BERITA+: Opera Academy tawar kelas balet hijab pertama di SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Balet adalah tarian klasik yang terkenal dengan teknik pergerakan lembut dan fleksibiliti tubuh penarinya.
Biasanya, penari mengenakan pakaian ketat 'leotard' atau kostum yang memudahkan pergerakan.
Namun, keanggunan tarian ini kini ditampilkan dengan lebih sopan.
Baru-baru ini, Opera Academy, akademi bangsawan profesional pertama di rantau ini, telah mula menawarkan kelas balet hijab di Singapura.
Kelas-kelas tersebut direka khusus untuk memperkasa penari sambil menghormati warisan budaya mereka.

TAWARKAN KELAS BALET HIJAB PERTAMA DI DUNIA
"Sebagai sebuah syarikat muda, Opera Academy Singapura berani mengetengahkan program-program baharu dan yang tidak pernah diterokai oleh mana-mana kumpulan. Kelainannya daripada balet biasa adalah dari segi pemakaiannya. Lebih teliti dengan keadaban dan ketertiban dalam persembahan mereka.
"Misalnya, kalau dibuat gerakan tari yang dipanggil 'arabesque', barangkali, kita tidak bolehlah buat 'arabesque' yang terbuka-buka sangat, kan dalam hijab balet? Kesopanan dan kesantunan, itu yang kita utamakan. Elemen hijab itu tentu akan tetap ada," jelas Noor Azhar Mohamed, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Opera Academy.
'Hijab Ballet' adalah hasil gabungan Opera Academy dengan Stellar School of Dance, yang diasaskan dan dipimpin Jovita Bautista.
"Pelan pembelajaran bagi 'Hijab Ballet' pada asasnya sama dengan tarian balet biasa, sambil memberi ruang kepada amalan-amalan budaya dan agama. Sebuah program bersepadu untuk mendedahkan warga Melayu tempatan kepada program sama yang kami tawarkan kepada pelajar balet biasa. Mewujudkan persekitaran yang baik dan inklusif untuk orang menikmati atau menari dalam persekitaran yang dihormati dan kami perkenalkannya kepada sukatan pelajaran The Royal Ballet Academy of Dance."

PAKAIAN LEBIH SOPAN TIDAK JEJAS ASAS TARIAN BALET
Menurut Cik Jovita, pakaian yang lebih sopan sama sekali tidak menjejas rutin pergerakan balet yang rapi.
Walau terdapat sedikit perbezaan dari segi busana, asas tarian balet tetap terpelihara.
"Tentunya dengan memakai hijab, kami tidak nampak betul garisan-garisan sejelas pelajar balet biasa. Namun, sebagai guru, apabila kami membetulkannya, mungkin ia tidak begitu jelas di mata penonton, tetapi aliran, teknik, dan jangkaan postur tetap terlihat, meskipun melalui pakaian tersebut,"jelas beliau.
Elemen kesopanan diterapkan dalam rutin balet yang diajar, menarik perhatian pelajar seperti Tyara Chynta Puteri Noor Azhar dari Sekolah Seni SOTA dan Hijab Balet.
Baginya, beliau tetap bebas mengekspresikan diri melalui tarian.
"Balet hijab telah mengajar saya untuk menjadi lebih yakin dan tabah walaupun ia sukar. Perbezaannya dengan balet biasa adalah pertama, pakaian. Untuk balet hijab, semua pakaian adalah mesra Muslimah kerana kami memakai pakaian seperti skirt panjang dan juga baju lengan panjang. Tetapi tetap kelihatan cantik. Kedua, pergerakan. Ia lebih lemah lembut dan kami juga boleh menari dengan anggun. Ia juga lebih menghormati kerana ia juga menunjukkan bahawa kita sedar akan nilai-nilai moral dalam balet hijab."

TARIK PESERTA PELBAGAI PERINGKAT UMUR
Kelas-kelas balet yang ditawarkan mendapat sambutan menggalakkan.
"Dalam masa seminggu sahaja sejak dibuka, kami telah menerima banyak sangat pertanyaan melalui media sosial, panggilan telefon dan juga emel. Studio kami di 15A Bussorah Street, dipenuhi dengan para pelajar semuda empat tahun dan sehingga yang berusia 'veteran'. Para pelajar yang baharu ataupun yang mantan, yang ingin belajar balet atau kembali ke dunia balet." ujar Encik Azhar.
Sesi percubaan pertama 'Hijab Ballet' pada Ogos 2024 lalu menarik penyertaan seramai 30 peserta dari pelbagai peringkat umur.
"Ia agak mencabar. Tetapi saya harap dengan memasuki kelas balet ini, ia dapat memupuk minat dan dapat mengajar anak saya agar lebih berdisiplin dan tidak putus asa," luah ibu pelajar, Cik Sofia Natasha Haron.
"Sejak berumur tiga tahun, beliau sudah meluahkan keinginan untuk menyertai program-program pengayaan seperti program balet. Jadi itu peluang keemasan untuk mengembangkan bakatnya sebagai seorang penari. Dan moga-moga ia juga dapat membina keyakinan dirinya dan mengukuhkan identitinya sebagai seorang Melayu/Islam di Singapura, ujar seorang lagi ibu yang menghantar anaknya bagi mengikuti kelas percubaan Hijab Ballet, Faridah Mohamed Ali.
Demi menjaga aurat, kelas-kelas 'Hijab Ballet' tidak dibuka kepada peserta lelaki.
"Suasana di Opera Academy sungguh mesra kanak-kanak. Kanak-kanak pun berasa tenang dan senang untuk belajar langkah-langkah balet dan menghargai nilai estetik yang ada di dalam tarian balet," kata Cik Faridah.
Cik Sofia pula berkongsi pemerhatian, "Balet hijab ini sangat unik di Singapura and ya, kerana ia yang pertama di Singapura. Saya hanya mahu mendedahkan anak saya kepada pelbagai jenis seni dan balet hijab ini tepat untuk dia - dapat mengalami seni ini sambil tidak mendedahkan auratnya dan dapat melakukannya dalam sekitaran muslimah sahaja.

Berdasarkan sambutan dan keunikan program 'Hijab Ballet', terdapat rancangan untuk memperkenalkannya ke luar negara.
"Program ini dapat membentuk generasi baharu pelajar yang didedahkan kepada budaya Melayu dan membolehkan penari balet berhijab tampil di pentas dunia. Dengan program ini yang bermula di Opera Academy, ia akan menjadi wadah terbesar untuk mereka mendedahkan diri kepada balet. Disiplin akan terus menjadi keutamaan; kami akan melatih mereka seperti pelajar balet biasa, memberikan keutamaan, pembetulan, dan tumpuan yang sama seperti mana-mana pelajar yang ada," kongsi Cik Jovita.
Encik Azhar turut berharap untuk mengembangkan 'Hijab Ballet' ke negara-negara jiran.
Kami telah melakukan penyelidikan dan mendapati bahawa 'Hijab Ballet' belum diceburi oleh mana-mana pihak. Kami ingin meneroka pasaran di luar Singapura, terutamanya di Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Australia, InsyaAllah," ujarnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.