Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA+: “Pokok haus, dia kasi minum” - reaksi netizen, 2 lelaki dirakam buang air kecil di tepi jalan sempadan M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2022 04:45PM Dikemas Kini : 19 Jun 2022 09:36PM
ISKANDAR PUTERI: Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga - dua lelaki yang menaiki kenderaan berdaftar Singapura dirakam membuang air kecil di bawah pokok berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Tanjung Kupang di Iskandar Puteri.

Sekeping gambar yang dimuat naik di akaun kumpulan Facebook, SG Road Vigilante, mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
“Sediakan botol kosong dalam kereta sebelum ke sempadan," kongsi seorang netizen di Facebook BERITAMediacorp.

“Cubalah cari solusi…adakan tandas bergerak," kata warga net lain.

Ada juga yang ingin bersangka baik.

“Pokok haus, dia kasi minum…,” kata seorang warga net berseloroh.

“Dalam setandan pisang, tak semua busuk…," ujar seorang lagi netizen.

“Dah tak tahan, lepaskan aja.. hendak cari tempat semak, tetapi nampak di gambar pun tidak ada…," kata seorang lagi warga net.

Seorang netizen sempat meluahkan harapan agar pihak bertanggungjawab mengambil iktibar dari kejadian ini.

“Harap pihak bertanggungjawab dapat mempercepatkan perjalanan…kesian kalau tersangkut 2 hingga 4 jam,” luahnya.

Kejadian itu difahamkan berlaku ketika kesesakan aliran lalu lintas kenderaan dari Singapura ke Malaysia.

Memang sedia maklum, sukar unutk menahan buang air kecil. Namun adakah wajar kelakuan dua lelaki itu dibiarkan berlaku?

Pelakunya kini sedang dikesan polis untuk diambil keterangan.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan