BERITA+: Mualaf SG ini antara 500 pemimpin global ekonomi Islam, hasilkan pelbagai produk ibadah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jika anda rajin mencuci mata di Shopee, besar kemungkinan anda pernah ternampak produk yang direka khusus untuk memudahkan ibadah dan membantu orang Islam menjaga tuntutan fiqh.
Sejadah lipat dan alat istinjak misalnya pasti dicari sebelum melancong. Produk istinjak yang dikenali sebagai 'bidoo' bahkan pada satu ketika pernah mencuri perhatian ramai di media sosial.
Siapa sangka, ternyata seorang mualaf tempatan yang menghasilkan produk itu. Beliau juga menghasilkan pelbagai produk lain termasuk berus gigi miswak dan anak tudung.
Usahawan itu ialah Meryem Chin, 37 tahun, yang mempunyai latar belakang dalam bidang reka bentuk.
Produk hasil ciptaannya dipasarkan di pelbagai platform e-dagang dan dibeli pelanggan dari pelbagai pelusuk dunia.
Pencapaiannya bahkan diiktiraf apabila beliau disenaraikan dalam ISLAMICA 500, satu sumber rujukan disokong Forum Ekonomi Islam Dunia yang menamakan 500 tokoh berjaya dan berpengaruh dalam dunia serta ekonomi Islam.

Meryem, 37 tahun, menerima pengiktirafan itu seawal tahun 2018. Ayuh kenali beliau...
TITIK PERMULAAN MERYEM DALAM ISLAM
Rasa ingin tahu Meryem terhadap Islam bermula daripada satu soalan bersahaja, iaitu "Bagaimanakah kehidupan sebagai seorang Muslim?"
Beliau kemudian diajak rakannya untuk ke Masjid Al-Falah. Dari situ bermulalah langkah kecil Meryem menuju satu pencarian yang lebih besar.
"Saya mengikut rakan saya masuk masjid dan saya melihat seseorang sedang bersembahyang. Apabila saya melihat itu, saya merasakan ia tidak asing bagi saya dan saya mahu itu menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian saya," cerita Meryem.
"Itulah bagaimana saya tertarik kepada Islam dan mula mendalaminya."
Meryem memeluk Islam pada 2013, ketika berusia 24 tahun.
"Keluarga saya sangat menyokong saya. Walaupun mereka bukan beragama Islam, mereka menghormati keputusan saya," ujarnya.
CIPTA KAD PANDUAN SOLAT KETIKA DI JEPUN
Sekitar dua tahun kemudian, graduan reka bentuk perindustrian dari NUS ini mengambil cuti sabatikal untuk menjalani latihan amali di Jepun.

Di sana, beliau menyedari rakan-rakan mualaf yang bersamanya berdepan pelbagai cabaran, termasuk mempelajari cara menunaikan solat.
"Saya tinggal di kawasan luar bandar yang sangat terpencil, Kyushu. Untuk ke masjid paling dekat sahaja mengambil masa kira-kira dua jam," kata Meryem.
"Saya terfikir... mengapa tidak saya manfaatkan kemahiran mencipta produk untuk rakan-rakan dan masyarakat? Itulah titik permulaan menghasilkan produk pertama. Ia kad panduan yang 'bimbing' rakan-rakan saya menunaikan solat," tambahnya lagi.
Kad panduan solat yang dihasilkan hanya perlu dibentangkan di atas lantai. Tidak seperti penggunaan telefon atau buku solat, pengguna tidak perlu banyak bergerak dari kedudukan asal sepanjang menunaikan solat.

Pada 2017 pula, Meryem memutuskan untuk membangunkan TAKVA - sebuah perusahaan yang menawarkan pelbagai produk yang memenuhi keperluan gaya hidup Muslim.
Semua produknya, seperti 'pocket' sejadah, stokin khas yang membolehkan pengguna berwuduk tanpa perlu menanggalkannya, serta alat istinjak, direka dan dihasilkan sendiri oleh Meryem.
"Kami mahu memenuhi keperluan Muslim yang tidak mempunyai akses kepada produk-produk yang diperlukan untuk beribadah," jelas Meryem yang menjalankan perniagaannya secara dalam talian dan mempunyai beberapa pekerja di beberapa negara.

