Berita palsu boleh berlaku pada pilihan raya akan datang - PM Lee
Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata berita palsu boleh berlaku pada pilihan raya akan datang. Maka itu, Singapura kata beliau harus bersedia secara mental. PM Lee berkata demikian dalam satu wawancara dengan Channel 8, saluran berbahasa Cina Mediacorp, malam ini (28 Apr).
Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar: Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata berita palsu boleh berlaku pada pilihan raya akan datang. Maka itu, Singapura kata beliau harus bersedia secara mental.
PM Lee berkata demikian dalam satu wawancara dengan Channel 8, saluran berbahasa Cina Mediacorp, malam ini (28 Apr).
Encik Lee berkata: "Ia berlaku di Amerika Syarikat. Semasa pilihan raya Taiwan baru-baru ini, para penduduk Taiwan berkata mereka tidak tahu siapa yang bertanggungjawab bagi beberapa catatan di media sosial. Bolehkah perkara yang sama berlaku di Singapura? Tentu sekali. Kita harus bersedia secara mental. Jangan mempercayai semua yang anda lihat dalam talian online. "
Encik Lee juga menimbulkan kemungkinan gangguan dari luar dalam politik domestik Singapura melalui berita palsu.
Atas sebab itu, Singapura tegas beliau harus bersedia, dengan mengaturkan langkah-langkah perlindungan
seperti undang-undang mengenai kepalsuan yang dicadangkan (Rang Undang-Undang Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online), yang dibentangkan di Parlimen awal bulan ini (April 1).
Rang itu tambah Perdana Menteri, harus diimbangi dengan keperluan bagi kebebasan untuk bersuara.
"Kita cukup terbuka. Ada kemungkinan sesetengah orang membuat berita palsu untuk membentuk pendapat umum. Kita harus bersedia. Kita harus mempunyai langkah-langkah untuk melindungi diri kita. Sebab itu kita memperkenalkan rang undang-undang menangani berita palsu. Ia bukan satu huraian yang sempurna, tetapi ia dapat mengurangkan kesan berita palsu," tegas Perdana Menteri.
Encik Lee berkata kebebasan bersuara dibenarkan tetapi perlu ada batasan tertentu.
"Apabila ia melampaui batasan, ia mungkin dianggap fitnah, memfitnah atau mengancam. Oleh itu, kita perlu menyetujui batasan sesuai untuk melindungi kebebasan bersuara, supaya kita dapat bertukar-tukar maklumat, pandangan dan pendapat secara bermakna. "
Dalam wawancara tersebut, Encik Lee juga menyentuh mengenai pengaruh media sosial
terutamanya dalam menyampaikan topik yang serius kepada warga Singapura.
Bagi Encik Lee sendiri, sejak menggunakan media sosial selepas pilihan raya umum 2011,
beliau mempunyai lebih 1.2 juta pengikut di Facebook.
"Anda harus muat naik perkara yang menarik minat anda atau yang bermakna. Saya tidak fikir ia harus menggambarkan sesuatu imej. Pada jangka panjang, pembaca akan dapat melihat anda yang sebenarnya. Tetapi jika anda hanya membuat catatan yang serius, mereka mungkin menganggapnya terlalu berat.
"Jadi, saya berharap untuk menggunakan kaedah yang berbeza untuk menyampaikan mesej melalui media sosial. Kita perlu mencari cara yang santai digunakan untuk menyentuh topik-topik serius. Sebagai contoh, sukar untuk menjelaskan perjanjian dagangan bebas. Jadi mungkin kita boleh bercakap tentang membeli epal, wain merah atau susu dari lebih banyak kawasan. Pembaca mungkin dapat gambaran yang ketara mengenai tajuk ini dan lebih mudah difahami. Mereka kemudian mungkin akan membaca tentangnya, bahkan menyukainya," jelas PM Lee.
Namun tujuan utama tegas beliau adalah untuk berkomunikasi dengan netizen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.