Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA+: 'Konsert mini' dua 'otai' di pusat buang sampah raih pujian netizen

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: 'Konsert mini' dua 'otai' di pusat buang sampah raih pujian netizen

(Gambar: Petikan skrin video TikTok/Marleygraveyard)

Diterbitkan : 28 Aug 2022 05:22PM Dikemas Kini : 28 Aug 2022 05:22PM
SINGAPURA: "Konsert mini" dua ‘otai’ mendapat perhatian warga net baru-baru ini.

Kicau bawakan persembahan bakat serba boleh itu yang bukan calang-calang orang.

Beragam reaksi disampaikan netizen apabila video persembahan dua pekerja syarikat pembersihan ini dimuat naik di TikTok pengguna “marleygraveyard”.

Manakan tidak - 'konsert mini' ini bertempat
di pusat buang sampah sebuah kondominium di sini.

"Power! Senang hati betul mereka dapat buat apa yang diminati", kata seorang netizen.

"Mereka mungkin tidak kaya harta tetapi kaya dengan bakat," ujar warga net lain.

Bakat pemain piano ini juga tidak henti-henti dihujani pujian dan sokongan warga net.

"Pakcik ini tahu kord lebih baik dari budak zaman sekarang", kata seorang netizen di ruangan komen Tiktok pengguna berkenaan.

"Sangat berbakat, tidak semua orang pandai main piano," puji netizen lain.

"Yang main piano tentu bukan sembarangan, pasti dulu pemain musik!" ujar seorang warga net.

Bahkan mereka yang tidak faham bahasa Melayu pun turut terpegun dengan bakat yang dipaparkan.

"Hebat! Walaupun saya tidak pernah dengar lagu ini, saya suka sekali".

"Muzik adalah bahasa universal. Anda tidak perlu faham liriknya untuk rasa minat dan jiwanya".

Difahamkan piano ini sebenarnya dibuang penduduk di kondominium berkenaan.

"Tolong jangan dibuang piano itu. Teruskan main piano dan bernyanyi", ujar netizen.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa