BERITA+: Meskipun perniagaan berkembang, peniaga F&B ini pilih untuk terus beroperasi dari rumah, elak kos sewa & kakitangan bagi gerai fizikal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sudah hampir 9 tahun Encik Mohamed Khairul Anuar Salleh berniaga cendol dari rumah dan berjaya kembangkan perniagaannya ‘Cendol Kain Pelikat’ tanpa sebuah kedai fizikal.
Selain tempahan bagi majlis perkahwinan dan acara privet, cendolnya laris dan menjual sekurang-kurangnya 1,200 botol cendol setiap minggu.
Ini juga membuatkan Encik Khairul tekad untuk meninggalkan kerjayanya sebelum ini sebagai seorang pegawai polis untuk menjadi 'tauke cendol'!
Beliau yakin akan kelebihan produknya yang disediakan dari rumah - untuk menghasilkan cendol yang lembut dan kenyal.
“Apa yang unik tentang cendol kami ialah, ia bukan daripada kilang. Kami buat sendiri dari tepung, sehingga ia menjadi kental dan tekan sendiri. Semuanya kita buat sendiri. Menurut maklum balas orang ramai, cendol kami lebih kenyal dan lembut,” kata Encik Khairul, 41 tahun.

Katanya, proses menghasilkan resipi cendol khas ini memakan masa sekitar dua bulan.
Bagi meluaskan lagi jaringan pelanggannya, Encik Khairul memanfaatkan media sosial selain menjaga mutu produk dan khidmatnya.
“Yang pertama, mesti ikhlas. Apabila kita menjual makanan, kita mesti ikhlas dan memberikan yang terbaik. Pada masa yang sama kita juga perlu ada hubungan yang baik dengan para pelanggan supaya mereka rasa selesa dengan kita. Apabila mereka mesej saya melalui Whatsapp, saya tidak menggunakan 'auto reply',” jelas Encik Khairul.

GERAI FIZIKAL BAWA BEBAN KOS SEWA & KAKITANGAN
Buat masa ini, beliau belum terfikir untuk mempunyai kedai fizikal kerana memikirkan kos operasi yang tinggi.
Selain kos sewa dan kakitangan, waktu operasi juga tidak fleksibel seperti berniaga dari rumah.
Namun, beliau mahu mengorak satu langkah baharu bagi mengembangkan lagi perniagaannya.
“Memang ada ura-ura untuk buka kedai tapi bukan gerai sangat, lebih kepada dapur pusat jadi kita boleh ambil lebih tempahan,” kongsi Encik Khairul.
Baginya juga, perniagaan itu sedikit sebanyak melambangkan warisan serta peninggalan yang dapat beliau bekalkan bagi masa depan anak-anaknya.

‘APAM DADDY’ AMBIL 8 BULAN SEMPURNAKAN RESIPI
Bagi seorang lagi peniaga makanan dari rumah yang berjaya tanpa sebuah kedai fizikal, daya kreativiti dan strategi perniagaan itu penting untuk terus bertakat.
Tidak pernah termimpi untuk menjadi usahawan apam balik, namun itulah rezeki Encik Nasrullah Abdullah Rahim.
Bekas pegawai keselamatan Certis Cisco ini mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk menjadi 'tauke apam balik' pada tahun 2021.
Ini meskipun beliau tiada sebarang latar belakang dalam bidang makanan dan minuman (F&B).
Bagi mendapatkan tekstur apam balik yang gebu dan lembut, Encik Nasrullah mengambil masa sekitar lapan bulan untuk uji cuba resipi terbaik bagi mendapatkan tekstur apam balik yang gebu dan lembut.

"Dahulu saya bekerja 12 jam. Setiap kali selepas kerja saya membuat satu aduanan kecil. Setiap hari saya membuat 2 hingga 3 apam untuk R&D. Ada beberapa kali saya hampir putus asa tetapi rakan-rakan dan keluarga saya memberi sokongan kepada saya," menurut Encik Nasrullah kepada wartawan Nur Arina Ahmad Anis.
Usahanya berbaloi apabila apam baliknya kini mendapat sambutan.
Setiap hari beliau akan membancuh kira-kira 13 kilogram tepung untuk menjual sehingga 160 keping apam balik.
Antara strategi yang beliau gunakan untuk terus memikat pelanggan online adalah dengan memperkenalkan perisa baru dan 'trendy'.
Kini, 'Apam Daddy' menawarkan lebih 10 perisa seperti Apam Balik Ondeh-ondeh dan Ovomaltine.
"Saya memang mahu para pelanggan tahu yang mereka boleh memilih apa sahaja perisa dan 'customise' perisa sendiri. Apabila beli makanan di luar, para pelanggan hanya ada beberapa pilihan sahaja. Tapi bagi pelanggan saya, mereka boleh memilih sendiri dan sekiranya mereka inginkan lebih 'toppings', ia percuma," ujar Encik Nasrullah, 30 tahun.

GUNA MEDIA SOSIAL UNTUK PROMOSIKAN APAM DADDY
Bagi terus memajukan perniagaannya, beliau turut berusaha memperluaskan jaringan sosialnya.
Setakat ini, beliau berjaya menarik lebih 13 ribu pengikut Instagram.
Kata Encik Nasrullah: " Menerusi TikTok Alhamdulillah kita dapat sasarkan pelanggan yang tidak tahu tentang Apam Daddy. Kita selalukan mengharapkan ia disebarkan dari mulut ke mulut tapi bila kita start buat TikTok Live, kami mendapat lebih ramai pelanggan baru dan lazimnya, mereka menjadi pelanggan tetap kami. "
Bagi memenuhi permintaan yang bertambah, beliau ada mempertimbangkan untuk membuka gerai bagi menempatkan stok bahan-bahan yang lebih banyak.
Namun, ada beberapa perkara yang perlu beliau ambil kira seperti kos sewa dan kakitangan serta waktu operasi yang lebih panjang dan tidak fleksibel.
Meskipun tanpa kedai fizikal, dua peniaga F&B ini tetap dapat memajukan lagi perniagaan mereka dengan memanfaatkan teknologi sedia ada di tengah-tengah kenaikan kos sewa dan kakitangan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.