar pelanggan.
"Kita tahu baju-baju ini semua mungkin biasa pada mata orang lain, tapi untuk mereka 'istimewa'," ujarnya.
"Terutama sekali kalau baju itu milik orang yang tersayang kan, itu mungkin... benda fizikal terakhir untuk mereka miliki."
SELIMUT DARI S$95, ANAK PATUNG DARI S$125
Cik Nur'ain menawarkan selimut dalam pelbagai saiz serta beberapa pilihan anak patung.
Harga selimut meningkat mengikut saiz. Selimut 'mini' berukuran 12 inci kali 12 inci misalnya berharga S$95 dan memerlukan sekitar enam hingga 12 helai pakaian.
Setiap selimut mempunyai tiga lapisan - cebisan pakaian pelanggan di bahagian atas, lapisan pemadat di tengah dan kain kapas di bahagian belakang.

Bagi anak patung pula, pelanggan boleh memilih antaranya bentuk singa, gajah dan naga pada harga bermula S$125.
Setiap anak patung biasanya memerlukan sekurang-kurangnya 10 hingga 12 helai pakaian bayi atau tiga helai pakaian dewasa.
Sebaik menerima pakaian pelanggan, Cik Nur'ain akan melihat setiap helai dan menentukan bahagian mana yang sesuai untuk badan, tangan atau kaki anak patung.
Beliau kemudian memotong kain mengikut pola anak patung, mencantum dan menjahit setiap bahagian sebelum mengisinya dengan poliester.

Menariknya, seorang pelanggan pernah meminta Cik Nur'ain menghasilkan anak patung dengan berat yang sama seperti bayinya ketika dilahirkan.
"Untuk anak patung yang berat badannya sama dengan pelanggan, saya perlu gunakan bebola besi kerana ia lebih berat dan tidak memerlukan begitu banyak untuk mendapatkan berat badan tersebut," jelasnya.
Pelanggan pertama yang menempah anak patung mengikut berat bayinya itu cukup gembira dengan hasilnya.
Menurut Cik Nur'ain, pelanggan itu berkata anak patung tersebut membuatnya seolah-olah kembali merasakan pengalaman mendukung bayinya buat kali pertama di hospital.
HADKAN TEMPAHAN KEPADA SEKITAR 20 SEBULAN
Cik Nur'ain perlu mengehadkan tempahan kepada sekitar 20 sebulan kerana beliau mengendalikan perniagaan itu sendirian dan setiap tempahan mengambil masa untuk disiapkan.
"(Untuk anak patung), dianggarkan dua minggu untuk habiskan. Kalau selimut pula, bergantung kepada saiz. Kalau macam selimut yang paling kecil, dalam 15 jam... yang paling besar 30 jam," katanya.

Selain menjahit, Cik Nur'ain turut menguruskan sendiri pemasaran perniagaannya dengan mengambil gambar dan video hasil tempahan untuk dikongsi di media sosial.
"Pemasaran sesuatu yang kita tidak boleh elak. Perlu kerja lebih lagi lah untuk 'promote' produk anda. Perlu tunjukkan kepada pelanggan hasil tangan kita," tambah beliau.
Cik Nur'ain juga akan mengurangkan jumlah tempahan jika masih mempunyai pesanan yang belum disiapkan.
Beliau bagaimanapun berharap perniagaannya dapat terus berkembang dan membantu lebih ramai pelanggan mengabadikan kenangan mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.