BERITA+: Kebersamaan dalam menghargai seni silang-budaya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Di tengah-tengah kesibukan bazar Geylang Serai, Encik Muhammad Ihsan Chew mesra memberi salam sebagai menyapa pelanggan di gerai nombor 27, berhadapan dengan Wisma Geylang Serai.
Encik Ihsan, seorang mualaf asal Singapura yang sudah lebih 30 tahun memeluk agama Islam, berhijrah ke China selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Muslim dari sana.
Beliau antara peniaga pertama yang memperkenalkan hiasan dinding dari wilayah Yiwu di Zhejiang, China di Singapura pada tahun 2006.
Sejak itu, beliau kembali ke Singapura untuk berniaga di bazar Geylang Serai pada setiap Ramadan.
Keindahan huruf-huruf Arab yang menariknya untuk menceburi seni kaligrafi Islam.
"Alhamdulillah, jika ada yang disebut budaya Islam, ia pasti kaligrafi kerana huruf Arab itu sendiri satu keindahan. Sebelum ini, saya buat kaligrafi Cina dengan seorang imam dari China, dan beliau akan datang ke sini dan mencalit secara langsung," kongsi beliau kepada wartawan Roslinda Rahmat.
Sesuai dengan peredaran masa, Encik Ihsan kini memanfaatkan teknologi jitu untuk menghasilkan hiasan daripada bahan-bahan lain seperti batu jed Afghanistan dan marmar buatan.
Selain ayat-ayat dalam kaligrafi Cina, turut ditawarkan perhiasan ayat-ayat suci dalam khat ringkas dan kontemporari.
"Sekarang ini, saya menceburi seni kaligrafi menggunakan batu marmar buatan kerana ia bahan yang boleh digunakan dengan cara yang berbeza. Skopnya amat luas dan dengan menggunakan mesin CNC - mesin kawalan nombor komputer, ia amat jitu, hasilnya amat indah. Ia lebih menonjolkan kecantikan abjad-abjad Arab. Jadi kami beri tumpuan kepada ayat 'Bismillah', 'Kalimah'. Ini yang kebanyakan orang mahukan dalam rumah mereka. Supaya mengingatkan mereka kepada agama, ingat pada Allah, ingat akhirat," tambah Encik Ihsan,
Beliau turut mendedahkan bahawa beliau bakal meluaskan perniagaannya ke kota-kota suci Makkah dan Madinah dalam suku ketiga tahun ini.
Di sana, beliau akan melancarkan mesin-mesin layan diri yang menjual perhiasan dengan khat ringkas.
PERSATUAN HUI HUI LESTARI WARISAN DAN SENI BUDAYA CINA
Persatuan Kebudayaan Hui Hui turut giat melestarikan budaya dan warisan Cina.
Ia kerap menganjurkan aktiviti yang menggalak hubungan rapat antara bangsa Cina dari pelbagai keturunan dan agama.
Untuk majlis iftar anjurannya, ia mengundang pakar kaligrafi Guo Shuming.
"Matlamat kembali untuk melestarikan budaya tradisi Cina golongan Cina Muslim di Singapura adalah untuk melestarikan akar orang Cina. Kami keturunan leluhur kita, dan memikirkan asal-usul adalah asas kami dan pengikat hubungan kami dengan keluarga," kata Presiden, Persatuan Budaya Hui Hui, Cik Kartinah Poh.
Anggota Persatuan Budaya Hui Hui Encik Ridzuan Ng pula berkata beliau sentiasa mencari kesempatan untuk mempelajari agar lebih menghargai seni dan budaya seperti seni kaligrafi Cina.
"Cinta saya kepada kaligrafi adalah sebab mengapa apabila saya dapat peluang ada kawan dari negeri China yang melawat saya, atau saya sendiri pergi melawat beberapa galeri seni. Saya fikir kaligrafi telah membawa saya pulang ke akar dan lebih memahami budaya sendiri," kata Encik Ridzuan Ng.
Untuk majlis iftar anjurannya, ia menyediakan juadah autentik Cina halal.
"Makanan bukan sahaja simbol tradisi sesebuah negara, tetapi juga sejarah dan budayanya. Nilai sebenar makanan Cina, teh Cina adalah bahawa ia boleh menyatukan hati kita dan buat kita rasa seperti di rumah, di mana jua kita berada," kongsi Cik Kartinah.
MAKANAN SEBAGAI BUDAYA YANG MENYATUKAN
Makanan juga dapat menyatukan masyarakat daripada berbilang budaya dan bangsa.
Seperti majlis iftar anjuran Persatuan Darul Arqam yang terletak bertentangan dengan bazar Geylang Serai.
Ia menganjurkan majlis iftar pada setiap Sabtu sepanjang Ramadan yang biasanya dihadiri sehingga 600 saudara baharu dan keluarga serta orang awam.
Majlis sebegitu menyediakan ruang dan peluang bagi sekitar 2,300 anggota Darul Arqam untuk saling mengenali warisan dan budaya asal masing-masing.
"Darul Arqam mengiktiraf kepelbagaian bangsa dari saudara baharu kita. Jadi kita telah menubuhkan apa yang kita panggil kelab berbilang negara, yang diasaskan berbagai bangsa. Tujuan kelab ini sebenarnya adalah sebagai sistem sokongan kepada saudara-saudara baharu ini sebab mungkin mereka lebih selesa dengan bangsa mereka sendiri.
"Mereka mengundang bangsa-bangsa dari kelab-kelab lain untuk menyertai acara masing-masing. Orang Myanmar juga ada Pesta Air. Kita ada lapan kelab semuanya. Ada Kelab Eropah, Jepun, Vietnam, kita ada Kelab Tamil, Filipina, China dan Korea," kata Pengurus Besar, Darul Arqam Singapura, Cik Norsiah Saad kepada BERITA Mediacorp.
Antara sukarelawan yang menghidupkan semangat kebersamaan dengan menyingsing lengan ialah jurulatih jasmani, Encik Jyremy Escanillia Barroa, yang baru dua minggu melafazkan syahadah dan mempunyai nama Islam baharu, Jaish.
"Saya masih percaya bahawa penting untuk meraikan budaya kita sendiri, supaya tidak lupa asal-usul kita dan juga perkara-perkara yang kita lakukan bersama keluarga kita. Di desa saya, kami sambut apa yang kita panggil Pesta Topeng. Jadi kita raikan secara besar-besaran, memakai topeng dan segalanya. Tiada elemen agama mahupun yang haram. Saya sedia berkongsi perincian perayaan itu.
"Darul Arqam juga sudah banyak membantu saya sepanjang perjalanan saya masuk Islam. Daripada ilmu tentang Islam, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dan apa yang jangan kita lakukan apabila menyambut budaya asal kita," kata beliau.
Segala usaha Encik Ihsan, Persatuan Hui Hui dan Darul Arqam untuk melestarikan budaya dan warisan wajar dihargai.
Ini selain mengukuhkan semangat kebersamaan dan ukhwah dalam kalangan para saudara baharu.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.