BERITA+: Seni realiti maya Geometria Situ; Akeem JAHAT antara tarikan Festival Seni Bandar Aliwal
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Roslinda Rahmat/BERITA Mediacorp
SINGAPURA : Sudah 10 tahun sejak Festival Seni Bandar Aliwal (AUAF) dilancarkan dan ia antara acara utama dalam kalendar seni Singapura.
Ia juga antara usaha memartabatkan Kampong Gelam sebagai kawasan seni dan budaya yang cukup bersemangat.
LEBIH 40 ACARA, BENTUK & DISIPLIN SENI
Lebih 40 paparan berbilang seni ditonjolkan dalam festival tahun ini yang berlangsung pada Sabtu (27 Jan).
Bagi wartawan Roslinda Rahmat yang meninjau ke Pusat Seni Aliwal, antara paparan yang menarik adalah karya berbilang media yang memberi peluang pengunjung menyelami kenangan seorang seniman, yang digabungkan dengan elemen-elemen maya, berjudul 'Geometria Situ'.
Ia memperkenalkan cara inovatif untuk mencipta dan mengalami seni.
Menerusi gambar rajah dan ingatan, projek itu mentafsir semula sebuah ruang kreatif yang terletak di tingkat dua Pusat Seni Aliwal.
Ia memanfaatkan imbasan digital ruang realiti maya (VR) yang menggabungkan empat disiplin seni iaitu bunyi, seni media, pergerakan dan seni pertuturan.
Karya bersama Rafi Abdullah, Kerem Ozan Bayraktar, Ruby Jayseelan and Safuan Johari itu mengimbas memori Safuan sewaktu bersama Teater Ekamatra di sana.
Seniman Berbilang Media, Rekaan Muzik, Komposer dan Realiti Maya itu menjelaskan, "Lokasi studio Hothouse ini menjadi benih inspirasi dan juga titik permulaan untuk karya 'Geometria Situ', untuk menggambarkan berbagai-bagai pengalaman di dalam realiti maya ini. Tempat ini tersangat penting untuk saya kerana saya penghuni lamanya, bersama Teater Ekamatra dahulu. Saya telah banyak menghasilkan karya bersama syarikat ini.
"Pengalaman masuk ke 'Geometria Situ' sama seperti memasuki studio kreatif biasa kerana kami membina persekitaran yang wujud dalam hidup sebenar. Tetapi terdapat elemen-elemen yang spekulatif dan juga perkara-perkara yang ganjil terjadi.
"Apabila tiba di beberapa titik sentuhan atau 'touch points', pengunjung akan mendapati seorang seniman berkongsi cerita, dapat mendengar lagu karya seorang seniman lain, Rafi Abdullah, yang juga menyumbangkan visual burung-burung dan ayam-ayam yang benar-benar boleh dijumpai di kawasan Kampong Gelam ini. Dan bayangkan, kalau pengunjung terjumpa ayam itu di alam realiti maya itu, ayam itu akan berbual dengan pengunjung tersebut!
"Melalui rakaman-rakaman audio dan rekaan-rekaan bunyi, ada serpihan-serpihan monolog dan cerita-cerita kecil yang digambarkan. Contohnya, ada satu pentas diorama yang kecil dan anda akan mendengar satu suara monolog. Dan diorama ini akan menarik pengunjung ke dalam kotak ini dan ada satu adegan yang boleh dialami."
Seperti seniman-seniman lain yang ditemui BERITA Mediacorp temui Festival Seni Bandar Aliwal, lokasinya yakni Pusat Seni Aliwal sendiri memberi Safuan inspirasi untuk berkarya.
"Kerana lokasi kita ini sekarang di kawasan Kampong Glam dan ia selalunya dikaitkan dengan sejarah, warisan. Tetapi kita juga selalu harus berkarya dan mencipta, mempergunakan teknologi-teknologi terkini. Jadi ada satu kesambungan daripada harta pusaka kita yang berwarisan ini dan juga mentaliti futurisme yang harus kita dakapi."
'GUA BUDAK SAKTI' & 2 LAGU BARU BAKAL DIRAKAM NADI SINGAPURA
AUAF memainkan peranan aktif dalam memartabatkan Kampong Gelam sebagai kawasan budaya yang bersemangat dan memperkenalkan warga seni Pusat Seni Aliwal serta amalan seni mereka.
Seperti yang diusahakan kumpulan genderang Nadi Singapura yang meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap seni genderang Melayu.

Seniman Genderang dan Pengasas-Bersama Nadi Singapura, Riduan Zalani berkongsi, "Tahun ini tahun ke-10 kami di Pusat Seni Aliwal sebagai penyewa. Ini adalah satu tempat di mana kita boleh berkongsi dengan orang yang bukan Melayu.
"Saya rasa itulah seni, di mana ia mencerminkan kehidupan kita. Pergendangan Melayu dari sudut dan pandangan anak Melayu kota sendiri. Jadi macam mana kita bayangkan pergendangan itu boleh dikembangkan dalam satu suasana yang sihat dan positif? Harapan saya bagi pengunjung yang datang ke AUAF ini ada satu perasaan di mana kita merasakan 'meriahnya dunia Melayu ini! Sebenarnya banyak perkara lagi “aku tidak tahu dan aku tidak kenal.”’Tetapi harapan kita adalah semangat'.
Dedah Encik Riduan, "Setiap kumpulan seni di Singapura atau di mana-mana sahaja di dunia ini mempunyai peranan tersendiri. Misi Nadi Singapura adalah untuk membawa muzik kami dekat kepada masyarakat supaya merasakan empunya. Dan mudah-mudahan, mereka juga turut serta untuk semarakkan lagi."
Nadi Singapura mempersembahkan dua lagu baharu yang bakal dirakam di AUAF dan bakal menganjurkan Rumah Terbuka yang intim pada 17 Februari.
Ia akan membuka ruang studio bagi lima persembahan untuk berkongsi muzik mereka dalam sebuah sesi santai.
"Mungkin paling ramai 25 anggota audiens yang boleh duduk bersama. Dengan lebih 70 anggota, kita akan bergilir ganti untuk membuat persembahan untuk semua. Tiket boleh didapati dalam masa yang akan datang ini. Butir-butirannya akan dikongsikan.
"Selepas 10 tahun di Pusat Seni Aliwal, kita akan menamakan studio kita 'Gua Budak Sakti'. Kerana kita rasa tempat ini sangat istimewa. Terlahirnya ilham dan karya-karya yang kita telah sempat sampaikan adalah kerana tempat ini. Tempat di Aliwal Street ini, 'Aliwal Arts Centre ini', sungguh bermakna. Dan kita ingin mengajak semua, kalau ingin mendengar, kalau nak datang menonton kelima-lima 'show' pun boleh. Kita ada tiket khas untuk sepanjang hari.
"Harapan kita adalah supaya kita tahu apakah masyarakat mahu Nadi Singapura diteruskan."
PERSEMBAHAN-PERSEMBAHAN SENI MUZIK ANTARA TARIKAN PENONTON
Acara AUAF tahun ini menyajikan para pengunjung dengan pelbagai seni seperti tarian, bangsawan dan budaya seni jalanan.
Seniman hip hop dwi-bahasa, Muhammad Nurhakim Jumahin atau nama pentasnya, Akeem JAHAT, mengambil pendekatan berhelah dengan susunan bijak kata-kata dwibahasa, yang sarat berselit nasihat agar sentiasa ingat akan pesanan ibu yang melahirkan kita.

"Akeem JAHAT, 'JAHAT' itu singkatan untuk ‘Jalan Ada Haluan, Ada Tujuan’. Dan juga nama itu helah untuk budak-budak muda mendengar mesej-mesej kita dalam lagu. Antara senikata lagunya yang dekat di hati adalah: ‘Masih aku ingat pesanan mama, masih aku ingat pesanan mama, dari dulu sampai sekarang, aku belum pernah lupa’.
"Sebenarnya pesanan utama saya adalah sayangi ibu. Sejujurnya kerana ramai yang takut nak macam pegang tangan emak selalu. Jadi, seperti kepimpinan melalui teladan, saya cuba tunjukkan walau apa pun status kita, kejayaan kita, janganlah malu untuk sayangi ibu dan bapa.
"Sejauh manapun kita pergi, hakikatnya kita refleksi rumah tangga kita. Kesejahteraan kita adalah cerminan bagaimana ibu bapa kita membesarkan kita. Jadi mesti selalu ingat perkara itu. Terutama sebelum kita buat sesuatu yang mungkin tidak senonoh."
Sambil menekankan peringatan itu, Akeem berkongsi bahawa beliau ingin meningkatkan muzik dan senario seni Singapura ke tahap selanjutnya, setinggi boleh.
Beliau berharap dapat menjadi teladan kepada golongan muda melalui penceburannya dalam bisnes agar dapat menyokong seniman-seniman lain sebagai satu masyarakat.
"Saya mungkin akan keluarkan 'label' atau jenama muzik sendiri dan mengasuh beberapa artis juga. Itu antara usaha. Nantikanlah."
Akeem berkata beliau amat menghargai penganjuran festival tahunan AUAF yang menurutnya, kini menjadi semakin penting.
"Sebab kita ini sekarang sudah kurang wadah untuk ketengahkan persembahan kita dengan bakat yang kita miliki. Jadi, penting pesta ini. Kalau boleh selalu diadakan, lebih banyak bakat lagi yang kita boleh alu-alukan untuk masa depan seni muzik kita."
Selain menyaksikan pertandingan oleh seniman grafiti, para pengunjung juga tidak lepaskan peluang menonton sajian persembahan di dewan serba-guna Pusat Seni Aliwal.
Seorang lagi seniwati yang ditampilkan adalah artis muda serba boleh, Khally atau Khallyshah Fahmi.

Komposer, DJ, pelakon dan penyanyi itu menghasilkan seni kata puitis bagi genre muzik R&B dan Neo-Soul yang digemarinya.
"Tempatnya cantik untuk orang ramai datang dan ia percuma. Untuk mengalami bagaimana rasanya, yang kita ini ada tempat-tempat begini yang saya fikir tidak ramai orang tahu. Seperti juga mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kita ada ramai bakat-bakat hebat di Singapura.
"Jadi saya bersyukur dapat buat persembahan di Festival Seni Bandar Aliwal. Dan saya rasa macam platform-platform beginilah yang saya suka. Dapat peluang untuk mainkan muzik yang saya tulis, karya saya, lah."
ARTS HOUSE LIMITED KOMITED UNTUK TERUS PERBAIKI & MENYEGARKAN EDISI-EDISI MENDATANG
Menurut penganjur, Arts House Limited, ia sentiasa mencari cara untuk berinovasi demi membawa perspektif baharu serta ekspresi segar dan akan terus menawarkannya dalam Pesta Seni Bandar Aliwal akan datang.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.