Sambutan yang diterima dari awal lagi cukup memberangsangkan. Bagi produk pertamanya sahaja, iaitu 'pocket' sejadah, beliau menerima tempahan awal bernilai $50,000 dalam tempoh sebulan.
"Terdapat begitu ramai orang dari seluruh dunia, seperti Sweden, Amerika, London, Afrika Selatan dan Maldives yang menerima produk kami dengan sangat baik," kongsi Meryem.
CIPTA MAINAN BLOK KAABAH, MASJID NABAWI
Selain itu, Meryem turut mencipta blok mainan yang menerapkan unsur pendidikan agama. Beliau mendapat ilham untuk menghasilkan mainan itu pada 2021, ketika COVID-19 sedang mengganas.
"Di televisyen anda melihat semua tempat sunyi. Ibadah haji tidak dilakukan di Makkah. Tiada yang menunaikan haji. Kawasan Kaabah kosong," kata ibu dua anak ini.
"Jadi kami berfikir... Mengapa tidak haji tahun itu 'dibawa' ke orang ramai? Bukan hanya kanak-kanak tetapi seisi keluarga boleh belajar cara ibadah haji ditunaikan," tambah beliau.

Meryem sempat menunjukkan sendiri keunikan mainan blok bagi model Kaabah dan Masjid Nabawi kepada BERITA Mediacorp. Kedua-duanya direka dengan cukup teliti.
Bagi model Masjid Nabawi, kanak-kanak dan ibu bapa bahkan dapat menampal pelekat untuk menghiasi struktrur dalam masjid seperti di ruang Raudah.
Ada juga satu buku panduan bagi kedua-dua model yang menyelitkan beberapa kisah atau sejarah di sebalik dua tapak suci itu.

"Untuk Masjid Nabawi, apabila mereka mula bermain, mereka boleh merujuk kepada penjelasan tentang tempat ini. Contohnya, apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, untanya sebenarnya berehat di tempat di mana masjid dibina," terang Meryem.
KINI RANCANG DEKATI GOLONGAN GEN Z PULA
Diam tak diam, TAKVA sudah bertahan selama sekitar enam tahun dan terus mendapat sorotan di pelbagai platform e-dagang.
Ketika diminta mengulas tentang kejayaan perusahaannya, Meryem dengan rendah hati berkata, "Apa yang bermakna kepada saya adalah ramai tampil dan katakan produk kami mempunyai kesan terhadap kehidupan mereka."

Beliau juga menyelitkan satu nasihat buat mereka yang menanam hasrat untuk mencipta sesuatu buat masyarakat.
"Jika anda ingin menghasilkan sesuatu anda perlu tampil dan melakukannya kerana biasanya banyak perkara tidak berganjak dari peringkat idea. Ia tidak akan 'menjadi'. Tiada siapa yang akan melakukannya untuk anda. Anda perlu melakukannya sendiri," pesan Meryem.
Meryem kini merancang untuk menghasilkan produk yang menyasarkan golongan Gen-Z pula kerana percaya mereka semakin peka terhadap soal identiti.
Produk yang dihasilkannya bukan sekadar memenuhi keperluan, tetapi direka agar selari dengan gaya hidup dan menjadi sebahagian daripada identiti pemakainya.
"Apa yang kami cuba lakukan sekarang adalah menjadikan satu produk itu sebahagian daripada identiti penggunanya. Pelanggan boleh (katakan)... saya berbangga untuk menunjukkan bahawa saya seorang Muslim dan saya boleh. Saya menggunakan produk ini kerana saya seorang Muslim," jelasnya.

Produk yang sudah dihasilkan Meryem untuk golongan Gen-Z sejauh ini termasuk rantai kunci dan pin yang menyelitkan kata-kata lucu.
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.