BERITA+: Masyarakat serlahkan semangat 'Terbang Lebih Tinggi' dalam hiasan Hari Kebangsaan
Anggaran Waktu Membaca:
- Sukarelawan dan penduduk di Sengkang East, Woodlands, serta Tengah bekerjasama menghias kawasan kejiranan menjelang Hari Kebangsaan Singapura pada 9 Ogos.
- Projek kreatif seperti mural peta Singapura daripada penutup botol terpakai dan bendera gergasi angka '61' dihasilkan menggunakan bahan kitar semula dan teknologi AI.
- Penglibatan pelajar, belia, dan penduduk pelbagai latar belakang mengukuhkan semangat perpaduan, gotong-royong, serta membina kemahiran baharu.
- Usaha ini mencerminkan tema 'Majulah Singapura, Terbang Lebih Tinggi!' dengan menekankan nilai sumbangan kecil dan kerjasama komuniti.
BERITA+: Menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos, kawasan-kawasan kejiranan di seluruh Singapura mula dihiasi dengan pelbagai dekorasi.
Namun di sebalik kemeriahan itu, terselit kisah para sukarelawan yang menterjemahkan semangat tema Hari Kebangsaan tahun ini, 'Majulah Singapura, Terbang Lebih Tinggi!', melalui cara mereka tersendiri.
RELAWAN GUNAKAN LEBIH 30,000 PENUTUP BOTOL LAKARKAN PETA SG
Sumbangan setiap individu berbentuk sentuhan-sentuhan kecil yang melangkaui sekadar usaha menghias kawasan kejiranan.
Di Sengkang East misalnya, lebih daripada 30,000 penutup botol terpakai diubah menjadi sebuah peta Singapura.

Bahan-bahan kitar semula pula digunakan untuk membina mercu tanda ikonik negara seperti bangunan Marina Bay Sands dan Singapore Flyer.
Usaha mereka menjadi bukti bahawa semangat untuk 'Terbang Lebih Tinggi' bermula dengan melihat nilai pada sisa yang sering dipandang sepi.
Di sebalik projek mural bahan-bahan terpakai itu, terselit komitmen para individu yang memilih untuk terus menyumbang selama lebih empat bulan.
Seorang relawan, Farah Tiara Abdullah Charles berkata: "Setiap daripada kita adalah relawan dan ada kerja masing-masing. Tetapi untuk menyumbang kepada masyarakat, luangkan masa di sini dua atau tiga jam untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa.
"Saya ingin menjadi sebahagian daripada projek ini kerana ia memberi saya peluang untuk menyumbang kepada masyarakat dan meraikan Hari Kebangsaan dengan cara yang bermakna. Saya pun boleh tunjuk anak-anak saya kerjasama dan perpaduan," luah seorang lagi relawan, Encik Chee Jack Son.
Pengalaman melakarkan mural tersebut juga menurut para relawan satu pengalaman sangat bermakna dan simbolik.
Cik Norhayatie Mohd Amin berkata: "Ramai relawan dan jiran-jiran dari pelbagai generasi daripada pelbagai latar belakang. Meski budaya berbeza, dan pelbagai pengalaman, tetapi apabila bersatu sebagai satu komuniti, kita dapat mencipta sesuatu bersama. Projek ini bukan sahaja membuat struktur, tetapi mengukuhkan tradisi gotong-royong dalam masyarakat kita."
USAHA HIAS KAWASAN KEJIRANAN MELANGKAUI KAUM DAN AGAMA
Sambutan Hari Kebangsaan di Woodlands pula diraikan dengan dekorasi yang berwarna-warni dan sarat unsur budaya tempatan.
Bagi para penduduknya, tema 'Terbang Lebih Tinggi' membawa makna menjangkau latar belakang demi membina rasa kekitaan.

Makna itu menusuk jiwa seorang remaja Burma yang akan menyambut Hari Kebangsaan pertamanya sebagai Penduduk Tetap (PR).
Su Yee Linn berkata: "Saya rasa menjadi relawan sangat bermakna kerana melalui usaha ini, saya dapat lebih mengenali dan berhubung dengan komuniti di kawasan tempat tinggal saya. Saya juga rasa lebih dekat dengan masyarakat, lebih dekat dengan sambutan Hari Kebangsaan, dan lebih dekat dengan Singapura."
"Bagi saya, Singapura bukan lagi sekadar tempat saya bersekolah atau tinggal, tetapi sebuah tempat yang saya anggap sebagai tanah air," tambah pelajar Politeknik Republik (RP) itu lagi.
Golongan belia seperti Yee Linn membentuk sebahagian besar para relawan di rangkaian Woodlands.
Pengerusi relawan bagi Rangkaian Penduduk (RN) Zon 4, Cik Noor Yati berkata bahawa sejak bertahun-tahun lamanya, para pelajar daripada sekolah menengah dan politeknik berdekatan diajak untuk terlibat sama dalam hiasan Hari Kebangsaan.
"Kita akan bertukar idea. Kita akan jemput juga yang muda untuk tolong, mereka juga berikan idea. Dan ini menjadikannya lebih cantik," kata beliau.
Para pelajar seperti Nur Rusydina Khuzainy juga mengalu-alukan usahasama selama berminggu-minggu itu.
Rusydina berkata: "Saya dapat mengenali lebih ramai penduduk di kawasan ini. Pada masa yang sama, pengalaman ini turut mengukuhkan semangat kerja berpasukan dan kemahiran komunikasi saya," kata Rusydina.
BINA KEMAHIRAN BAHARU SAMBIL CANTIKKAN KAWASAN KEJIRANAN UNTUK HARI KEBANGSAAN
Di kawasan Tengah pula, lebih 30 bendera Singapura dikumpul dan dijahit bersama.
Hasilnya - bendera gergasi dalam bentuk angka '61' seiring dengan usia negara, satu hasil yang menuntut kesabaran, ketepatan dan kerja berpasukan.

Daripada lakaran awal sehinggalah kepada reka bentuk akhir, para relawan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Tengah memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam proses perancangan projek tersebut.
Ketua relawan kumpulan itu, Encik Zakaria Othman berkata: "Kita gunakan digital, AI, untuk mencari bentuk angka '61' tercantik. Selepas mendapatkan lakaran, kita perlu belajar bagaimana untuk jahitnya. Kerana kita ingin gunakan bendera negara, yang kita tidak boleh potong dengan suka-suka atau jahit sebarangan."
Seorang lagi relawan, Cik Rezani Ramli pula berkata: "Cabaran utama ialah saiznya. Bendera kalau terlalu besar, melebihi saiz meja di bilik-bilik mesyuarat kita. Jadi kita perlu pastikan apa yang kita ingin buat itu boleh dilakukan dan tidak mencacatkan bendera."
Para relawan juga bersedia melangkaui kebiasaan sendiri dan menghasilkan sesuatu yang dihormati.
Meski tidak biasa menjahit, ia tidak membataskan peranan bersama yang dimainkan setiap relawan, terutama sekali Encik Ramlee Johari.
Encik Ramlee berkata: "Kita ada bawa mesin jahit. Memang mencabar sebab ini pun pertama kali saya ikut serta menjahit. Kadang-kadang jahit salah, perlu buka balik dan jahit balik. Supaya ia kemas. Pertama kali senget, jadi perlu buka (dan jahit lagi)."
Di kala meraikan ulang tahun negara, bukan hiasan yang akan paling diingati, tetapi setiap sentuhan dan sumbangan kecil serta semangat mereka yang memilih untuk membina sesuatu bersama.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.