BERITA+: HTHT Bersama Sabariah Ramilan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dalam tempoh 42 tahun berkhidmat, beliau memulakan tugas sebagai pengkaji, kemudian penulis, pengacara, penerbit televisyen Inggeris dan Melayu sebelum mengetuai Eaglevision sejak 2014, Jabatan Audiens Melayu mulai 2018 dan Penglibatan Masyarakat Mediacorp sejak 2022.

Antara pembaharuan yang dibuat mengikut tuntutan semasa dan perubahan pada profil penonton TV Melayu tempatan adalah pendekatan 360 darjah ataupun berbilang wadah, penggunaan teknologi digital dan langkah melibatkan pempengaruh media sosial.
Berikut, wawancara dari Hati ke Hati Fariza Abdul Aziz bersama Cik Sabariah Ramilan yang bersara pada 7 Ogos 2023.
PERUBAHAN DUNIA TV MELAYU SG
FARIZA: "Selama lebih empat dekad dalam industri TV, apakah perubahan-perubahan besar yang anda saksikan dan lalui sendiri?"
SABARIAH: "Memandangkan teknologi bertambah canggih setiap dekad, menjadi satu cabaran bagi kami untuk terus tingkatkan rancangan-rancangan untuk menerapkan teknologi-teknologi tinggi.
"Kedua adalah landskap audiens. Mereka lebih peka, lebih kritikal dan ini amat ketara dalam masa-masa 10 tahun dan lima tahun kebelakangan ini.
"Ketiga adalah cara menerbitkan rancangan-rancangan Melayu tempatan. Persaingan untuk menerbitkan sesuatu yang baru, yang relevan untuk penonton-penonton Melayu tempatan."
CABARAN KEKURANGAN KETARA DALAM MEREKA YANG FASIH BAHASA
FARIZA: "Anak muda sekarang kurang fasih berbahasa Melayu. Pengalaman anda berdepan dengan keadaan sedemikian dalam usaha memperkayakan lagi bakat setempat?"
SABARIAH: "Ini adalah satu cabaran. Mungkin dalam 20 tahun yang lalu tidak begitu ketara. Bila kita mengadakan rancangan-rancangan realiti, kami dapat kumpulkan jumlah peserta yang agak ramai untuk menyertai rancangan-rancangan seperti Anugerah Skrin. Juga para pelakon baru, bila mereka datang uji bakat umpamanya, jumlahnya agak besar.
"Jadi kami dapat menapis yang terbaik. Sebab itu nama-nama seperti Suhaimi Yusof, Khairudin Saharom, Khairudin Samsudin, Rilla Melati dan sebagainya adalah hos-hos yang kami cungkil dan kami ketengahkan. Mereka amat fasih dan lancar dalam menggunakan bahasa Melayu. Tapi keadaannya agak berbeza sekarang.
"Kita mempunyai cabaran untuk mencari bakat-bakat yang fasih dan lancar berbahasa Melayu. Saya rasa cabaran ini bukan sahaja dialami orang Melayu tapi juga oleh bangsa-bangsa lain di Singapura. Mereka juga mempunyai cabaran dapatkan hos baru yang fasih berbahasa Mandarin umpamanya.

"Ini adalah satu usaha yang harus ditingkatkan. Bagaimanakah kita menarik rancangan-rancangan Melayu ataupun menarik penonton-penonton Melayu muda agar menonton rancangan Melayu yang boleh dijadikan satu contoh ataupun satu tempat pembelajaran dalam penguasaan dan penerimaan bahasa Melayu?
"Kami juga mengadakan usaha-usaha untuk terus mengasah bakat-bakat tempatan dengan mengadakan bengkel-bengkel lakonan, bengkel-bengkel pengacaraan dan bengkel-bengkel bahasa supaya penguasaan bahasa dan juga penguasaan dari segi pengacaraan lebih baik lagi.
STRATEGI BARU TARIK TONTONAN
FARIZA : "Dalam era digital hari ini, kita lihat kebangkitan media alternatif, media baharu. Jadi bagaimana anda menyahut cabaran-cabaran yang mungkin menggugat platform TV?"
SABARIAH : "Cabaran dari segi menerbitkan rancangan dalam bentuk tradisional. Sebenarnya ramai yang sudah tidak menonton rancangan-rancangan kita di TV. Tetapi jika konten kita baik dan relevan dan dapat dimuatnaikkan di platform-platform lain, ada audiens sedia ada yang dapat menonton serta dapat menikmati konten-konten itu. Contohnya, kami muat-naikkan ke dalam wadah-wadah seperti MeWATCH, MeLISTEN, Podcast dan juga wadah-wadah digital. Kami juga memuat-naikkan konten ke YouTube, di bawah Mediacorp YouTube Entertainment."
FARIZA: "Jadi betapa pentingnya untuk juga memanfaatkan bakat ataupun pempengaruh yang ada di wadah media sosial yang semakin menjadi sumber hiburan untuk orang ramai pada masa kini?"
SABARIAH: "Sebenarnya, kami telahpun bekerjasama dengan pempengaruh dan juga mereka yang giat menerbitkan konten di wadah digital. Dan mereka bekerjasama dalam rancangan-rancangan seperti Manja. Zhin Sadali, umpamanya. Dia juga menjadi hos rancangan 'Hilang'.
"Dengan adanya pempengaruh seperti ini, pengikut mereka juga dapat turut menonton mereka di platform yang lain. Bukan saja di wadah digital tapi di Suria dan juga di MeWATCH.
"Satu lagi contoh yang saya rasa dapat kami banggakan adalah menerbitkan konten bukan di Suria sahaja tetapi untuk YouTube. Contohnya rancangan 'Taboo'. Siri 'Taboo' yang kami terbitkan, sebab kontennya agak kontroversial, agak berlainan dan kami mahu keluar daripada yang biasa-biasa kami terbitkan. Dan menurut data yang dikumpulkan, ia satu kejayaan yang mungkin dapat dibanggakan."
FARIZA: "Maksudnya, anda memanfaatkan dan menggarap teknologi untuk memperbaiki dan menambah nilai lagi mutu kandungan yang diterbitkan?"
SABARIAH: "So dari segi menerbitkan rancangan, kita harus sekarang menukar minda, menerbitkan sesuatu yang menggunakan analisis atau data di manakah audiens kita? Sasarannya siapa? Kalau kita menerbitkan rancangan-rancangan untuk belia umpamanya, mereka tidak menonton di Suria.
"Mungkin mereka menonton di YouTube. Jadi kenapa tidak kita menerbitkan sesuatu untuk dimuat-naikkan di YouTube, di MeWATCH umpamanya. Dan juga mungkin ramai yang kurang mendengar Ria sebab mereka suka mendengar podcast. Jadi mengapa tidak kita muat-naikkan lebih banyak konten di podcast?
KONTEN YANG KEKAL RELEVAN
FARIZA: "Bagaimana anda pastikan konten yang diterbitkan kekal relevan dan pada masa yang sama mampu memikat penonton yang baharu?
SABARIAH: "Cabaran ini sudah lama. Bagaimana untuk menerbitkan rancangan-rancangan yang relevan, yang masih menarik perhatian audiens Melayu di Singapura? Ini saya rasa satu peningkatan yang harus dibuat, peningkatan dari segi teknologi, dari segi persembahan ataupun perlaksanaan program-program.
"Bagaimanakah harus kita tingkatkan dari segi cara penerbitannya, kontennya sendiri dan juga apa yang terbaharu, apa yang trending, apa yang terbaik? Sebab kita mempunyai persaingan yang hebat daripada jaringan televisyen yang lain, platform yang lain.
"Jadi satu cabaran yang harus ditangani oleh para penerbit tempatan, ialah untuk menghasilkan konten yang berlainan, yang canggih tetapi masih relevan dengan konten-konten tempatan. Kalau bukan kita yang menerbitkan konten yang berbahasa Melayu, nuansa Melayu, siapa lagi? Sebab kita lebih memahami audiens kita, kita lebih memahami nuansa-nuansa dan juga kebudayaan kita."
FARIZA: "Di manakah cabaran untuk terus kekal sebagai kayu ukur bagi penerbitan?"
"Mediacorp beruntung kerana mempunyai platform-platform yang berlainan untuk kita muat-naikkan konten-konten Melayu untuk disenangi oleh para penonton di Singapura. Adalah satu tanggungjawab bagi kita di Mediacorp menerbitkan sesuatu yang boleh dijadikan kayu ukur sebab kita mempunyai infrastruktur yang sudah sedia ada, yang lebih canggih.
"Kita mempunyai sokongan teknologi untuk menerbitkan sesuatu yang lebih baik. Mungkin pihak penerbitan di luar sana mengharapkan sokongan daripada Mediacorp sebenarnya untuk mendapatkan bantuan dari segi di manakah arah tujuan sesuatu penerbitan? Jalan ceritanya bagaimana, kumpulan sasarannya bagaimana?
"Jadi sebagai sebuah jaringan media yang berbilang platform, kita mempunyai tanggungjawab yang lebih berat sedikit untuk memberi arahan dan memberi tujuan arah ke manakah harus konten-konten Melayu ini ditujukan ataupun untuk memperbaiki lagi konten-konten Melayu ini supaya menjadi satu kayu ukur yang diharapkan. "
FARIZA: "Sepanjang beberapa dekad ini, banyak formula, kaedah yang dicuba untuk memperkayakan lagi penerbitan kandungan. Apakah hasil yang anda lihat sejauh ini?"
SABARIAH: "Dari segi format, format rancangan, banyak. Sekitar 10 tahun yang lepas ini, banyak format-format baharu yang telah diterbitkan ataupun difikirkan yang saya rasa dapat diterima dan ada relevannya dengan penonton Singapura. Contohnya, rancangan Berani Nyanyi terbitan Dua M, Najip Ali.
"Saya rasa itu adalah satu format yang sangat menarik dan sangat relevan sehingga menjangkaui pelbagai usia. Sasarannya adalah untuk mereka yang muda tetapi saya rasa 'Berani Nyanyi' adalah satu rancangan yang amat menghiburkan dan pada masa yang sama mencungkil bakat-bakat nyanyian.
"Ia adalah satu format yang sangat menyegarkan. Format seperti mungkin "blockbusters" ataupun rancangan-rancangan drama, drama Melayu seperti umpamanya 'Bunga Tanjung' yang telah memenangi anugerah di New York Festival. Drama seperti 'Identiti', yang diterbitkan oleh Raihan dari Papahan Films..
"Ini semua adalah pengolahan konten yang masih relevan dan juga satu kemajuan dari segi penerbitan yang dapat diterima dan dapat dibanggakan.
SUJADI SISWO AMBIL ALIH

Ketua Editor Berita dan Ehwal Semasa Mediacorp akan mengambil alih portfolio Cik Sabariah.
"Sabariah adalah salah seorang tunggak utama di Mediacorp, TV Melayu. Siapa tidak kenal Sabariah Ramilan? Pencapaian dan sumbangan beliau lebih-kurang empat dekad, adalah luarbiasa. Kerana itu Sabariah amat akrab dengan masyarakat Melayu.
"Jadi bagi saya untuk menggalas tugas beliau selanjutnya itu menjadi cabaran besar. Tetapi saya cuba untuk mendekatkan lagi Mediacorp dengan masyarakat Melayu, untuk merakyat dan kerana Mediacorp adalah “Untukmu”, untuk anda semua, jadi saya akan cuba," kata beliau
Tonton wawancara bersama Cik Sabariah Ramilan di Saluran Youtube BERITA Mediacorp.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.