Skip to main content

Singapura

BERITA+: Kejadian burung tiung digam di pokok cetus debat undang-undang perlindungan haiwan

Kisah burung tiung yang digam pada pokok di Chua Chu Kang baru-baru ini mencetuskan reaksi marah selain perbincangan hangat sama ada undang-undang di Singapura cukup tegas untuk melindungi haiwan di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+: Kejadian burung tiung digam di pokok cetus debat undang-undang perlindungan haiwan

Seekor burung tiung dilekatkan pada ranting yang diikat pada sebatang pokok di Chua Chu Kang. (Gambar: ACRES)

Diterbitkan : 24 Oct 2021 08:33PM Dikemas Kini : 24 Oct 2021 08:38PM

SINGAPURA: Kisah burung tiung yang digam pada pokok di Chua Chu Kang baru-baru ini mencetuskan reaksi marah selain perbincangan hangat sama ada undang-undang di Singapura cukup tegas untuk melindungi haiwan di sini.

"Kejam", "menjelekkan" dan "wajar menerima balasan".

Demikian antara komen yang dilontarkan warga net sebagai respons kepada catatan kumpulan penyelamat haiwan liar ACRES di Facebook itu.

Gambar-gambar yang dimuat naik pada Khamis menunjukkan seekor burung tiung melekat pada ranting yang disalut bahan seakan gam, dan kemudian diikat pada sebatang pokok di Chua Chu Kang.

Meski ramai netizen meluahkan rasa lega burung itu dapat diselamatkan, ada yang mempersoalkan undang-undang perlindungan haiwan di Singapura.

Awal bulan ini sahaja, Clement Chia Tian Xiang didapati bersalah menganiaya anjing peliharaannya dan dihukum penjara lapan bulan dan dilarang membela haiwan selama setahun.

Pada Julai pula, Leow Wei Liang dipenjara 12 minggu selepas disabit bersalah mengelar tujuh kucing di Ang Mo Kio.

Hukuman itu tidak setimpal dengan penderaan yang dilakukan, tegas Persatuan Kebajikan Kucing dan menggesa hukuman lebih berat bagi mencegah kes penderaan haiwan daripada terus berlaku.

Sebanyak 1,200 kes penganiayaan haiwan disiasat antara 2017 dengan 2020, di Singapura.  

Sumber : BERITA Mediacorp/IH/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita