BERITA+: Singa Night Safari terjangkit COVID-19; VTL ke KLIA antara topik hangat media sosial
Kecoh di media sosial minggu ini - soal lima singa di Night Safari yang positif COVID-19.
Gambar: Facebook/Mandai Wildlife Group
SINGAPURA: Kecoh di media sosial minggu ini - soal lima singa di Night Safari yang positif COVID-19.
BerKicau juga di internet - reaksi kepada pelancaran Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) antara Singapura dengan Kuala Lumpur bermula 29 hari bulan ini.
Sejurus selepas pembukaan VTL antara Lapangan Terbang Changi dengan KLIA dilaporkan awal minggu ini, carian bagi kata kunci 'Singapura Kuala Lumpur' melonjak di Google.
Begitu juga bagi 'Penerbangan VTL ke Malaysia' dan 'cara menempah penerbangan VTL'.
Ini meski butiran mengenai penerbangan VTL antara dua destinasi itu masih belum didedahkan.
Pengumuman tersebut tentu sekali disambut baik rakyat kedua-dua negara yang mempunyai keluarga mahu pun mereka yang mengidam bercuti di seberang tambak.
Namun, ada juga yang memilih untuk menunggu sehingga laluan darat dibuka semula.
Segolongan pula lebih berwaspada sedang jangkitan harian COVID-19 masih tinggi.
Bahkan jangkitan koronavirus, yang menjejas lima singa di Night Safari - mencetuskan perbincangan sama ada haiwan di zoo Singapura harus divaksinasi seperti dilakukan di Zoo Cincinati dan Kebun Bunga Ohio di Amerika Syarikat.
Kumpulan Mandai Wildlife menyatakan buat masa ini tidak ada rancangan untuk berbuat demikian.
Namun haiwan seperti monyet jalani pemeriksaan suhu badan dua kali sehari dan kakitangan pantau rapi kesihatan semua haiwan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.