BERITA+: "Melampau betul!" Pembantu gerai tergamak buang kopi gara-gara dibayar guna 2 syiling 5 sen

SINGAPURA: Adakah anda masih gunakan syiling 5 sen untuk membuat bayaran?
Gara-gara duit syiling itu berKicau di media sosial seorang pelanggan bertekak dengan pekerja gerai minuman.
"5 sen bukan duit ke?" tanya pelanggan wanita itu yang meluahkan rasa marahnya menerusi satu catatan di laman Facebook 'Complaint Singapore'.
Menurutnya, dia telah memesan kopi-O di sebuah kedai kopi di Yishun yang berharga S$1.20.
Apabila dia cuba membayar dengan duit syiling - termasuk dua keping syiling 5 sen, pekerja gerai tersebut meninggikan suara lalu membuang kopi-O yang dipesan ke dalam singki!
"Tidak salah terima dua syiling 5 sen sebagai bayaran. Jika S$1.20 itu dibayar sepenuhnya dengan 5 sen sekali pun, ia tetap sah."
"Menggunakan syiling 5 sen sah selagi ia tidak melebihi S$2.
Penjaja itu salah dan patut dilaporkan", tulis beberapa netizen yang menyebelahi pelanggan wanita itu.
"Apakah yang tertera di depan mesin daftar tunai?", tanya seorang netizen.
Apa yang beliau maksudkan adalah notis menyatakan kedai itu tidak menerima duit syiling 5 sen.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini mengenai bayaran menggunakan duit syiling.
Ia menasihati pekedai supaya dengan terang dan jelas meletakkan notis tentang kaedah bayaran yang diterimanya.
Apapun, ramai netizen berpendapat tindakan pembantu pegerai itu tetap keterlaluan.
"Tak apa jika tidak mahu terima 5 sen tetapi kenapa perlu buang kopi dan tinggikan suara? Melampau betul!"
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.