BERITA+: Khidmat analisis warna, bentuk badan kian dapat sambutan seiring meningkatnya kesedaran tentang penampilan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Warna yang sesuai dan potongan yang tepat.
Kedua-dua perkara itu penting dalam membentuk penampilan diri.
Di Singapura, permintaan terhadap khidmat analisis warna dan bentuk badan kian meningkat, seiring kesedaran masyarakat terhadap imej diri.
Perkhidmatan analisis warna yang ditawarkan perunding seperti Nuranuara Anwar, lantas, membantu memahami keserasian antara warna dan diri.
Pengasas syarikat Colour Edit itu berkata: "Analisis warna ini adalah satu proses di mana kita mengenal pasti apakah warna paling baik untuk kita. Untuk kejelasan. Apabila mereka tahu apakah warna-warna pelengkap mereka, mereka akan tahu bagaimana untuk memilih pakaian yang betul, warna dan bagaimana untuk padan dan suaikan."

"Kita ada proses - kita lihat tona bawah kulit kita. Lepas itu kita lihat pada nilainya, atau - kepekatan warna yang sesuai, contohnya warna terang atau gelap. Selepas itu, kita lihat pada kontras dan intensiti, kita lihat warna rambut, mata dan gigi dan barulah kita nilai warna-warna apa yang lebih sesuai," jelas Nora lagi.
Konsep itu berasaskan teori warna dan telah lama digunakan dalam dunia fesyen.
Namun, ia kian mendapat perhatian sekitar tiga tahun lalu.
Menjelaskan konsep tersebut, Nora berkata: "Kita mengklasifikasikan warna-warna mengikut musim. Contoh, musim luruh, dan musim bunga, kita klasifikasikan sebagai musim hangat. Ada bunga matahari, jadi agak kekuningan. Kalau musim panas dan musim salji, lebih kepada musim sejuk. Ada 'Sakura Blossoms', kalau 'Winter', ada salji."
"Colour Edit menggunakan sistem 4 musim. Tetapi ada juga sistem 12 dan 16 musim jadi boleh ada 'Winter Bright', Light Autumn, Soft Autumn atau True Autumn.
LEBIH RAMAI INGIN TEROKA WARNA-WARNA TERBAIK UNTUK DIRI SENDIRI
Nora sudah mengasaskan Colour Edit sejak Januari tahun lepas.
Sejak itu, jumlah peserta yang mengikuti sesi-sesinya sudah meningkat seganda.

Setakat ini, Nora menjalankan dua jenis pakej iaitu untuk individu dan secara berkumpulan.
Harga sesi untuk seorang individu selama sejam adalah sekitar S$170.
Harganya boleh mencecah lebih S$500, untuk sesi berkumpulan selama lebih dua jam.
Beliau kini boleh menganjurkan sehingga tujuh sesi setiap hujung minggu.
Nora berkata: "Trendnya masih konsisten. Ada permintaan. Ada juga hari saya perlu tolak. Kebanyakannya adalah golongan wanita. Ada juga karyawan, ada guru, jururawat, ada juga dalam bidang media, untuk memperbaiki penampilan peribadi mereka."
"Ada beberapa klien saya yang mungkin tidak mengendahkan diri mereka. Kekadang mereka lupa tentang diri mereka. Bila mereka di sini mereka kata "Nora, saya dahulu gemar dengan warna tetapi saya sekarang pakai warna hitam saja."Di sinilah saya cuba untuk mengenal pasti warna-warna terbaik mereka," luah Nora.
Seorang kliennya, Nazneen Banu Mohamed Dilshad menyertai sesi analisis warna Colour Edit atas sebab ingin memperbaiki penampilan dirinya.

"Dulu bila pakai warna seperti pastel, nampak malap dan kusam, warna pun tak nampak betul. Saya betul-betul pelajari tentang warna yang sesuai dengan diri saya. Jadi tahap keyakinan naik. Jadi sekarang kalau pakai warna terang seperti ini, nampak ceria sikit," jelas Cik Nazneen yang berusia 39 tahun.
Bahkan, Nora mengatakan bahawa khidmat analisis warna juga semakin popular di kalangan golongan lelaki.
"Ada juga lelaki, terutama sekali mereka yang sudah berpasangan, yang dah berkahwin dah bertunang. Mereka ingin pilih warna terbaik untuk sedondon dengan pasangan mereka," luah Nora.
KHIDMAT ANALISIS BENTUK BADAN SEMAKIN MENDAPAT PERHATIAN
Seperti Nora, Nur Ariyani Ariffin merupakan sebilangan perunding analisis warna Melayu/Islam di Singapura.
Selain analisis warna, beliau turut menawarkan khidmat seperti penggayaan hijab dan analisis bentuk badan menerusi perusahaannya 'Curated by Ariy'.

"Ia bukan sekadar tentang warna sahaja untuk penampilan kita. Apa yang kita pakai perlu melengkapi bentuk badan kita juga. Bila ada perkadaran yang betul, ia akan membuat anda lebih seimbang dan nampak lebih kemas. Ia seakan satu pakej penuh."
Perkhidmatan beliau itu juga sudah melonjak kira-kira 20 peratus sejak tahun lalu.
Menurut Ariy, kedua-dua golongan wanita dan lelaki menunjukkan minat untuk khidmat-khidmatnya.
"Golongan wanita kalau jumpa saya, adalah untuk nampak lebih cantik. Kecantikan ini adalah satu kemahiran, kita perlu rajin. Jadi yang jumpa saya, ingin belajar nak pakai macam mana, mereka bergelut dengan bentuk badan. Kalau lelaki pula, kebanyakannya adalah untuk memahami bagaimana mereka perlu menggayakan baju-baju untuk kerja."
Dua klien 'Curated By Ariy' yang ditemui BERITA Mediacorp berkata bahawa mereka melakukan analisis warna dan bentuk badan, juga untuk mempertingkatkan penampilan diri.

Siti Norhannah berkata: "Kita tidak ingin nampak macam makcik-makcik, atau penat, atau bukan gaya kita. Kita pun nak nampak cantik. Sekarang saya meneroka dengan baju dress yang lebih sesuai dengan bentuk badan saya."
Seorang lagi klien, Nur Darwisyah Tahsina pula berkata: "Baju-baju saya membuat saya nampak lebih tua, dan bukan seperti golongan usia saya. Jadi saya cuba untuk menggayakan diri seperti golongan usia saya dan saya juga ingin belajar cara bersolek dengan lebih baik."
Tanpa memahami potongan yang paling sesuai,ramai menurut Ariy cenderung melakukan kesilapan dalam memilih pakaian, lantas menjejas penampilan seseorang.
"Kesilapan paling besar adalah kita selalu mengikut trend. Atau ikut selebriti yang kita gemar. Tak semestinya apa yang mereka pakai sesuai untuk kita. Warnanya atau potongan baju (yang tak sesuai)," jelas Ariy.
Ariy akur kesedaran masyarakat terhadap penampilan diri juga semakin meningkat.
Jika dahulunya, 80 peratus pelanggannya memanfaatkan khidmat analisis warna sahaja.
Kini, hampir jumlah yang sama mengambil pakej penuh, yang termasuk analisis bentuk badan juga.
Gabungan kedua-duanya membentuk pendekatan lebih yakin dan seimbang dalam penampilan.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.