Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA+: Isu bayaran wajib bagi beg plastik undang pelbagai reaksi umum

Isu bayaran wajib bagi beg plastik tular semula selepas Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengumumkan pada Khamis (27 Jan) beberapa garis panduan untuk menggalak penggunaan beg boleh dipakai semula.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Isu bayaran wajib bagi beg plastik tular semula selepas Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengumumkan pada Khamis (27 Jan) beberapa garis panduan untuk menggalak penggunaan beg boleh dipakai semula.

Kadar 5 hingga 10 sen bagi setiap beg plastik antara yang disyorkan bermula separuh pertama tahun depan.

Pengumumannya mengundang pelbagai reaksi - yang positif mahupun yang sinis.

"Kita rakyat Singapura kitar semula beg plastik itu. Kita gunakan buat buang sampah di rumah."

"Patutkah kami buang sisa makanan, lampin kotor ke dalam pelongsor sampah tanpa menggunakan beg plastik?"

Demikian antara luahan oleh beberapa pengguna media sosial.

Sememangnya garis panduan NEA itu sebahagian usaha pemerintah untuk mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan di Singapura.

"Dah nak kena pakai bakul, macam orang-orang tua kita dulu pergi pasar", kata seorang netizen di laman Facebook BERITAmediacorp.

"Bawa beg kitar semula sendiri. Jangan adakan beg plastik langsung. Selamatkan alam sekitar," ujar seorang lagi pembaca BERITAmediacorp.

Ada juga warga net yang ragu-ragu tentang keberkesanan bayaran wajib dikenakan dan
mencadangkan langkah yang lebih berbentuk insentif.

"Mengapa tidak beri diskaun kepada pelanggan yang membawa beg sendiri?"

"Yang penting NTUC sendiri kena hentikan stok plastik... baru tu namanya sokong alam sekitar".

Menurut NEA, negara-negara seperti Hong Kong, Belanda dan Taiwan menyaksikan penurunan sekurang-kurangnya 60 peratus penggunaan beg plastik setelah bayaran dikenakan.

Ingin beri pandangan anda? Anda boleh berbuat demikian menerusi REACH hingga 17 Februari ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/IA/IH/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan