BERITA+ PESTA RAYA: 'Bawang Putih, Bawang Merah' diberi sentuhan baharu
Cerita klasik Melayu 'Bawang Putih, Bawang Merah' sarat dengan pengajaran tentang nilai kekeluargaan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Cerita klasik Melayu 'Bawang Putih, Bawang Merah' sarat dengan pengajaran tentang nilai kekeluargaan.
Jalan cerita tentang anak tiri yang dibenci ibu tirinya itu akan dihidupkan semula dan diberi nafas segar untuk satu pementasan khas sempena Pesta Raya di The Esplanade pada Mei ini.
Produksi Teater Ekamatra itu menonjolkan konsep futurisma nusantara dalam segi muzik, kostum dan penggunaan bahasa.
Pengarah Mohd Fared Jainal cuba menarik perhatian penonton dengan beberapa 'plot twists' atau putar belit pada jalan cerita.
Ia disulami dengan pertunjukan wayang kulit dalam bentuk tradisional dan kontemporari, serta iringan persembahan muzik tradisional yang dimainkan secara langsung.

Watak Bawang Merah dimainkan pelakon Malaysia, Nabila Huda
"Saya memegang watak sebagai Bawang Merah, watak yang baik. Sebenarnya, dalam masa baik itu, ada kelainan sedikit dalam watak Bawang Merah kali ini. Beliau tidak seperti Bawang Merah yang kita tonton di kaca TV. Sebenarnya ada pertukaran 360 darjah daripada watak Bawang Merah yang kita tahu," kongsi Nabila kepada wartawan Roslinda Rahmat.
Nabila digandingkan dengan barisan pelakon mapan tempatan seperti Aidli 'Alin' Mosbit, Munah Bagharib, Siti K dan Siti Hajar.
Namun, ini bukan kali pertama beliau terlibat dalam pementasan cerita rakyat itu.

Pengalaman pertamanya adalah sekitar lapan tahun lalu di Kuala Lumpur apabila beliau memainkan watak Nenek Kebayan.
SAHUT CABARAN NYANYI LAGU TRADISIONAL SECARA LANGSUNG
Nabila yang lebih mesra dengan panggilan 'Abil' menambah, bukan mudah apabila harus mencabar keupayaan diri untuk menghayati dan menghidupkan watak.
"Saya paling suka babak saya dengan Bawang Putih sebab daripada situ, saya dapat rasa kekuatan sebagai, satu, sebagai seorang wanita dan lagi satu, sebagai adik-beradik tiri. Walaupun kita adik-beradik tiri, ada banyak masalah yang kita harungi bersama sebenarnya. Harus tahu punca permusuhan itu berlaku, kebencian itu berlaku.
"Tetapi kalau diikutkan, watak saya tidak membenci Bawang Putih itu. Jadi, saya suka cara mereka kembangkan dua watak itu untuk berbaik daripada bermusuhan. Kalau bermusuhan, bukankah tidak bagus? Marilah aman damai."
Anak kepada vokalis kumpulan Search Amy itu juga menyahut cabaran untuk menyanyi secara 'LIVE'.
"Yang paling mencabar saya rasa adalah, saya perlu menyanyi secara langsung, dengan iringan muzik secara langsung. Pertama kali saya membuat pementasan teater dan juga diberi tanggungjawab untuk menyanyi lagu tradisional di atas pentas.
"Saya bukannya seorang penyanyi. Tetapi dengan adanya kelas vokal yang disediakan setiap minggu oleh Teater Ekamatra, saya dapat belajar banyak teknik dan banyak perkara yang saya sendiri tidak pernah belajar sebelum ini," luah Nabila.
Interpretasi moden 'Bawang Putih Bawang Merah' cukup menyerlah.

"Visi pengarah Mohd Fared Jainal cuba mengetengahkan konsep Futurisma Nusantara dari segi muzik, kostum, penggunaan bahasa.. Jadi, ia berlaga, bukan, dengan unsur-unsur tradisional? Jadi konsepnya itu kontemporari, tetapi jalan ceritanya masih cerita dongeng," kata seniman berbilang media yang serba boleh, Rizman Putra.
Seniman yang lebih sering berlakon filem dan televisyen, Fir Rahman pula memainkan watak Pembesar Istana.
"Memang jalan cerita sama. Cuma ia agak berbeza dari segi putar belit jalan cerita itu. Jadi saya memainkan watak Pembesar, iaitu kawan kepada Raja Muda yang dimainkan oleh Rizman Putra. Tetapi yang menarik, saya jadi Pembesar, saya juga dapat rasa jadi Raja Muda. Sesuatu yang lain, yang unik."
FILEM BISU HITAM-PUTIH 'SAMSARA' DAN SENI PEMASANGAN 'JALAN RAYA' ANTARA YANG MENARIK
Satu lagi karya yang dipentaskan sempena Pesta Raya kali ini adalah ‘Samsara’.
Karya Garin Nugroho itu merupakan filem bisu hitam putih yang diiringi persembahan muzik gamelan dan elektronik yang dimainkan secara langsung.
Secara keseluruhan, Pesta Raya 2024 menampilkan 24 program termasuk persembahan muzik dan bengkel seni.
Penerbit Esplanade Co Ltd, Hanie Nadia Hamzah menjelaskan tentang pameran seni pemasangan yang dapat dinikmati penonton yang ber'Jalan Raya'.
"'Jalan Raya' merupakan sebuah persembahan dengan pameran seni pemasangan, karya Zarina Muhammad dengan gabungan seniman-seniman tempatan.
"Para penonton boleh mengalami sembilan sesi persembahan dan bengkel yang berbeza bagi setiap hari. Dan sesi ini mengambil inspirasi daripada pengalaman orang Singapura apabila pergi kunjung-mengunjung semasa Hari Raya. Kami juga ada konsert yang meraikan genre muzik Pop Yeh Yeh dan dangdut - menampilkan Koplo. Dan untuk mereka yang minat pada persembahan tradisional, ada dikir barat, tarian, mak yong, genderang dan banyak lagi."
Pesta Raya yang memberi penghormatan kepada budaya dan warisan Melayu berlangsung dari 9 hingga 12 Mei.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.