Skip to main content

Singapura

BERITA Mediacorp pelawa orang ramai kongsi maklum balas, pengalaman lungsuri laman, aplikasi

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA Mediacorp pelawa orang ramai kongsi maklum balas, pengalaman lungsuri laman, aplikasi

Petikan skrin laman BERITA Mediacorp, yang memaparkan tinjauan untuk mendapatkan maklum balas pengguna. (Gambar: Petikan skrin laman BERITA Mediacorp)

Diterbitkan : 01 May 2026 03:52PM
SINGAPURA: BERITA Mediacorp mempelawa orang ramai untuk mengambil bahagian dalam satu tinjauan baharu bagi berkongsi maklum balas mengenai pengalaman mereka melungsuri laman web serta aplikasi BERITA Mediacorp.

Menerusi tinjauan tersebut, ia akan membantu BERITA Mediacorp untuk mengenal pasti cara-cara memperbaiki sebarang isu yang timbul.

Antara lain, BERITA Mediacorp mahu mengetahui ciri-ciri yang paling dihargai pengguna, ciri-ciri yang boleh dipertingkatkan serta tujuan pembaca melungsuri laman dan aplikasi BERITA Mediacorp.

Dalam pada itu, BERITA Mediacorp juga mahukan pandangan pengguna mengenai jenis kandungan yang ingin dipaparkan dengan lebih ketara.

Ini termasuk liputan yang mendalam; berita selebriti, hiburan dan budaya pop; kandungan yang tertumpu kepada belia atau dipacu trend; gaya hidup dan topik harian; berita masyarakat Melayu tempatan; atau suara rakyat.

Sebagai contoh, bagi kategori Gaya Hidup, BERITA Mediacorp menawarkan siri Gen Kaki Cuti, yang mempelawa pembaca menyumbang rencana mengenai pengalaman mereka bercuti di destinasi-destinasi yang menarik atau eksotik di luar negara.

Sekiranya topik hujung minggu inilah yang ingin lebih dipaparkan, BERITA Mediacorp akan menghimpunkan lebih banyak destinasi menarik sebagai pilihan percutian yang boleh dipertimbangkan oleh para pembaca.

Dengan memahami keperluan, minat dan corak bacaan pengguna, ia juga akan membantu usaha BERITA Mediacorp untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.

Tinjauan tersebut boleh didapati di sini dan ia mengambil masa sekitar 10 minit sahaja untuk diselesaikan. Maklum balas dan pandangan anda amat dialu-alukan.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita