Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA+: HTHT Bersama Ramlah Ram

Lagu-lagu seperti Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) dan Selamat Jalan Romeo melonjakkan nama penyanyi Ramlah Ram di era 1990-an.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lagu-lagu seperti Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) dan Selamat Jalan Romeo melonjakkan nama penyanyi Ramlah Ram di era 1990-an.

Ikuti temu bual Rosli A Razak bersama beliau yang berada di Singapura untuk konsert tahun baharunya di Dewan Konsert Esplanade pada bulan lalu.

KURANG POPULAR DI AWAL KEMUNCULAN KERANA 'IMEJ KAMPUNG'

ROSLI: "Album pertama Sabarlah Sayang. Lagunya agak popular tetap sambutan albumnya tidak begitu menggalakkan. Mungkin ini antara sebab imej kampung anda itu?"

RAMLAH RAM: "Imej kampung itu mungkin memang sebab saya ini berasal daripada kampung, saya tidak kisah pun dengan gelaran yang diberikan. Bagi saya kalau yang di bandar itu kebanyakannya pun datang dari kampung juga.
Jadi apa nak marah, atau nak malu sebagai orang kampung? Saya bangga. Saya bangga saya anak kampung yang berjaya. Yang berjaya dengan lagu-lagunya yang tebal dengan 'feel' Melayunya."

LAGU 'KAU KUNCI CINTAKU (DALAM HATIMU)' IKONIK

ROSLI: "Lagu Kau Kunci Cintaku itu antara lagu ikonik. Jadi adakah itu satu titik permulaan bagi kerjaya anda?"

RAMLAH RAM: "Dalam mengharungi kerjaya,saya memang bukan satu perkara yang senang saya nak berjaya. Untuk yang pertama itu, untuk 'Sabarlah Sayang' itu, walaupun lagu-lagunya bagus tetapi album itu tidak begitu berjaya.
Ia mengajar saya - maksudnya bukan senang hendak mengecap sesuatu kejayaan itu. Jadi apabila lahirnya 'Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)' itu, ia betul-betul meletakkan saya di puncak persada seni sehingga sekarang."

CETUS GELOMBANG IRAMA DANGDUT DI MALAYSIA

ROSLI: "Dalam 1994, anda dikatakan pencetus lagu-lagu dangdut di Malaysia sehingga banyak syarikat atau penyanyi dangdut yang muncul."

RAMLAH RAM: "Pada masa itu bila saya nak buat album dangdut, saya dikecam juga dan syarikat rakaman juga tidak bersetuju dan saya 'lawan' sebab saya hendak membuktikan. Sebab pada masa itu mereka anggap lagu dangdut ini satu lagu yang murahan, yang tidak ada penggemar. Tidak berani hendak buat (album) sebab takut lagu, album tidak boleh dijual. Tetapi bila meletupnya lagu 'Selamat Jalan Romeo, ramai penyanyi-penyanyi baharu yang muda-muda macam cendawan tumbuh. Jadi satu fenomena."

USAHA TARIK PENDENGAR BAHARU

ROSLI: "Anda berganding dengan Sleeq dan juga Caprice. Adakah ini satu cara untuk anda kekal relavan dan juga menambat hati penggemar muzik baharu?"

RAMLAH RAM: "Saya rasa - Mengapa tidak kita berganding dengan yang muda jadi yang muda tahu lagu-lagu. Macam saya mungkin yang muda-muda banyak tidak tahu lagu saya yang dulu, bukan? Jadi apa yang mereka lakukan untuk saya itu memang berjaya. Sebab apabila sudah menyanyi dengan Sleeq itu, saya dapat peminat-peminat baharu yang muda."

ROSLI: "Bagaimana pula kalau ada penyanyi generasi baharu mengambil lagu dan dan mengitar semula dan diberi nafas baharu. Adakah anda rasa 'kenapa mahu ubah lagu saya?

RAMLAH RAM: "Tidak, saya sangat bangga. Saya sangat suka. Saya sangat suka kalau lagu saya dinyanyikan semula itu saya menganggap sebagai satu penghargaan bagi saya."

ROSLI: "Jadi sampai bila anda akan terus menyanyi?"

RAMLAH RAM: "Sudah jadi darah daging kita, kita dah biasa menyanyi jadi saya tidak mahu hadkan satu-satu masa untuk saya kata “Oh, saya hendak berhenti”. Apabila saya mahu berhenti, nanti saya akan berhenti. Sebab nanti "Oh kata hendak berhenti pada umur berapa nanti tidak berhenti lagi. Saya masih mendapat jemputan-jemputan untuk menyanyi dan orang masih suka nak dengarkan lagu saya. Alhamdulillah.

ROSLI: "Seterusnya adakah akan menghasilkan lagu-lagu baharu, album-album baharu?"

RAMLAH RAM: "Sekurang-kurangnya kalau dalam satu tahun mungkin saya mahu ada satu 'single', sekurang-kurangnya. Mungkin dua 'single' untuk peminat-peminat saya yang sentiasa menyokong sebagai buah tangan buat mereka. Sentiasa menyokong, sentiasa mahu lagu-lagu baharu daripada saya."

USAHAWAN KOSMETIK DAN MINYAK WANGI

ROSLI: "Anda sudah jadi 'towkay' minyak wangi dan juga baharu-baharu ini kosmetik. Tapi mengapa melancarkan perniagaan yang dikatakan sangat sengit pasarannya?"

RAMLAH RAM: "Kita tidak perlu takut untuk bersaing. Sebagai seorang selebriti, penyanyi, pelakon, bagi saya kita rugi kalau tidak gunakan peluang itu. Kita mudah untuk membuat pemasaran itu sebab sudah ada peminat kita sendiri, kita ada pengikut kita sendiri. Jadi kita kena rebut peluang itu untuk kita gunakan.

ROSLI: Baik, Kak Ramlah Ram terima kasih kerana sudi bersama kami. Semoga maju jaya.

RAMLAH RAM: "Terima kasih."
Sumber : BERITA Mediacorp/RR/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan