BERITA+: Komuniti membaca kian dapat perhatian, kelab buku jadi wadah interaksi sosial dan pertukaran idea
Anggaran Waktu Membaca:
Sesi membaca senyap anjuran Maktaba Books (Gambar: Nurhelmy Hakim)
BERITA+: Membaca selalunya dianggap sebagai kegiatan yang dilakukan secara bersendirian.
Namun, hari ini, buku bukan sekadar bahan bacaan, tetapi juga medium untuk berhubung, bertukar pandangan dan membina masyarakat.
Menurut Kajian Tabiat Membaca Kebangsaan oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) tahun lalu, hampir 90 peratus orang dewasa membaca buku atau artikel-artikel setiap minggu.
Lantaran itu, semakin banyak komuniti membaca muncul, daripada sesi membaca secara senyap hinggalah perbincangan buku, sekali gus mencerminkan bagaimana budaya membaca kini berkembang dalam cara yang lebih santai dan bersifat sosial.
Misalnya kelab Quiet Reading Club dan Silent Book Club Singapore yang mempunyai lebih 1,600 anggota.
DATANG BACA BERSAMA, NAMUN APA BEZA DENGAN PERPUSTAKAAN?
Maktaba Books merupakan salah satu kumpulan yang mengadakan sesi-sesi membaca secara senyap.
Konsepnya mudah - para peserta hanya perlu hadir, membawa buku pilihan sendiri dan menikmati sesi membaca bersama-sama.
Bagi sebahagian peserta, sesi yang dianjurkan oleh kelab buku Maktaba Books menjadi peluang untuk menjauhkan diri seketika daripada skrin dan media sosial.
Pengasas Bersama kelab itu, Azrin Hamdan berkongsi bagaimana idea menganjurkan sesi-sesi sebegitu mula berputik.
"Idea ini datang kerana saya sendiri yang perlukan. Saya kurang waktu, semakin sempit. Tidak ada waktu untuk membaca buku, nak tepikan satu jam pun susah. Saya berbual dengan kawan-kawan yang mereka juga ada masalah sama. Jadi nampaknya, isunya adalah waktu dan tempat," ujar Azrin.
Sesi-sesi membaca senyap yang dianjurkan oleh Maktaba Books seringnya diadakan di ruang-ruang kedai atau kafe.
Namun, dengan suasana di mana para pembaca membelek-belek muka surat buku dalam diam, mungkin timbul pertanyaan spontan - apa bezanya dengan membaca di perpustakaan?
Peserta Maktaba Books, Hazeerah Basri berkata: "Di perpustakaan, anda mudah hilang fokus dan cari buku lain selain membaca. Di sini, anda boleh minum dan makan, tidak seperti di perpustakaan. Lagi pun apabila membaca, apabila ada bab-bab menarik, saya lebih suka untuk berkongsi dengan orang sebelah, tanyakan pendapat mereka juga."
Peserta Maktaba Books, Muhamad 'Izuddin Sufian Sujai pula berkata: "Bila saya sertai, boleh buat kawan baharu, kongsikan buku-buku yang kita baca, kalau nak buku baharu, boleh cuba. Kalau di perpustakaan, ada peraturan, tidak boleh buat bising sangat. Di sini, bila kita sertai bersama-sama kita ada niat sama, tahu apa yang kita ingin buat di sini. Jadi, kita gunakan ruang ini khas untuk membaca.
JUMLAH PESERTA SETIAP SESI SEMAKIN MENINGKAT SEJAK SETAHUN LALU
Maktaba Books menganjurkan sesi-sesi membaca senyap setiap dua minggu.
Sejak merintiskannya setahun lalu, jumlah peserta yang hadir juga meningkat.
Azrin berkata: "Pertama kita ada 10 orang, Sekarang boleh ada sehingga 20 orang (pada setiap sesi). Dahulu kebanyakannya perempuan. Kita juga ada orang luar daripada bangsa kita yang datang untuk rasakan pengalaman."
Menurut beliau, para peserta juga berbeza latar belakangnya.
Ada yang baharu berjinak-jinak membaca, ada juga daripada mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai ulat buku seperti Hazeerah yang membaca sekitar 50 buku setiap tahun.
Hazeerah berkata: "Saya memang gemar membaca, tetapi sejak mula bekerja, agak sukar untuk kembali meluangkan masa untuk hobi ini. Sebab itu saya tertarik dengan konsep kelab buku ini."
"Berbeza dengan kelab buku tradisional yang biasanya memerlukan ahli membaca buku atau bab yang sama mengikut jadual tertentu, kelab buku ini lebih santai dan tanpa tekanan. Anda hanya perlu membawa bahan bacaan pilihan sendiri dan membaca mengikut rentak masing-masing — tanpa penilaian atau rasa terkejar-kejar," tambah pereka fesyen itu.
Bagi 'Izuddin pula, beliau secara khususnya menyertai sesi-sesi yang dianjurkan Maktaba Books.
Beliau mengatakan mungkin akan terlalu penat sekiranya menyertai terlalu banyak sesi yang dianjurkan oleh kelab-kelab lain.
Namun, 'Izuddin menjelaskan bahawa menyertai sesi membaca dengan golongan ulat buku lain juga banyak manfaatnya.
Beliau berkata: "Bagi saya, itu sendiri menjadi satu bentuk motivasi. Jika di rumah, mudah untuk kita menangguhkan niat membaca kerana terlalu banyak gangguan dan komitmen lain."
BERBINCANG TENTANG BUKU; RUANG DENGAR PERSPEKTIF BERBEZA
Daripada sesi membaca, komuniti itu kemudian berkembang kepada ruang perbincangan yang lebih mendalam.
Atas sebab itu, para pengasas Maktaba Books turut memperkenalkan beberapa kelab-kelab kecil lain termasuk 'Seekers' dan 'Sama-Sama'.
Pengasas Bersama Maktaba Books, Izza Haziqah Abdul Rahman berkata: "Untuk Seekers itu, kita bekerjasama dengan kedai Wardah Books untuk para peserta berbincang tentang buku-buku yang kita sudah baca sebelum ini. Kita melihat buku genre bukan fiksyen dan khas kepada pandangan sebagai masyarakat Muslim. Kita juga bekerjasama dengan NLB untuk kelab Sama-Sama. Kita akan baca buku dan berbincang tetapi itu lebih kepada genre fiksyen."

Azrin menambah: "Ini memberi ruang kepada yang tidak gemar membaca, tetapi ada tempat yang boleh kita, berbincang. Kita nak berikan ruang ini untuk mereka teroka topik seperti sejarah, sastera, psikologi. Jadi ini juga satu visi untuk saya, untuk membawa universiti kepada umum."
Dengan semakin berkembangnya komuniti membaca ini, kolaborasi antara kelab-kelab buku juga semakin giat dijalankan.
Maktaba Books misalnya bekerjasama dengan kelab Cape.SG untuk mengendalikan sesi perbincangan tentang siri anime One Piece termasuk topik politik serta kepelbagaian kaum.
Izza berkata: "Ia bukan hanya kartun atau untuk kanak-kanak, ada juga isu-isu yang mendalam. Jadi kita adakan ruang untuk berbincang. Lantaran itu, membaca dengan meluas akan membolehkan si pembaca melihat dengan lebih dan memahami erti kandungan itu dengan mendalam."
"Dengan lebih banyak kerjasama, kita berharap lebih ramai orang akan membaca dan teruskan untuk membaca dengan meluas," luah Izza lagi.
Anggota Kelab CAPE.SG, Arun Mohan pula berkata: "Kerjasama boleh membantu kerana kelab-kelab buku yang berbeza mempunyai kelebihannya seperti menganjurkan perbincangan. Pada akhirnya, yang penting para peserta mencapai matlamatnya, terangsang secara intelektual dan menjadi pembaca yang lebih prihatin."
Kelab-kelab buku menjadi antara contoh bagaimana budaya membaca terus dihidupkan dengan cara yang lebih santai dan dekat dengan masyarakat hari ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.