BERITA Mediacorp rai pengiktirafan kebaya sebagai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: BERITA Mediacorp turut meraikan pengiktirafan kebaya sebagai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO yang diumumkan pada Rabu, 4 Disember.
Pengiktirafan itu amat bermakna kerana BERITA Mediacorp turut menyokong Lembaga Warisan Negara (NHB) dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kebaya sebagai busana tradisional yang penting.

Singapura, bersama Brunei, Malaysia, dan Thailand, telah mencalonkan kebaya untuk dimasukkan dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO pada Mac 2023.
DOKUMENTARI KHAS "KEBAYA-GAYA NUSANTARA"
Antara usahanya adalah penerbitan khas dokumentari "Kebaya - Gaya Nusantara" oleh bahagian Ehwal Semasa Melayu Mediacorp.
Dokumentari selama sejam itu disiarkan di saluran Suria pada 23 November 2023.
"Kami meneroka asal usul keindahan dan juga evolusi kebaya di Asia Tenggara dan saya sendiri selaku penerbit bagi dokumentari tersebut telah pun menjelajah ke Indonesia, Malaysia dan juga di Singapura sendiri untuk mengkaji dan menemuramah para pakar dan juga para individu bagi menyusuri sulaman perjalanan panjang kebaya gaya nusantara," kongsi Penyampai BERITA dan Penerbit Kanan Unit Berita dan Ehwal Semasa Melayu Mediacorp, Nursha Ismail.
ACARA KHAS 'GAYA KEBAYA - RAIKAN WARISAN KITA'
Sempena tayangan perdana dokumentari khas itu, pameran bertajuk 'Gaya Kebaya – 130 Tahun oleh Kebaya Sociét' telah dianjurkan pada 18 November 2023.
Acara itu, hasil kerjasama BERITA Mediacorp dan One Kampong Gelam, meraikan warisan busana kebaya yang digayakan oleh wanita Asia Tenggara.
Sebanyak 25 kebaya dipamerkan, masing-masing dengan kisah uniknya, termasuk kebaya turun-temurun.
Kebaya tertua berusia sekitar 130 tahun.
Turut dipamerkan adalah dua pasang kebaya milik Puan Noor Aishah, balu Presiden pertama Singapura, Encik Yusof Ishak.
Butik-butik di Kampong Gelam juga menyertai acara tersebut dengan mempamerkan koleksi kebaya terbaik mereka.

Selain itu, acara peragaan fesyen turut diadakan dengan menampilkan koleksi busana daripada tiga toko ikonik di Kampong Gelam: Toko Aljunied, Kebaya by Ratianah, dan Mozaic Singapore.
Istimewanya, pakaian-pakaian tersebut diperagakan oleh pelanggan setia mereka, menjadikan acara lebih bermakna dan unik.
Untuk memeriahkan lagi sambutan, orang ramai diajak menyertai cabaran foto di lima lokasi ikonik sekitar Kampong Gelam.
Wanita digalakkan bergaya dalam kebaya, manakala lelaki berbaju Melayu atau batik, mencerminkan keindahan dan keunikan busana tradisional.
Acara itu mendapat sokongan padu pelbagai pihak, termasuk Lembaga Warisan Negara (NHB), Taman Warisan Melayu, Muzium Peranakan Singapura, serta butik dan organisasi seperti Kiah's Gallery, Kampong Gelam Alliance, Pertubuhan Shaw, dan Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA).
Pada masa sama, sepanjang Ramadan 2023, penyampai wanita BERITA Mediacorp memperkukuh usaha memartabatkan kebaya dengan mengenakan busana tradisional itu semasa menyampaikan buletin BERITA dan rancangan ehwal semasa 'Rahmat Ramadan'.

Di samping itu, Nursha turut dipilih NHB untuk menjadi antara wajah bagi menyemarakkan kempen kebaya NHB.
"Keputusan UNESCO untuk mengangkat kebaya sebagai warisan budaya tidak ternilai ini merupakan satu pengiktirafan besar bagi warisan kebaya ini dan ia juga melambangkan identiti kebersamaan nusantara ini di mana UNESCO telah pun menjulang pakaian yang dipakai oleh wanita-wanita Nusantara sejak berkurun lamanya dan diangkat ke persada dunia," kata Nursha.
Beliau menambah bahawa kebaya lebih dari sekadar fesyen.
“Kebaya menonjolkan identiti dan juga budaya kita dan ini dikongsi bersama di rantau ini. Jadi warisan yang kita miliki hari ini harus diraikan dan bukan sekadar disimpan dalam almari atau dalam foto saja sebagai kenangan.
"Bagi saya kebaya melambangkan keanggunan disulami kewibawaan. Kebaya ini bukan sekadar fesyen tapi ia juga merupakan identiti, mencerminkan perwatakan dan juga pemerkasaan wanita,” ujarnya.
Beliau yakin kebaya tidak akan pudar ditelan zaman dan berharap busana tradisional itu dapat terus diperagakan dalam kehidupan seharian.
Setakat 4 Disember 2024, sebanyak 749 warisan budaya dari 146 negara sudah diiktiraf dalam Senarai UNESCO.
Singapura dan Malaysia akan mencalonkan Chingay untuk disertakan ke dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO pada Mac 2025.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.