Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA+: Monyet liar tak 'makan saman' ganggu penduduk, peniaga di Punggol East

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kicau di media sosial, kisah penduduk di Punggol yang rasa susah hati diganggu monyet liar di sana sini.

Kami terpaksa bertindak kata penduduk di Punggol selepas monyet liar tak 'makan saman' bahkan memanggil 'geng' datang ke kawasan itu untuk mencuri makanan dan merosakkan harta benda sehingga menakutkan penduduk.

Bagi pekedai, bidai yang dahulu dipasang untuk melindungi barangan daripada rosak dek cuaca,
kini diharap dapat mencegah monyet yang semakin mengganas dan berani.

Sudah biasa ada monyet di sini, kata netizen kerana habitat haiwan itu sudah musnah dek proses pembangunan.

"Pemerintah membersihkan hutan dan mereka kini hilang tempat tinggal dan tiada makanan. Jadi mereka terpaksa cari alternatif dan tong sampah menjadi tempat mereka cari makanan," kata warga net.

"Melihat cara dan betapa pantas Singapura membersihkan hutan...lama kelamaan nanti babi hutan, kancil, cicak, harimau, gajah semua keluar..." ujar seorang netizen pula.

"Sebahagian besar hutan di Punggol sudah dibersihkan. Monyet-monyet ini tiada tempat untuk dituju. Saya harap hutan yang masih ada akan dibiarkan," kata seorang netizen.

Timbul persoalan - adakah haiwan ini 'mencerobohi' tempat tinggal kita ataupun menjadi mangsa kegiatan manusia?

Haiwan liar yang berkeliaran, baik jangan dikacau, nasihat Lembaga Taman Negara (NParks).

Sebaik-baiknya hubungi pihak berkuasa.
Sumber : BERITA Mediacorp/NY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan