BERITA Mediacorp pilihan utama, bahan rujukan masyarakat Melayu SG
Anggaran Waktu Membaca:
- BERITA Mediacorp diiktiraf sebagai sumber berita utama masyarakat Melayu Singapura, mengatasi pesaing tempatan dan luar negara menurut Laporan Berita Digital Institut Reuters 2026.
- Kandungan berita Melayu Mediacorp mengekalkan jangkauan mingguan 6 peratus di media bukan online, tertinggi dalam pasaran Melayu tempatan.
- Jenama-jenama Mediacorp lain seperti CNA, Channel 5 News, dan Channel 8 News turut mendominasi senarai jenama berita paling dipercayai di Singapura.
- Pencapaian ini mencerminkan komitmen Mediacorp dalam menyediakan berita berintegriti dan memenuhi keperluan masyarakat berbilang kaum di Singapura.
SINGAPURA: BERITA Mediacorp terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama bagi kandungan berita dan bahan rujukan untuk masyarakat Melayu di Singapura mendapatkan berita tempatan yang sahih dan boleh dipercayai.
Dapatan terbaharu daripada Laporan Berita Digital Institut Reuters 2026 menunjukkan bahawa kandungan berita bahasa Melayu Mediacorp itu mengekalkan jangkauan mingguan sebanyak 6 peratus bagi kategori media bukan online merangkumi platform televisyen, radio, dan media cetak.
Institut Kajian Kewartawanan Reuters ialah sebuah pusat penyelidikan di Universiti Oxford yang memantau trend media.
Perangkaan tersebut meletakkan BERITA Mediacorp di kedudukan teratas bagi pasaran media Melayu tempatan, mengatasi pesaing lain dalam pasaran yang sama.
MENGATASI MEDIA LUAR NEGARA
Keberkesanan BERITA Mediacorp dalam menyampaikan berita yang dekat di hati masyarakat tempatan turut terbukti apabila jangkauannya didapati lebih tinggi berbanding media lain dari luar negara.
Mengikut carta jangkauan mingguan media tradisional yang dipaparkan dalam laporan tersebut, kategori "Media berita lain dari luar Singapura" (Other news media from outside Singapore) - yang merangkumi pelbagai media berita seberang tambak dari Malaysia - hanya mencatatkan jangkauan sebanyak 4 peratus di Singapura.
Ini membuktikan bahawa bagi masyarakat Melayu di Singapura, laporan meluas serta analisis terperinci yang dibawakan oleh BERITA Mediacorp mengenai isu-isu sosioekonomi dan dasar tempatan tetap menjadi rujukan utama yang paling relevan untuk kehidupan seharian mereka.

EKOSISTEM MEDIACORP TERUS DIYAKINI
Secara keseluruhannya, Laporan Berita Digital Institut Reuters 2026 memaparkan penguasaan kukuh jenama-jenama di bawah naungan Mediacorp dalam landskap media Singapura.
Selain penguasaan BERITA Mediacorp (BERITA 8.00 malam di Suria) bagi segmen Melayu, saluran berita Inggeris CNA terus menerajui pasaran sebagai sumber berita online yang paling banyak digunakan dengan jangkauan mingguan sebanyak 47 peratus, selain dinamakan sebagai jenama berita paling dipercayai di Singapura dengan kadar kepercayaan melonjak kepada 78 peratus.
Jenama-jenama utama Mediacorp yang lain seperti Channel 5 News, Channel 8 News, dan rangkaian Radio Berita Mediacorp turut menyapu bersih empat daripada lima kedudukan teratas dalam senarai jenama berita paling dipercayai oleh masyarakat Singapura.

Tahap kepercayaan yang tinggi serta jangkauan mantap ini mencerminkan komitmen berterusan bilik berita berbilang bahasa Mediacorp, termasuk BERITA Mediacorp, dalam menyampaikan tahap kewartawanan yang berintegriti dan dinamik merentasi pelbagai platform bagi memenuhi keperluan masyarakat berbilang kaum di Singapura.
Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.