BERITA+: Nursyafiqah Mohamed Yusof wanita kecil molek pikul tugas berat jaga gajah di Night Safari
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Antara yang perkata pertama yang dilakukan Cik Nursyafiqah Mohamed Yusof, 29 tahun, apabila memulakan tugas hampir setiap pagi adalah membersihkan najis dalam kandang gajah.
Sebagai Penjaga Gajah Kanan di taman Night Safari, beliau juga harus memastikan empat ekor gajah di bawah jagaannya sentiasa dalam keadaan sihat.
PELBAGAI PERTIMBANGAN & PERSIAPAN UNTUK MENJAGA GAJAH
Seekor gajah Asia boleh makan sehingga selama 19 jam dalam sehari dan menghasilkan kira-kira 100 kilogram najis setiap hari.
Bayangkan jumlah najis yang perlu dibersihkan!

Menurut Cik Syafiqah, bagi gajah seberat 3,000 kilogram, banyak makanan perlu disediakan.
"Setiap gajah kita mendapat dalam 150 kilogram makanan dan ia mengandungi tembikai, pisang, lobak merah, epal dan kadang-kadang mereka mendapat betik, tembikai susu, asam jawa, tebu, durian dan nangka. Tetapi yang nangka, tebu, durian dan asam jawa ini seminggu sekali. Ia juga diberi makan rumput, rumput kering dan daun palma," kata Cik Nursyafiqah.
Semua itu dilakukan Cik Nursyafiqah dengan rela hati.
Sewaktu menyertai Zoo Singapura kira-kira tujuh tahun yang lalu, beliau tiada pengetahuan langsung tentang penjagaan haiwan.
Namun lulusan bidang Seni Bina Landskap dan Hortikultur di Politeknik Ngee Ann itu tetap memilih kerjaya tersebut kerana mempunyai minat yang mendalam tentang haiwan.
Cik Syafiqah adalah penjaga gajah wanita yang pertama di Night Safari.

"Suami saya memberitahu saya tentang pengalamannya bekerja di Taman Jurong. Saya terus tertarik dengan kerjanya kerana saya suka menjaga binatang. Saya suka membuat kajian tentang binatang-binatang ini semua untuk membuat hidup mereka lebih bagus," kata beliau.
Menurutnya lagi, pengalaman pada hari pertama adalah sesuatu yang tidak dapat beliau dilupakan.
"Saya terkejut bila saya mendapat tahu yang saya ditugaskan untuk menjaga gajah. Saya sebenarnya takut kerana gajah besar. Hari pertama saya di kerja, saya ada menangis sedikit kerana terpegun melihat gajah kerana ianya besar, megah dan tidak pernah dekat begitu dengan gajah dalam seumur hidup saya," kongsi Cik
Cik Syafiqah
Antara gajah yang dijaganya adalah Chawang, gajah Asia yang telah bersama Night Safari sejak taman itu dibuka pada 1994.
"Chawang kali pertama saya nampak, ia megah, besar. Waktu pertama saya lihat sesi latihannya, saya macam "wow!" kerana ia pantas, sentiasa dalam keadaan waspada. Apa-apa yang kami ingin, ia tahu," ujarnya.
Cik Nursyafiqah mengakui bahawa kedua-dua orang tuanya pada mulanya bimbang dengan kerjaya pilihannya itu, terutama dalam soal keselamatan.
"Ibu bapa saya mereka risau pada mulanya, risau tatapi apabila saya balik rumah, saya kongsi pengalaman saya dengan mereka, mereka juga nampak saya gembira datang balik kerja, mereka juga menyokong. Mereka sokong keputusan saya untuk bekerja dengan gajah," jelas Cik Syafiqah.
Namun, pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan keselamatan semua penjaga haiwan terjaga.
'Kami di Night Safari dan di Zoo Singapura, semua gajah kami, kita mengamalkan "protected contact". Ini bermakna gajah dan penjaga gajah berada di kawasan yang terpisah. Ini bermakna ada halangan fizikal antara kita dan gajah. Ini untuk memastikan keselamatan haiwan dan manusia," jelas beliau.
Cik Nursyafiqah akur tugasnya bukan yang tradisional dan melibatkan banyak aktiviti fizikal.
Namun cintanya terhadap haiwan ini dan kepuasan yang diraih mendorong Cik Syafiqah untuk terus melakukan pekerjaannya ini.
"Saya sebenarnya bangga, sangat-sangat bangga untuk menjaga gajah. Saya sayang semua gajah saya di Singapore Zoo dan di Night Safari dan saya berharap yang saya boleh menjadi contoh kepada wanita-wanita yang lain yang kita boleh melakukan kerja macam ini. Kerja fizikal dengan binatang.
Cik Syafiqah juga mendapat kata-kata semangat daripada para pengunjung yang melihat beliau bekerja dengan gajah.
"Kalau orang datang, mereka selalu macam cakap macam saya menunjukkan contoh yang baik kepada generasi kanak-kanak masa depan," kata Cik Syafiqah.
Cik Syafiqah juga berharap lebih ramai wanita muda akan mengikuti jejaknya dan menceburi bidang ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.