BERITA+: Jumahat Wari, 71 tahun, muncul juara pertandingan 'HYROX'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pada usia 71 tahun, Encik Jumahat Wari berjaya menamatkan pertandingan 'HYROX', sebuah acara yang menguji stamina dan ketahanan fizikal, buat kali kedua, .
Beliau adalah peserta tertua di Singapura dalam acara tersebut.
Untuk peringkat global 'HYROX', peserta paling berusia yang pernah menyertainya berumur 77 tahun.
TEKAD BERLATIH SETIAP HARI UNTUK BAIKI PRESTASI
Meskipun ini bukan kali pertama Encik Jumahat Wari menyertai pertandingan sukan, 'HYROX' menawarkan cabaran yang berbeza berbanding acara lain yang pernah disertainya.
Berbeza dengan pertandingan yang hanya menguji stamina, 'HYROX' juga menilai ketahanan fizikal peserta.

MINAT SUKAN SEJAK MUDA LAGI
"Dari pada muda saya memang minat pada berbasikal, dan sering menyertai pertandingan di luar negara bersama anak-anak saya, " kongsi Encik Jumahat.
Pertandingan yang menguji stamina bukanlah sesuatu yang baharu bagi Encik Jumahat.
Beliau telah menyertai acara 'Ironman' triathlon relay beberapa kali dan pernah meraih kejayaan sebagai juara dalam pertandingan berbasikal 'Gran Fondo New York (GFNY)' yang diadakan di Perak pada tahun 2018.

Acara tersebut melibatkan lapan stesen senaman dan jumlah larian 8 kilometer.
Salah satu stesen mencabar peserta mengangkat peralatan senaman seberat 48 kilogram sambil jalan sejauh 200 meter, ataupun menolak besi berat 152 kilogram sejauh 50 meter.
"Bagi diri saya, yang sudah berumur warga emas ini, daripada pertama hingga ke-8 semuanya mencabar kerana setiap stesen itu ada pelbagai cara dengan teknik yang tersendiri," kata Encik Jumahat kepada wartawan Nur Syafeera Sofian
Namun, cabaran-cabaran itu hanya menguatkan lagi semangat beliau untuk berlatih dengan lebih keras dan konsisten, yang akhirnya membantunya merebut gelaran juara.

SUDAH LATIH ANAK-ANAK DARI KECIL, PELUANG ERATKAN HUBUNGAN
Anaknya, Cik Norliyana berkata minat terhadap sukan dalam diri adik-beradiknya telah dipupuk oleh ayah mereka sejak mereka masih kecil.
Mereka juga melihat acara-acara seperti ini sebagai aktiviti keluarga yang berharga dan peluang untuk merapatkan hubungan antara mereka.
"Memang sejak kecil lagi, apabila ayah saya pergi berlari-lari anak, adik, kakak, dan saya turut serta. Kami semua akan ikut berlari bersama. Selain itu, ayah juga akan menghantar kami ke kelas berenang. Jadi, dari usia muda lagi, kami sudah dilatih dan dibiasakan dengan aktiviti sukanm" kata beliau.
Cik Norliyana, 41 tahun, sering menemani bapanya di sesi latihan dan pertandingan untuk memantau keadaannya.
Selain mendapat sokongan padu daripada anak-anaknya yang merupakan peminat setianya, Encik Jumahat juga menerima banyak kata-kata dorongan dan semangat daripada warga netizen apabila kisahnya tular di media sosial.
Kata-kata semangat itu menjadi sumber motivasi utama baginya untuk terus berusaha tanpa putus asa, meskipun cabaran yang dihadapinya sangat besar.
"Dorongan, semangat dari orang-orang luar memberi kita galakan yang mendorong kita agar mampu pergi jauh lagi. Buktikan warga emas boleh bersaing dengan orang-orang muda. Jangan bimbang, teruskan," kata Encik Jumahat.
Ada yang memberikan sorakan semangat ketika beliau bertanding, dan ada juga yang datang berjumpa dengannya untuk berkongsi bahawa beliau telah menjadi sumber inspirasi bagi mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.